Sebenarnya tak banyak aktiviti pun sebab bukannya banyak masa free pun sepanjang 3 hari kat sana. Hari pertama sampai dah petang tapi sempat jugaklah pergi Pasar Kedai Payang.Aku bukan nak beli apa pun. Saja je. Tak sah kalau pergi Terengganu kalau tak pergi Pasar Payang kan? So lepas check in hotel, kitaorang masuk bilik, solat n turun balik.
Masa tu dah pukul 5 lebih pun. Kedai ada yang dah nak tutup pun. Tapi sempatlah pusing keliling seadanya. Tengok kain-kain je lah. Cantik gak design2 baru ni. Harga memang jauh lebih murah lah. Tapi aku tak beli pun. Jamu mata jer :-)
Hari kedua pun sempat singgah Pasar Payang sekejab lagi. Pusing keliling lagi. Aku jamu mata lagi. Best sebab tak kena bayar pun...Hahahahaaa....
Hari akhir sebelum nak balik aku berkesempatan melawat Masjid Kristal dengan Taman Tamadun Islam. Mahdi dengan Asmah yang susah2 bawak aku gi sana. Terima kasih banyak-banyak kat diorang. Masa ke Masjid Kristal, Asmah tak ikut masuk sebab Baby Nureen tido.
Masjid Kristal
Pandangan sisi
Pandangan sisi lagi
Pandangan sisi jugak
Amin dok berposing
Amin dah pandai posing
Mahdi dengan dua anak bujang dia....
Lepas pergi Masjid Kristal kitaorang pergi Taman Tamadun Islam plak. Sebenarnya aku tak pernah dengar pun Taman Tamadun Islam tu. Buat malu je kan? hehehhee...
Oklah aku nak cerita sikit pasal Taman Tamadun Islam. Taman Tamadun Islam ni adalah Taman Tema yang memaparkan keunikan koleksi monumen-monumen hasil senibina Islam yang tersohor dari seluruh pelusuk dunia. Monumen yang terdapat kat sana adalah seperti yang berikut:
Kawasan Taman Tamadun Islam ni agak luas jugak. Jadi untuk melawat semua monumen tu ada beberapa kenderaan disediakan - tram, buggy & basikal.Tapi semua ni kena sewa lah ya. Kalau yang muda belia n datang tak bawak budak-budak bolehlah sewa basikal. Tapi kalau tak berapa nak larat bolehlah naik tram atau buggy. Tram tu akan berhenti di perhentian yang disediakan. Kalau kita terlepas tram tu kita boleh tunggu tram yang lain pulak. Macam kat Zoo Negara tu lah.
Saiz monumen berbeza-beza. Ada yang besar ada yang kecil. Bagi yang besar disediakan macam studio teater untuk tayangan video khas tentang monumen tersebut dan juga ruang pameran khas.
Lepas habis melawat kitaorang singgah kedai cenderamata yang ada kat situ. Barang-barang yang dijual kat situ harga boleh tahan mahal jugak. Aku kata mahal sbb harga rubber fridge magnet pun sampai RM10.00. Kalau kat luar RM10.00 tu boleh beli 3 fridge magnet. So aku taklah nak beli apa sangat sbb rasa cam tak berbaloi plak.
Lepas pergi kedai cenderamata tu kitaorang terus pergi makan dekat cafe. Harga food ok sangat tapi rasa cam kureng skit lah. Tapi kira bolehlah. Lepas makan Mahdi dengan Asmah hantar aku balik hotel. Mahdi pun nak pi solat Jumaat dah sebab masa tu dah kul 12 lebih.
Walaupun jalan tak lah lama sangat tapi aku seronok sebab dapat jumpa Mahdi & Asmah & Anak2 diorg. Rindu lama tak jumpa diorg. Kesian jugak kat Asmah sebab masa jalan-jalan kat situ baby Nureen tengah tido. So kene dukung je lah. Yusuf pun ada kalanya nak didukung. Kesian diorg. Aku kalau setakat pimpim bolehlah nak dukung takut diorang taknak pulak. So tak dapatlah nak bantu diorang. Terima banyak-banyak kat dioarng yang susah-susah payah.
No comments:
Post a Comment