Tuesday, February 22, 2011

Sudirman...In Loving Memories Part 2

Hari ini, 22 Februari 2011, genaplah 19 tahun Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita.

Aku merupakan salah seorang daripada ribuan atau jutaan peminat yang sangat mengkagumi bakat dan kehebatan penyanyi tersohor ini.

Bagi aku, penyanyi yang pernah diangkat sebagai Penghibur Terbaik Asia ini sangat berbeza dengan penyanyi yang ada sekarang ini. Sudirman berada dalam kelasnya yang tersendiri. Suaranya yang gemersik, nyanyiannya yang merdu dan sangat menusuk kalbu mampu menggetarkan jiwa dan perasaan siapa sahaja yang mendengarnya.

Yang paling aku kagumi, Sudirman bukan setakat boleh memikat hati orang Melayu, tetapi berupaya memenangi hati masyarakat Cina, India dan semua kaum yang ada di Malaysia dari pelbagai peringkat usia.

Aku percaya kehilangan Sudirman pada usia yang muda, sangat-sangat dirasai oleh peminat hiburan tanah air. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah.

(Pic: Google)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: