Friday, December 30, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Selalu sangat dengar orang bercerita tentang kek yang satu ini. Dalam blog-blog masakan pun rsanya macam tak lengkap kalau takde kek ni. So malam minngu yang lalu, masa tengah berehat sambil tengok tv, adik ipar aku tanya, "Keda takde ke rasa macam nak buat kek?" manja gila kan adik ipar aku? hehehehe....

Mula-mula aku rancang nak buat muffin je. Tapi bila teringat kek yang satu ni aku pun teruslah menggogle resepinya. Seperti biasa antara sumber rujukan aku blog kak kasih  (http://kasihredha.blogspot.com/) dan kak azlita (http://fromintankitchen.blogspot.com/) lah.

Ini lah hasilnya.....
with Chocolate Topping + Fresh Strawberry
for my beloved mummy

With Chocolate Topping + Chocolate Rice
for my Sista & Brotha

Setelah dibedah siasat...
moist sangat-sangat
Bagi aku kek ni sangat-sangat moist. Adik dengan adik ipar aku pun kata sedap dan boleh buat lagi. Cumanya mereka lebih suka kalau diletakkan topping chocolate dan choc rice. Terima kasih banyak-banyak pada mereka yang berkongsi resepi yang tidak kurang hebatnya ini.

Berikut aku kongsikan resepinya yang aku ambil dari blog Kak Kasih. (http://fromintankitchen.blogspot.com/):

Super Moist Eggless Chocolate Cake 
Sumber : My Kitchen (kak anymz)

Bahan-bahan :
(untuk loyang 6-7 inci - tapi aku masuk dalam muffin cup je)


·                     1 cawan tepung gandum
·                     1 sudu kecil baking powder
·                     1/2 sudu kecil soda bikarbonat
·                     1/2 cawan serbuk koko
·                     2 sudu besar susu tepung
·                     1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
·                     1 cawan gula perang
·                     1 sudu kecil esen vanilla
·                     1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
·                     secubit garam
·                     1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
·                     1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-caranya:

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

Sejukkan kek setelah masak.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Terima Kasih Kak Fidah & Fini!

Apam Polka Dot Filling Choc & Blueberry. Tema Hijau Kuning
Tempahan daripada Fini Ukay Perdana


Steamed Butter Cake
Tempahan Kak Fidah (regular customer)
 Thanks for the order guys!
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Terima Kasih Liza, Fidah & Kak Shima!

Fruit Tart 50 pcs - Untuk Liza & Fidah

Fruit Tart dalam Box

Apam Pola Dot 100 pcs Filling Strawberry, Choc, Blueberry
Untuk majlis merisik anak kak Shima

Harap kalian berpuas hati dengan hasil tangan Aida. Terima kasih sekali lagi.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, December 28, 2011

Ella & Faizal Tahir @ Mentor 6

Best betul bila dapat tahu dua orang penyanyi pujaan hati aku, Ella dan Faizal Tahir dipilih sebagai Mentor untuk Mentor 6. (Aku terbaca dalam FB Ella tadi ). Aku harap kedua-dua artis pujaan aku ni akan dapat protoge yang terbaik yang mampu menyerap segala ilmu yang bakal dicurahkan kepada mereka.

All the best to both of u!

Barisan  Mentor bagi Mentor 6: Ella, Faizal Tahir, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ramlah Ram, Adam dan Ferhad.
(Pic credit to http://www.gua.com.my)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, December 17, 2011

Brunch with Ma Beloved Sista!

Clam Chowder...
So yummy.....I like!

Spaghetti in the Sea....
Average...


Fried Country Mushrooms
So delicious....I like....

Cala-Cala (Calamsi + Lemonade)
Not bad...

Thank you for the brunch treat kak!

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Apam Polka Dot!

Apam Polka Dot Pelbagai Filling untuk Majlis Hari Jadi Anak Buah Adik Iparku!


Apam Polka Dot Jingga untuk Rumah Jingga!  :-)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, December 15, 2011

Congratulation!

Congratulations Tisha & Yigi on the arrival of your newborn baby boy!

9 Dec 2011

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Terima Kasih Yana!

Entri tertangguh. Terima kasih kepada sahabatku yang selalu tempah Steamed Butter Cake aku. kali ni Yana tempah dua biji Steamed Butter Cake. Satu untuk diberikan kepada jirannya dan satu untuk makan-makan dengan keluarga. Terima kasih Yana sebab tak jemu-jemu makan Steamed Butter Cake aku.

Yang ni aku buat berpis-lapis di dalam.


Yang ini pula corak marble di dalam.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Terima Kasih Dieyana, Amie & Akmal!

Entri tertangguh. Terima kasih kepada adik-adikku yang sudi tempah Apam Polka Dot dengan aku. Diana tempah 50 biji untuk bawa pulang ke kampung. Amie tempah 50 biji + 50 biji untuk diberi kepada 'cinta hatinya'. Akmal pula 50 biji + 50 biji + 50 biji untuk kawannya yang hendak pulang ke kampung.

Dieyana 
50 biji Apam Polka Dot Filling Choc & Blueberry

Amie
50 biji Apam Polka Dot Filling Kaya & Mixfruit Jem

Amie
50 biji Apam Polka Dot Filling Choc & Kaya

Akmal
50 biji + 50 biji + 50 biji Apam Polka Dot Filling Blueberry, MixFruit Jem, & Kaya

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Terima Kasih Nor!

Sebiji Blueberry Marble Cheese Cake telah sampai kepada tuannya, Nor tengah hari tadi. Terima kasih Nor sebab sudi tempah dengan aku. Harap berpuas hati dengan hasil tangan aku.


 Di bawah ini aku letakkan resepi Blueberry Marble Cheese Cake yang aku buat. Sebenarnya resepi asal aku ambil dari blog Kak Azlita (Masam Manis) tetapi resepi yang ini aku sudah ubah suai sedikit mengikut citarasa aku dan keluarga. Terima kasih Kak Azita (Masam manis) kerana berkongsi resepi yang memang sedap ni. Kepada Kak Kasih, minta maaf banyak-banyak kerana terlalu lambat paparkan resepi yang akak minta ni.

Bahan-Bahannya:

Untuk Base
400g biskut digestive (resepi asal 80g biskut merie/ritz)
200g mentega dicairkan (resepi asal 50g mentega)

Untuk Cheesecake
250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula

15g gelatin
60ml air panas
150 g blueberry tin + filling blueberry (Resepi asal -50g buah blueberry tin + 25ml syrup blueberry)

Cara Membuatnya:

1.  Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk.
2.  Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
3.  Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat-padatkan.

4.  Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit - 1jam.
5.  Dalam bekas berasingan, bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin ni agar tidak berbiji-biji)
6.  Dalam bekas beasingan juga, pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.

7.  Seterusnya masukkan yogurt dan juga whipping cream ke dalam bekas cream cheese tadi. Pukul lagi hingga sebati.
8.  Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
9.  Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble.

10. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam. (Atau lebih mudah tinggalkan semalaman)
11. Potong dan hidangkan.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, December 13, 2011

Buah Tangan dari Pantai Timur

Murah rezeki aku pagi ni. Aku menerima buah tangan daripada seorang sahabat yang baru pulang dari kampung, keropok keping dan juga keropok segera. macam tau je aku ni suuuuuuuka sangat makan keropok ikan.

Terima kasih Diana!


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, December 12, 2011

Menjunjung Kasih Tuanku!

Tamatlah sudah tempoh pemerintahan Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Baginda berdua selamat pulang ke Terengganu petang tadi.  Secara peribadi aku sedikit sebak melihat baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara untuk pulang ke Terengganu. Semoga baginda berdua sentiasa dilindungi Allah.

Menjunjung Kasih Tuanku!



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, December 11, 2011

Congratulation!!!

End of the year is synonym with a wedding right? Ramai juga kawan aku (atau lebih tepat adik-adik aku) yang menamatkan zaman solo mereka pada penghujung tahun ini. Terima kasih atas undangan. Mohon maaf kerana ada undangan yang gagal aku penuhi kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Selamat Pengantin Baru aku ucapkan buat Siti Fairuz (Ct) & Mohd. Redhuan (3 Dis 2011), Wan Nazifa Husna (Jeepa) & Fahmi Noh (4 Dis 2011), Fatima Aini (Eni) & Aliff (10 Dis 2011) dan Maziana Mustafa (Ana) & Mohd. Sanny (10 Dis 2011).
  
May the sun rise today,
And fill your day with warmth,
May the flowers bloom today,
And spread their sweet fragrance around,
May every moment of your special day,
Bring you many reasons to smile,
Making all your wishes come true,
Together forever in life you cover every mile,
Congratulations on your wedding!


May it last till the end of your life...
Aminnn....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, December 4, 2011

Homework - Mr. Trainer!

Pagi tadi aku telah berjaya menyelesaikan homework yang diberi oleh Trainer aku last week. Last week aku tak dapat buat sebab hujan d whole day. Minggu ni alhamdulillah. Pagi tak hujan. Jadi aku dengan gigihnya berjaya melaksanakan homework tu dengan baik (baik ke?! janji selesai...heheheh).

Lupa pulak nak bagi tau homework apa yang Mr Trainer bagi. Sebenarnya dia suruh aku panjat Puncak Setiawangsa dari rumah aku.Fuhhh...jauh tu....aku cuak gak sebenarnya sebab dok terfikir kalau aku tak larat nak balik macam mana? jenuh pulak nak tunggu teksi. Nak soh orang jemput malu tu...huhuhu...

Jadi aku kuatkan semangat untuk meneruskan misi aku ni. Alhamdulillah....Berjaya juga. Cumanya aku taklah berlari (Ammar bolehlah lari...Aku mana larat wei...huhuhuu). Aku cuma buat Power Walk + Jogging + Walk (Lazy...hehehhheee). Aku selesaikan misi aku dalam tempoh masa 1 jam 30 minit. Lambat gila kan? Takpe...ni pertama kali kan? Insyaallah akan datang aku akan perbaiki.....

Ni gambar-gambar yang sempat aku ambil...hehehhehehee....
Check Point 1
Check Point 2

Check Point 3
 
Suka tengok rumah ni....ni pandangan dari belakang rumah ya...

 

Ni pulak pandangan dari depan..


Besarnyaaaaa......i loike....



Check Point 4


Last Check Point


Good Job Aida!
(heheheheee...puji diri sendiri)




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Oreo Cheese Cake!

Semalam atas permintaan satu-satunya adik ipar lelaki aku, aku dengan gigihnya membuat Oreo Cheese Cake! Resepinya aku guna sama dengan Blueberry Cheese Cake aku tetapi aku gantikan biskut digestive dengan biskut oreo dan blueberry aku gantikan dengan biskut oreo juga. Ini lah hasilnya.....



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, December 3, 2011

Ombak Rindu w Aaron Aziz & Aaronators!

Date    :    1 Disember 2011 (Khamis)
Time   :    8.00 - 11.30pm
Venue :    e@Curve

Me & Tisha
Pic: Credit to Aaronators


Pic: Credit to Aaronators


Short Speach by Aaron Aziz! Coolllll.....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, December 2, 2011

Thanks Fiza (Nilai)

Awal minggu hari tu aku dapat call dari seorang yang memang aku tak kenal, bertanyakan tentang Apam Polka Dot. Fiza dari Nilai.. Beliau berhasrat untuk menempah 300 biji Apam Polka Dot, Filling Choc, Blueberry & Strawberry, yang dibungkus 3 biji bagi setiap bungkusan.

Mula-mula aku agak cuak juga untuk menerima tempahan tersebut, sebabnya aku tak tau pun siapa Fiza ni, dia serius ke main-main saje. Tapi setelah fikir beberapa kali, aku terima.Aku berserah pada Allah, niat aku baik tapi kalau takdirnya aku nak kena tipu aku redha.

Tapi syukur alhamdulillah, walaupun aku tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku (cuma tau no telefon aku je), dia jujur. Apam Polka Dot yang dia tempah selamat bertukar tangan dalam hujan lebat petang tadi. Alhamdulillah.

Terima kasih Fiza!

Mintak maaf tak sempat bersembang panjang sebab masing-masing nak cepat disebabkan hujan lebat tadi. Harap bertemu lagi pada masa akan datang.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, November 30, 2011

Terima Kasih Yana!

Tengah hari semalam aku terima permintaan sorang lagi kawan baik aku, Haziana@ Yana. Yana ni suka sangat makan Steamed Butter Cake aku. So dia nak order untuk makan esok. Aku sebenarnya ada session dengan Ammar malam tadi tapi sbb tak nak hampakan hasrat kawan aku yang sorang ni, aku pun penuhi jugaklah hasrat dia. kami ni aku buatkan ala2 marble. Ni lah dia Marble Butter Cake (Steamed) yang Yana teringin sangat nak makan.


Terima Yana!

Harap puas hati dengan hasil tangan aku ni.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, November 28, 2011

Kuih Seri Muka

My first attempt in making Kuih Seri Muka ! Boleh tahan jugaklah rupa dia. Puji diri sendiri...hehehehhee...Tapi sila abaikan dua titik ditengah2 tu ya...Ni lah akibat masuk air, tak bungkus tutup kukus dengan kain.

Resepi ni aku dapat daripada kawan kakak aku, Kak Cheq. Terima kasih Kak Cheq sebab sudi kongsi resepi ni.

Komen yang aku terima daripada family aku:

i)   Abah - Bagus. Sedap.
ii)  Kak Nor - Atas kalau keraskan skit pun boleh., pulut plak macam lembik skit. 
iii) Anie - Sedapppp. Cuma pulut je kene improve. Kalau kurangkan santan pun ok.
iv) A'a -  Sedappp. Tapi pulut kene improve jugak. Kene lebihkan santan.
v)  Ain - Ok. Sedap.
vi) Lan - Ok.
vii) Adik - Ok jer.

(Baru aku teringat mak aku tak komen aper2. hmmmm....)

So untuk next time aku akan improve mana yng terkurang terlebih tu. Aku rasa lapisan yang atas dia mmg takde masalah. Cumanya lapisan pulut kene improve.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, November 25, 2011

Happy 22nd. Birthday Brotha

Hope you have a great year ahead and lots of success.
May Allah bless you always!

Happy 22nd. Birthday Brotha 
- Mohd Azmie @ Amie @ Achik

My Brotha wif d 3 Budak Sibuk...
hehehheee...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Terima Kasih Kak Shima & Mek Sue

Tak sangka aku gambar Blueberry Marble Chhese Cake yang aku upload dalam blog aku tempoh telah memuikat hati xboss aku Kak Shima, dan sepotong kecil kek yang sama yang aku berikan pada sahabat baik aku Suzanti @ Mek Sue telah memikat anak tekaknya. 

Kesannya, tempahan terus dibuat untuk dimakan pada hujung minggu ni. Inilah dia, Blueberry Marble Cheese Cake yang ditempah oleh kedua-dua sahabat aku ini.
Tempahan Kak Shima

Tempahan Mek Sue

Ready to deliver!
Terima kasih Kak Shima & Mek Sue!

Kalau sedap n puas hati lain kali bolehlah order lagi ya...:-)

Special gift utk Kak Shima & Mek Sue

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!