Friday, December 2, 2011

Thanks Fiza (Nilai)

Awal minggu hari tu aku dapat call dari seorang yang memang aku tak kenal, bertanyakan tentang Apam Polka Dot. Fiza dari Nilai.. Beliau berhasrat untuk menempah 300 biji Apam Polka Dot, Filling Choc, Blueberry & Strawberry, yang dibungkus 3 biji bagi setiap bungkusan.

Mula-mula aku agak cuak juga untuk menerima tempahan tersebut, sebabnya aku tak tau pun siapa Fiza ni, dia serius ke main-main saje. Tapi setelah fikir beberapa kali, aku terima.Aku berserah pada Allah, niat aku baik tapi kalau takdirnya aku nak kena tipu aku redha.

Tapi syukur alhamdulillah, walaupun aku tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku (cuma tau no telefon aku je), dia jujur. Apam Polka Dot yang dia tempah selamat bertukar tangan dalam hujan lebat petang tadi. Alhamdulillah.

Terima kasih Fiza!

Mintak maaf tak sempat bersembang panjang sebab masing-masing nak cepat disebabkan hujan lebat tadi. Harap bertemu lagi pada masa akan datang.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: