Thursday, December 15, 2011

Terima Kasih Nor!

Sebiji Blueberry Marble Cheese Cake telah sampai kepada tuannya, Nor tengah hari tadi. Terima kasih Nor sebab sudi tempah dengan aku. Harap berpuas hati dengan hasil tangan aku.


 Di bawah ini aku letakkan resepi Blueberry Marble Cheese Cake yang aku buat. Sebenarnya resepi asal aku ambil dari blog Kak Azlita (Masam Manis) tetapi resepi yang ini aku sudah ubah suai sedikit mengikut citarasa aku dan keluarga. Terima kasih Kak Azita (Masam manis) kerana berkongsi resepi yang memang sedap ni. Kepada Kak Kasih, minta maaf banyak-banyak kerana terlalu lambat paparkan resepi yang akak minta ni.

Bahan-Bahannya:

Untuk Base
400g biskut digestive (resepi asal 80g biskut merie/ritz)
200g mentega dicairkan (resepi asal 50g mentega)

Untuk Cheesecake
250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain
90g gula

15g gelatin
60ml air panas
150 g blueberry tin + filling blueberry (Resepi asal -50g buah blueberry tin + 25ml syrup blueberry)

Cara Membuatnya:

1.  Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk.
2.  Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
3.  Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat-padatkan.

4.  Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit - 1jam.
5.  Dalam bekas berasingan, bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin ni agar tidak berbiji-biji)
6.  Dalam bekas beasingan juga, pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.

7.  Seterusnya masukkan yogurt dan juga whipping cream ke dalam bekas cream cheese tadi. Pukul lagi hingga sebati.
8.  Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
9.  Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble.

10. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam. (Atau lebih mudah tinggalkan semalaman)
11. Potong dan hidangkan.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: