Friday, June 29, 2012

Happy Retirement!

Kak Shima,

 Congratulations on your retirement.

Hope your retirement is everything you expect it to be and much more.
We'll miss you. You were one of a kind, and not easily replaced.
I wish you and your family the very best.
May Allah bless you always!


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Kecewanya

Rasa nak pengsan tengok keputusan malam tadi. Bukan EURO tapi Wimbledon. Rafa kalah dengan pemain tak ternama, Lukas Rosol dalam pusingan ketiga. Huhuhuhuhu....Keputusan apakah ini? It's just unbelievable.... I don't think I am wrong to say this is one of the biggest upset in tennis history. Rosol is 26 (not a kid for tennis) and is ranked number 100 and he beats this human ball machine? Huhuhuhuhuuu....Im so sad...

Lukas Rasol
(Photo credit to http://www.wimbledon.com)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, June 27, 2012

Ceramah Inovasi

Pagi tadi aku menghadiri ceramah Inovasi yang dianjurkan oleh DBP. Semua pegawai diwajibkan hadir (kalau tak hadir berdosa sebab wajib...hehehehehehee). Sebenarnya masa nak pergi tu aku macam malas gila jugak. Faham-fahamlah. Ceramah tentang inovasi, kualiti dan yang seangkatan dengannya bukan sesuatu yang menyeronokkan.Tajuk yang berat dan membosankan. Uhuksss...Tapi disebabkan wajib maka aku pun pergilah.

Ceramah disampaikan oleh Encik Aziph Mustapha, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia. 1st impression aku kat pencemarah ni, hmmmm oklah. Penceramah muda jugak orangnya so mungkin tak boring sangat kot. (Tak adil kan penilaian dibuat berdasarakan usia begitu? Mintak maaf je lah ya. Dah aku memang gitu.huhuhuuu)

Bila ceramah dah mula aku rasa boleh tahan jugak. Kaedah ceramah yang lebih berbentuk bengkel sangat menarik. Ditambah pula dengan aktiviti yang melibatkan semua orang aku kira mampu membuka mata yang hampir tertutup. (bukan sebab bosan tapi memang tabiat gitu kalau dengar ceramah...hehehehee).Banyak ilmu baru yang aku pelajari tadi. Antaranya kaedah menjana idea, mengembangkan idea dan yang sewaktu dengannya lah. semua berkait dengan idea, kreativiti dan inovasi. 

Kesimpulannya aku suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuka ceramah tadi. :-)

Ini gambar kami dengan penceramah. Aku sebaris dengan penceramah tau. Jangan cemburu ya kawan-kawan. Hehehehheeee....

Photo credit to Yayasan Inovasi Malaysia (FB)




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Kerja Kerja Kerja

Lagi seminggu aku nak cuti panjang tapi kerja macam tak habis-habis ni. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

(www.bized.com)







Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, June 25, 2012

Pergi Tak Kembali

Tengah hari tadi aku dikejutkan dengan berita kematian ayah kepada rakan se pejabat aku yang aku panggil dengan nama Kak Dee. Sebenarnya aku pernah kerja satu bahagian dengan abah Kak Dee yang aku panggil Pakcik Man. Pakcik Man ni sebenarnya kawan sepejabat ayah aku dan juga orang kampung mak aku. Panjang ceritanya kan? kalau ada yang tak faham biar kasi senang sikit. Sebenarnya aku, abah aku, Pakcik Man dan Kak Dee semuanya staff DBP. Abah aku pencen 12 tahun lepas dan Pakcik Man pulak kalau tak silap aku pencen lebih kurang gak time abah aku pencen. Pakcik Man ni rumah dia dekat dengan rumah arwah atok aku (sebelah mak). Itu pasallah abah dengan mak aku kenal sangat dengan Pakcik Man.

Aku dapat ebrita kematian Pakcik Man melalui siar raya di pejabat aku. Sebaik sahaja aku dengar berita tu aku terus call mak aku. Terkejut mak dengan abah aku. Mak dan abah terus bergegas ke rumah arwah. Aku tak dapat pergi sebab ada kerja yang sangat urgent yang perlu aku siapkan. Aku ralat juga tapi nak buat macam mana. Maafkan Eda pakcik sebab tak dapat ziarah pakcik buat kali terakhir. Eda doakan semoga pakcik sentiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang beriman. Buat Kak Dee dan keluarga semoga tabah hadapi semua ini. Takziah! Al-Fatihah....
----

Sebenarnya ada sedikit cerita yang agak melucukan terjadi kat rumah aku berkaitan dengan kematian Pakcik Man. Jangan salah anggap. Kematian ini memang mnyedihkan tapi gelagat anak buah aku yang agak melucukan. Mak dengan abah aku sebenarnya agak payah nak keluar siang hari pada hari bekerja kerana mereka menjaga anak buah aku yang 3 orang tu. Tapi kalau tengah hari seorang je ada sebab yang dua lagi sekolah. Yang kecil tu sekolah sampai thari je. Jadi kalau nak ke mana-mana mak dan abah perlu bawa si kecil Ayoi tu sekali. Masa di rumah arwah Pakcik Man, abah macam biasalah, buka penutup muka jenazah untuk melihat buat kali terakhir. Anak buah aku nampaklah apa yang abah aku buat. Dia diam je lah masa tu. Tapi bila balik rumah dia mula soal abah aku. 

"Tadi atok bukak muka orang tu (Pakcik Man) kan? Muka dia macam mana tok? 

hmmm masa ni abah aku dengan mak aku tak faham lagi soalan dia. 

Abah aku kata "Macam orang dah matilah dik". 

Sekali dia kata "Atok kan tengok tadi. Ceritalah tok muka dia jadi apa?" 

Barulah abah aku perasan apa yang si kecik tu maksudkan. Korang perasan tak? Rupanya ni lah pengaruh TV. Akibat selalu tengok Tanah Kubur si kecil tu ingat orang bila meninggal je muka jadi teruk bagai. Huhuhuu..

Jadi jenuhlah abah aku nak explain. Orang baik bila meninggal muka tak jadi apa2. Atok ni baik jadi muka atok ni macam orang tidur je. Pastu bila kitaorang balik rumah dia pun cerita, tadi pergi tengok orang meninggal macam dalam Tanah Kubur. Tapi tadi takde Tok Adi yang ada Atok Salleh. Hehehehee....kelakar giler budak kecik tu.
 




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Happy 62nd. Birthday Mak!


Hari ni merupakan hari ulang tahun ke-62 mak aku yang tersayang, Aku doakan semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang terbaik, dijauhi daripada penyakit kritikal, penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan, dilindungi dan dirahmati Allah selalu, diberi ketenangan hati, diberi kesabaran dalam menghadapi setiap dugaan hidup ini dan yang paling penting didup dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah swt.

Aku juga berdoa agar mak sentiasa gembira dan bahagia disamping kami sekeluarga. Jangan peningkan kepala dengan perkara remeh temeh dan gelagat kami yang pelbagai ini. kami memang sedikit nakal, sedikit degil dan sedikit keras kepala. Tapi kami adalah anak-anak dan juga cucu-cuc mak yang sangat sayangkan mak. Kami semua sayangkan mak. Sayang sangat-sangat.

HAPPY 62nd. BIRTHDAY MAK!

Mak disamping suami tercinta (abah aku lah ni.:-))





Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Perjuangan Yang Berakhir dan Bermula

Perjuangan England di EUFA EURO berakhir awal pagi ini apabila kecundang ditangan pasukan Itali 2-4 melalui sepakan penalti. Nampaknya badi kekalahan dengan sepakan penalti berterusan buat England. Sungguh menyedihkan tapi apa boleh buat. Aku percaya segala usaha telah dilakukan tetapi nasib dan rezeki masih belum berpihak kepada mereka. Apa-apapun aku rasa aku masih boleeh berbangga kerana walaupun bukan pasukan pilihan, England berjaya juga sampai ke suku akhir.

(Photo Credit to http://www.uefa.com)
Kalau dah berakhir apa pulak yang bermula? Bermula ni bukan tentang bola lagi tapi tentang TENIS. :-) Perjuangan RAFA di Wimbledon akan bermula hari ini. 25 Jun - 8 Julai 2012. Seperti biasa aku harap dua pemain kesayangan aku (siapa lagi kalau bukan Rafael Nada & Roger Federer) berjaya ke akhir. Kalau melihat kepada jadual memang perkara tersebut boleh berlaku. Tetapi sebelum ke akhir Roger perlu terlebih dahulu menewaskan Novak Djokovic (kalau dia tidak ditewaskan lebih awal). Dan Rafa perlu berjaya mengenepikan semua halangan awal.


Aku meramalkan di peringkat suku akhir kita akan menyaksikan pertarungan i) Novak Djokovic & Tomas Berdych ii) Roger Federer & Janko Tipsarevic iii) David Ferrer & Andy Murray iv) Rafael Nadal & Jo Wilfried Tsonga.

Di peringkat separuh akhir pula i) Novak Djokovic & Roger Federer ii)  Rafael Nadal & Andy Murray.

Kalau dilihat kepada prestasi semasa semua pemain, aku rasa lebih realistik sebenarnya untuk meramalkan pertarungan akhir adalah antara Rafa dengan Novak berbanding dengan Rafa dan Roger. Tapi aku kan peminat setia Roger. jadi aku nak lah tengok Roger yang melangkah ke pusingan akhir dan bukannya Novak.

Walau apapun bola tu bulat. Macam-macam boleh terjadi. Mungkin Novak boleh terkandas lebih awal (walaupun nampak macam mustahil kan?). Aku tak nak sebut Roger dan Rafa terkandas sebab kalau cakap tu macam doa kan? Jadi biarlah aku sebut Novak je kan? Aci tak? heheheheee...

Tapi walau apapun yang pasti aku tak dapat tengok pertarungan separuh akhir dan juga akhir sebab pada tarikh tu aku dah pun selamat terbang ke Australia untuk bersuka ria bersama keluarga. hehehehhehe...Apa-apapun VAMOS RAFA!

(Photo taken from FB)



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, June 20, 2012

England oh England!

Terkejut sungguh dengan keputusan game tadi. England berjaya menewaskan Ukraine 1-0. Jadi ini bermakna England berjaya melangkah malangkah ke Quater Final UEFA EURO 2012.

Wowwwwwwwww...tak sangka team ayam mcm England boleh pergi Quater Final. Bangga aku sekejab. Aku mmg penyokong England walaupun orang kata England ayam tapi ada aku kisah ke?hehehehee..Yang lagi best England jadi juara kumpulan pulak tu. Ni keputusan peringkat kumpulan:

11 Jun 2012 - England 1, France 1
15 Jun 2012 - England 3, Sweeden 2
19 Jun - England 1, Ukraine 0

Fuhhhh...mmg bangga lah...kalau kalah lepas ni pun aku tak ralat sangat sebab England mmg bukan pilihan pun kan? Tapi kalau menang memang bestlah nak tutup mulut kaki-kaki bola yang dok kondem England tak sudah-sudah...huhuhuuuu....

Apa-apapun aku doakan yang terbaik buat pasukan England!

(Photo credit to: http://www.uefa.com)





Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, June 18, 2012

Sekiranya aku....


(Photo credit to Yahoo Image)

"Aku selalu mohon pada Allah sekiranya aku menjadi seorang ibu 
jadikan aku ibu yang memahami hati dan perasaan seorang anak.. 
seandainya aku menjadi seorang ibu
 jadikan aku ibu yang dapat menjadi teman sejati kepada anak.. 
dan seandainya aku menjadi seorang ibu 
jadikan aku ibu yang dapat menjaga mulut ketika marah.."



Aku petik ni daripada wall FB seorang adik (bukan adik kandung aku ya:-)). Besar harapannya. Aku rasa mungkin semua perempuan punya harapan sedemikian. Ingin menjadi seorang ibu yang memahami hati dan perasaan seorang anak, ingin menjadi teman sejati seorang anak dan juga ingin menjadi seorang ibu yang sentiasa menjaga tutur kata terutamanya apabila marah. Tapi berapa ramaikah ibu yang mempunyai sifat dan sikap sebaik itu? Dan mampukah kita untuk menjadi sebahagian daripada ibu yang mulia seperti itu? Aku kira kita mampu menjadi apa sahaja yang kita inginkan. Usaha dan berdoa. Insyaallah.

Dan dalam usaha untuk menjadi ibu yang baik sifatnya kita jangan lupa untuk menjadi seorang anak yang mulia juga sifatnya. Berusahalah untuk menjaga hati orang tua (walau kadang kala hati kita terluka), berusahalah menjaga tutur kata (walau kadang telinga kita perit mendengar kata nista) dan berusahalah untuk menjadi anak yang berbakti kepada orang tua (walaupun kita bukan anak kesayangan mereka). Sesungguhnya setiap kebaikan kita pada orang tua akan diberi balasan yang baik juga darpada Allah. Insyaallah.


Sabda Rasulullah SAW :

"Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu 
( tidak kira yang masih hidup atau yang telah tiada )" 
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu"
 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, June 16, 2012

Masterchef Selebriti Malaysia

Aku suka tengok program Masterchef Selebriti Malaysia tapi aku tak suka tengok peserta yang satu ni...huhuhuhuuuuu......Tolongggggglah....


(Photo credit to http://www.astro.com.my)




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, June 15, 2012

Salam Jumaat!

Di pagi Jumaat yang mulia ni aku nak berkongsi tentang zikir taubat yang paling aku suka sekarang ni.
(Source: http://84.40.55.20/~koenvanwaesberghe/images/doa-zikir-taubat)





Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, June 14, 2012

Dambaan Pilu

Layan jiwang sekejab.....Aku sukalah lagu Dambaan Pilu (Didicazli) walaupun aku tak kenal penyanyi dia. kalau yang tak pernah dengar lagu ni, ni aku bagi lirik dia....

Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa

Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini

Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa

Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/d/didicazli/dambaan_cinta.html ]
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta

Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa

Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri

Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki

Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki

Ingin ku luahkan
Mungkin satu hariKan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, June 13, 2012

Thank You My Friend!

Thanks to my best buddy for the lunch treat today!


My all time fav : Monterey Chicken

His: Crispy Honey Chipotle Chicken Crispers

Starter: Tostada Chips 

with 
 
Skillet Queso 





Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, June 12, 2012

Salah kah?


Susah sangat kah hendak menjaga hati orang lain?
Susah sangatkah hendak menghormati orang lain?
Susah sangatkah hendak menghargai orang lain?


Salah kah andai kita merasa marah terhadap orang yang tidak pandai menjaga hati orang tua kita?
Salah kah andai kita merasa marah terhadap orang yang tidak pandai menghormati orang tua kita?
Salah kah andai kita merasa marah terhadap orang yang tidak pandai menghargai orang tua kita?

Salah kah kalau aku mula merasa menyampah terhadap orang seperti itu?
Mungkin aku agak penyabar dalam banyak perkara tetapi tidak dalam perkara yang satu ini.
Huhuhhuuu.....

Jangan kita harapkan orang menjaga hati kita setiap masa tapi dalam masa yang sama kita tidak pernah ambil peduli tentang hati dan perasaan orang lain.

(Photo credit to http://depositphotos.com)





 
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, June 11, 2012

The Undisputed King Of Clay

Siapa lagi kalau bukan Rafael Nadal. 

Malam tadi Rafa membuktikan bahawa dia adalah 'Undisputed King of Clay" setelah berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, 6-4, 6-3, 2-6, 7-5 untuk menjadi juara French Open buat kali ketujuh. 

Dengan kemenangan ini Rafa beliau telah mencipta rekod baru, mengatasi pencapaian the legend Bjorn Borg yang memenangi French Open sebanyak enam kali. Dengan kemenangan itu juga beliau telah meranapkan impian Novak untuk mencipta rekod memenangi 4 Grand Slam titles in a row.  :-)

Perlawanan yang berlangsung selama 2 hari ini memang sangat mendebarkan. Adik lelaki aku kata, ada pulak main sambung-sambung. Kakak aku cakap, bagi je lah Rafa menang sebab masa hujan lebat semalam dia dah leading, ni nak main sambung-sambung pulak. Hilang kesabaran mereka yang kurang meminati. Bagi aku, ada bagus juga berhenti masa hujan lebat semalam. Sebab bila court dah mula lembab Rafa dah kurang sikit taringnya. Jadi bila sambung semula hari ni dengan court yang dah kering, Rafa mula mengganas semula. Sesungguhnya hujan yang turun semalam adalah rahmat. Alhamdulillah. 

Tapi aku sedikit ralat sebenarnya. Aku rasa mak aku kecil hati dengan aku tadi sebab waktu perlawanan tu sama waktu dengan waktu program tv yang mak aku dok mengadap hari-hari, Seindah Sakura. Jadinya bila aku nak tengok Rafa, mak aku tak dapatlah nak tengok Seindah Sakura. TV kat dapur rumah aku tu dah weng sikit. Gambar ok tapi suara dia sekejab slow sekejab kuat. Ikut suka dia je. Tu yang orang malas nak tengok TV dekat dapur. Tapi aku tak kisahpun kalau kat dapur tu ada Astro. Sebab kat dapur takde Astrolah aku kena tengok TV kat depan jugak. Lagipun Seindah Sakura tu boleh tengok kat Youtube kan? Tenis ni mana ada. Memandangkan ini perlawanan penting jadi aku rasa sebagai peminat setia Rafa aku taknak lepaskan peluang. Dah lah aku terkejar-kejar balik rumah lepas waktu pejabat. kalau tak dapat tengok memang aku frust sangat-sangatlah. Huhuhuhuuu...Minta maaf banyak-banyak ya Mak!

Nasib baik Rafa memang. Kalau kalah aku rasa mesti sebab kena sumpah dengan mak aku. Heheheheeee.....

Congratulation RAFA! Im so happy and proud of you.

(Photo credit to http://www.rolandgarros.com)

 
Senyuman seorang Juara!


 





(Photo credit to http://www.rolandgarros.com)







Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, June 10, 2012

Rafa oh Rafa!


Play Suspended untill 1pm Monday!
Arghhhh...stressnya. Delay pulak. Huhuhuuu...Tapi takpelah. Mata aku pun dah rabak ni....

Insyaallah Rafa akan main lagi bagus bila dah rehat dan bila court pun dah kering balik besok. Jadi nak menang lagi mudah lah kan? Insyalllah.

(Photo credit to http://www.rolandgarros.com/en_FR/news/photos/index.html)

Sekarang moh tido dulu...nak mimpi jumpa ................
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

(Photo Courtesy ATP Tour)
Budak rambut serabai ni pun nak mimpi kan? hehehehehee





 



 








Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, June 9, 2012

Sekitar Majlis Perkahwinan Zira & Zarrar

Solemnization

Date:
2nd. June 2012

Time:
10.00 am

Venue:
Masjid Muaz bin Jabar,
Taman Setiawangsa

Tandatangan borang nikah
Batal air sembahyang

Reception
Date:
2nd. June 2012
Time:
8.00 pm
Venue:
Restauran Nelayan Titiwangsa



Pengantin menuju ke pelamin

Kek Pengantin


Cake Cutting Sesion


Acara menyuap mertua


Pengantin perempuan pun kena buli suap mertua juga


Pengantin bersama mak ayah, abg dan adik


Aku dengan adik pengantin


Aku lagi dengan mak pengantin pulak


Aku jugak lagi dengan family pengantin pulak.....
banyaknya gambar aku....dah blog aku kan? hehehehhe...








Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Harapan Kecundang!

Arghhhhh....Roger Federer kalah lagi....huhuhuhuuu....hampa harapan aku nak tengok dua pemain kesayangan aku nak beraksi di final French Open. Sedihnyaaaaaa...

Tewas lagi...huhuhuhuuuu

(Photo credit to http://bleacherreport.com)




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!