Monday, June 18, 2012

Sekiranya aku....


(Photo credit to Yahoo Image)

"Aku selalu mohon pada Allah sekiranya aku menjadi seorang ibu 
jadikan aku ibu yang memahami hati dan perasaan seorang anak.. 
seandainya aku menjadi seorang ibu
 jadikan aku ibu yang dapat menjadi teman sejati kepada anak.. 
dan seandainya aku menjadi seorang ibu 
jadikan aku ibu yang dapat menjaga mulut ketika marah.."



Aku petik ni daripada wall FB seorang adik (bukan adik kandung aku ya:-)). Besar harapannya. Aku rasa mungkin semua perempuan punya harapan sedemikian. Ingin menjadi seorang ibu yang memahami hati dan perasaan seorang anak, ingin menjadi teman sejati seorang anak dan juga ingin menjadi seorang ibu yang sentiasa menjaga tutur kata terutamanya apabila marah. Tapi berapa ramaikah ibu yang mempunyai sifat dan sikap sebaik itu? Dan mampukah kita untuk menjadi sebahagian daripada ibu yang mulia seperti itu? Aku kira kita mampu menjadi apa sahaja yang kita inginkan. Usaha dan berdoa. Insyaallah.

Dan dalam usaha untuk menjadi ibu yang baik sifatnya kita jangan lupa untuk menjadi seorang anak yang mulia juga sifatnya. Berusahalah untuk menjaga hati orang tua (walau kadang kala hati kita terluka), berusahalah menjaga tutur kata (walau kadang telinga kita perit mendengar kata nista) dan berusahalah untuk menjadi anak yang berbakti kepada orang tua (walaupun kita bukan anak kesayangan mereka). Sesungguhnya setiap kebaikan kita pada orang tua akan diberi balasan yang baik juga darpada Allah. Insyaallah.


Sabda Rasulullah SAW :

"Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu 
( tidak kira yang masih hidup atau yang telah tiada )" 
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu"
 

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: