Saturday, June 9, 2012

Selangkah Menuju Kejayaan!

Opsss.....bukan aku tapi my darling RAFA (darlinglah sangat...hahahaha). Rafael Nadal berjaya melangkah ke pusingan akhir French Open 2012. Aku sangat sukaaaaaaa. Tapi aku sedikit ralat sebab aku tak dapat menonton perlawanan antara Rafa dengan Ferrer tadi. Sebabnya BEREBUT TV dengan adik lelaki aku,. Dia nak tengok bola. Maka aku sebagai kakak terpaksalah berundur mengalah. Huhuhuhuuu...Tapi nasib baik Rafa menang. Kalau tak menang lagilah kecewa aku.

Rafa akan menentang antara Novak Djokovic atau pun Roger Federer. Perlawanan sedang berlangsung. Aku tengah tengok dengan aman ni. :-) Aku harap sangat Federer  yang menang. Kalau Federer menang dapatlah aku tengok dua pemain kesayangan aku beraksi di final nanti.  

Vamos Rafa!

(Photo credit to: http://www.rolandgarros.com/en_FR/news/articles/2012-06-08/201206081339166550899.html)
 




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: