Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432


Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga kita akan beroleh kekuatan untuk melakukan penghijrahan kearah kebaikan dunia dan akhirat. Amin.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, December 6, 2010

Im sooo happy

Pagi-pagi ni check account photoblog ada message. Yessssss....aku dapat message abang angkat aku yang dah berapa tahun menghilangkan diri. Happy sangat-sangat sebab aku memang tersangat-sangat teringat kat dia. Rindu beb. Dia banyak tolong aku masa aku belajar kat UM dulu especially bila bab IT lah. Siap tolong bagi talk kat umah anak yatim (secara percuma...diulang...secara percuma) lagi dulu. Baik sangat-sangat. Kalau aku ada problem dulu pun selalu bercerita kat dia.

Dah berapa bulan ni aku dok cari dia. Google here n there. Last2 aku jumpa acc photoblog dia. Aku msg kat dia last week dan arini pagi2 check ada messagedia. Aku sangat gembira......:)
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, December 4, 2010

Weekends

Petang tadi aku, mak, kakak dengan wan (anak buah aku yg sulung) pergi Giant, Shah Alam. Sampai Shah Alam cari Giant? hehehehe...takl;ah sampai macam tu. Belakang rumah aku pun ada Giant. Cumanya petang tadi aku hantar kawan aku balik kat Shah Alam. Dah terlanjur keluar tu mak dengan akak aku nak ikut sama sebab nak beli barang. Jadi lepas hantar kawan aku kat Bukit Jelutong kitaorang pergi Giant Shah Alam.

Lepas beli barang semua kitaorang singgah SR nak basahkan tekak dan mengisi perut sekali lah. Layanlah gambar kat bawah ni.

Muka bangga dapat makanan dulu. hehehehe....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, December 3, 2010

Cupcake Istimewa

Harini pagi-pagi lagi aku menerima sebiji cupcake daripada kawan aku yang menyambut hari lahir semalam. Kek ni bagi aku sungguh istimewa tetapi bukanlah kerana dia kawan istimewa aku tetapi kerana kek ni dibuat oleh seorang isteri sempena hari ulang tahun suaminya. baguskan isteri dia? Semoga aku pun bleh jadi sebagus dia juga andai Allah mengizinkan aku untuk menjadi isteri pada masa depan. Aminnn...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, December 1, 2010

PadaMu ku Bersujud

Aku suka lagu ni. Jom hayati lirik lagu yang penuh makna ini.

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!