Thursday, August 30, 2012

Rambling

Lama tak berblog. Bukan takde cerita tapi kesempitan waktu. Sempit ke waktu? Ke aku yg tak pandai mengurus waktu sendiri?Huhuhuhuuuu...
 
Malam ni memang jadual padat sangat. Keluar pejabat pukul 6.30, sampai rumah dah dekat maghrib. mandi solat makan segala macam dah dekat Isya' .Lepas Isya' bersedia untuk menyiapkan tempahan Apam Polkadot dan Blueberry Cheese Tart. masa tengah buat Apam Polkadot, kawan call nak bercerita hal keluarga. Perlu layan juga takut kecil hati pula nanti. jadi terganggu sikit waktu mengapam. Sudahnya Apam Polkadot cuma siap pada pukul 12.15 pagi.
 
Terus bersiap nak ambil Aphyd yang habis kerja pukul 1.00 pagi.  Dalam hati berdoa cepatlah sampai rumah sebab nak buat Blueberry Cheese Tart pulak. Dalam perjalanan balik dari tempat kerja Aphyd, abg pulak call bagi tau kereta dia tak boleh start. Jadi terus bergegas ke tempat dia. Lepas tu baru balik rumah. Sampai rumah dah pukul 2.00 pagi.
 
Teruskan projek Blueberry Cheese Tart. nasib baik shell memang dah disiapkan oleh kakak aku. jadi aku tinggal mengecheese dan melorek je lah. Siap semua dekat pukul 3.00 pagi. Barulah boleh masuk tidur ni. Jadi memang aku kesempitan waktu kan? :-)
 
 (Source: aawabed.blogspot.com)
 


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, August 23, 2012

Lengangnya....

Hari ni aku dah start kerja. Memang aman damai kat pejabat hari ni. Department aku pun cuma ada 6 orang je yang mula kerja hari ni. The whole building ni aku rasa tak sampai 100 orang kot sebab dekat parking memang sangatlah lengang.
 
Jalan raya pun masih lengang. Bestnya kalau hari-hari pergi dan balik kerja macam ni. Tapi mimpi je lah kot. Setahun sekali dapat macam ni pun kira ok lah.
 
Kepada kawan-kawan yang masih bersenang lenang di kampung masing-masing tu, janganlah lupa balik KL ya. Kerja kerja kerja! hehehehhehee..... 


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, August 22, 2012

Jom Tengok Movie!

Orang lain cerita pasal tapi aku nak cerita pasal movie dulu. Cerita raya lambat sikit sebab gambar raya belum transfer dari kamera. :-)
 
Hari ni family aku takde rancangan beraya ke mana-mana. Sebabnya kebanyakan rumah saudara mara kami dah pergi masa raya kedua dengan ketiga. Yang balancenya nak pergi hujung minggu nanti. Nak pergi rumah kawan-kawan memang tak dapatlah sebab ramai yang belum balik dari kampung. Jadi kami adik beradik plan nak berjimba. Hehehhehee...Kepada kakak kami yang tersayang minta maaf ya kak. Bukan tak nak ajak akak tapi akak dah kerja kan. Jadi izinkan lah adik-adikmu ini berjimba.:-)
 
Lepas bincang ala kadar kami buat keputusan nak tengok The Expendables 2. Tarikan utama filem ni bagi kami adalah barisan pelakon hebatnya. Aku nak tengok Sylvester Stallone dengan Bruce Willis, Aphyd nak tengok Jason Statham dengan Arnold Schwarzenegger, Anie pulak nak tengok Jet Li, A'a, Amie, Adik dengan Lan nak tengok semua, Ain pulak nak tengok movie (hehehehhee). Kitaorang pergi lapan orang. Aku dengan semua adik-adik dan adik-adik ipar aku. Lokasinya berdekatan dengan rumah je, Wangsa Walk.Waktu tayangan pilihan pukul 2.45 petang.
 
Kitaorang keluar ngam-ngam waktu zohor. rancang nak solat kat sana terus bila sampai nanti. Jadi bila sampai je Wangsa Walk, sebahagian pergi solat beberapa orang yang tak bersolat (bukan tak nak ya tapi uzur) terus pergi beli tiket. Sampai je atas tengok mak aiiii ramai jugak orang. Entah sempat tak nak tengok pukul 2.45 petang ni. Tapi alhamdulillah sempat. Barisan panjang sebab kaunter yang buka cuma dua je.
 
Sementara nak tengok 2.45 petang tu kitaorang lepak minum dekat Chatime dulu. Sambil layan donut yang sebelah tu. Entah apa nama tak tak ingat. Lepas minum terus beli pop corn, air dan hot dog. Pastu terus masuk. Masuk-masuk panggung, filem dah start beberapa minit. Sebabnya kami masuk ngam-ngam pukul 2.45 petang. Rugi rugi rugi...Huhuhuuuu...Jadi kepada yang bercadang nak menonton filem ni dinasihatkan masuk sebelum waktu tayangan. Jangan masuk ngam-ngam. Dia takde iklan-iklan bagai bagai macam filem lain.
 
Bagi aku, filem ni sangat menarik dan menghiburkan. Walaupun banyak bad review pasal filem ni tapi I just loved it! I was throughly entertained and delighted. Walaupun majoriti hero-heronya dah boleh masuk muzium tapi filem ni sangat hidup dengan aksi dan juga humor. Dan yang paling aku suka cerita ni sangat bersih. Tiada langsung adegan sx. Lagi selamat bagi budak-budak tengok cerita ni daripada tengok sebahagian daripada filem Melayu yang sarat dengan adegan atas katil dan adegan sx yang meloyakan. Bukan menghina filem Melayu kerana aku juga penggemar filem Melayu. Tapi kadang-kadang aku rasa mual dengan adegan sx yang aku kira tidak sesuai untuk tontonan umum. 
 
Berbalik kepada filem The Expendables 2, aku rasa berbaloi aku membayar RM14.00 untuk menonton filem ini. Jadi kepada penggemar filem di luar sana, aku cadangkan korang pergilah ke panggung berdekat untuk menyaksikan filem ini. Berbaloi-baloi. Tengok satu fulem boleh tengok banyak hero - Sylvester Stallone, Bruce WillisJason Statham, Jean-Claude van Damme, Chuck Norris, Arnold Schwarzenegger, Jet Li.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, August 17, 2012

Minal Aidilwal faizin

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang dalam masa dua hari lagi. Jadi dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam walau di mana juga anda berada, terutama sekali kepada saudara mara dan sahabat handai yang sudah lama tidak bersua muka. Biar langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, mata tak bertatap namun untuk dilupakan jauh sekali.


Kepada sahabat handai yang sering berlaga bahu, berlaga pipi, bergayut berjam-jam dan sebagainya, Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat kalian yang sangat dan sentiasa aku sayangi.

Begitu juga kepada keluargaku, mak, abah, abg & kak ita, akak, aphyd, a'a & anie, ain & lan, amie, adik, wan, jijie & ayoi, Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat kalian. Apalah makna hari raya bagiku tanpa kalian semua. Aku sayang kalian semua. Sangat sangat sangat.

Kepada semua keluargaku, saudara maraku dan sahabat-sahabatku,
Jika kesilapan semalam terjadi maaafkanlah, jika kesilapan hari ini menyakitkan lupakanlah, jika kesilapan esok mendatang janganlah dibawa ke akhirat. Sesungguhnya aku adalah manusia lemah yang kerap melakukan salah dan silap sama ada sengaja atau tidak, sedar atau tidak. Jadi maafkanlah aku. 

Semoga lebaran ini meberi seribu kebahagiaan kepada kita semua dan semoga kita sentiasa mendapat rahmat daripada Ilahi.

Kepada yang hendak pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya (atau jalan udara atau jalan laut atau mana-mana yang berkenaan). Semoga selamat pergi dan selamat kembali.

Dalam kita bergembira, jangan lupada kepada mereka yang serba kekurangan. Berilah sumbangan sedaya kita kerana dengan sedikit sumbangan ikhlas kita itu pastinya dapat memberi sinar kepada mereka.
 Assalamualaikum!

(Source: 123greeting.com)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, August 16, 2012

We missed him!

Pagi ini semasa dalam perjalanan ke pejabat aku dengar satu berita yang menyedihkan buat aku. Rafael Nadal tarik diri dari Terbuka Amerika (US Open). Arghhhhh...sedihnya. Dia belum pulih lagi. Rindunya aku nak tengok dia beraksi di gelanggang.

Bila buka FB pula aku jumpa ni:

"I am very sad to announce that I am still not ready to play and have to withdraw from this year's US Open in NYC. I am sorry since I always found great crowds and great support, but I have to continue with my recuperation and preparation to be ready to play in the right conditions. I'll miss you all this year at the Open!" - Rafael Nadal

(Source: FB TEnnis Now)

Sedih sedih sedih sedih.

It won't be as much fun to watch tennis without him around but he need to heal. Wish him a speedy recovery! Please come back safe and strong Rafa!


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, August 14, 2012

My Baby Boo

Orang lain sibuk bershopping tapi aku sibuk nak servis kereta. Mak kata "macam nak jalan jauh je. bukan nak balik kampung ke apa ke.Kalut je". Adik pulak kata "biarlah orang nak balik kampung servis kereta dulu. Saje nak menyemak kat workshop". Hahahahahaa....

Untuk mereka yang tak tahu aku ni memang beraya di KL. Abah aku memang orang KL. Mak aku pulak asal memang Johor tapi arwah atok aku polis, jadi sepanjang perkhidmatan memang berpindah-pindah lah kejenya. Last sekali sebelum pencen dekat KL. Atok aku beli umah dan terus menetap di KL sampailah akhir hayat. Jadi kami ni ni anak KL lah. :-)

Ala bukan sengaja mak menyemak. Dah mmg sampai time Baby Boo nak hantar servis nak buat macam mana. Jadi kalau saya ni menambah kesesakan dekat workshop minta maaflah ya. Hehhehhhheee.....

Tempat yang aku tuju bersama-sama dengan Baby Boo aku pada Ahad lepas adalah:
THE CHIN ENGINE AUTO SERVICE                               
Castrol Auto Service Workshop
No 108/G, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves, Selangor

Aku puji workshop ni. Sebabnya selain daripada layanan yang baik, workshop ni ada satu benda yang aku tak pernah jumpa dekat workshop yang pernah aku eprgi sebelum ni. Nak tau apa? KEBERSIHAN yang sangat tiptop. Workshop ni memang sangat-sangat bersih. Dari kawasan persekitaran sehinggalah budak pomen dia. Memang bersih. Lantai dia boleh buat baring tau. Budak pomen dia pulak taklah selekah dengan baju berminyak muka berminyak semua. Memang kemas. Memang aku kagum sangat. Memang lepas ni aku datang sini je lah kot. Walaupun tempat sedikit jauh daripada rumah aku tapi memang aku sangat puas hati.
Kalau ada siapa-siapa nak try bolehlah pergi. Kalau hantar kereta korang cakaplah kawan korang ada hantar kereta kat sana. Pastu boleh sms aku bagi tau nak pergi. Nanti aku bagi tau tokeh (Mr. Chin) dia yg smart bergaya macam orang keje opis tu. Kot-kot dapat harga baik punya. :-). Yang penting jangan lupa bagi tau aku. Kalau korang nak booking dulu boleh call Mr Chin -  03-61888323 / 019-3806119. Tapi lagi sekali aku ingatkan jangan lupa inform aku dulu. Jadi aku boleh beritahu Mr. Chin kawan aku nak pergi sana.

(Gambar tak transfer lagi. Nanti dah transfer aku upload :-))


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, August 13, 2012

Kerja dan Raya

Hari raya dah semakin hampir tapi kerja kat opis tak surut-surut. Semuanya nak urgent. Urghhhh....Tapi apa-apapun yang urgent memang perlu diselesaikan sebelum raya. Kalau tidak masa jalan raya teringat-ingat pulak kang. Huhuhuhuuuu.......

(Source: http://blog.southeastpsych.com)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, August 11, 2012

Biskut Raya Lagi!

Hari raya semakin hampir. Jadi aku nak tayang biskut raya home made aku batch yang terakhir. :-)

Almond Cookies

Biskut Sarang Semut


Choc Chip Cookies

Kakak dengan mak aku dah selesai mebaking segala macam biskut. Lepas ni tugas aku pulak membaking kek dan juga blueberry cheese tart. Kek dengan cheese tart tak boleh buat awal-awal jadi sehari sebelum raya baru boleh singsing lengan baking kek. Nanti aku tayang gambar-gambarnya ya. :-)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, August 10, 2012

Tahniah Pandelela!

Malaysia berjaya menambah satu lagi pingat dalam sukan Olympic 2012 ini apabila perenang kebanggan negara Pandelela Rinong berjaya menamatkan saingan bagi acara 10m Platform Diving dengan menduduki tempat ketiga yang melayakkan beliau menerima pingat gangsa. 

Tahniah Pandelela!
Kami rakyat Malaysia sangat bangga denganmu!

Pandelela Rinong bersama-sama pemenang pingat emas, Chen Ruolin (China)
dan pemenang pingat perak, Brittany Broben (Australia)
(Source: http://www.london2012.com)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, August 9, 2012

Happy Birthday Roger Federer!

HAPPY 31ST. BIRTHDAY
ROGER FEDERER!


(Source : FB Tennis Now) 



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, August 8, 2012

Berputih Mata

Hari ni Malaysia berputih mata lagi sekali apabila pelumba basikal negara Azizulhasni Awang gagal merealisasikan impian untuk membawa pulang pingat emas pertama dunia apabila hanya berjaya menduduki tangga terenam dalam acara  individu lelaki Sukan Olimpik 2012. Walau bagaimanapun beliau berjaya memperbaiki pencapaiannya dalam Sukan Olimpik 2008 yang lalu.

Mungkin faktor kecederaan yang dialami sebelum Sukan Olympic ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada kegagalan beliau dalam Sukan Olympic pada kali ini. Walaupun gagal memenangi pingat emas dan sebarang pingat, kecekalan dan semangat beliau untuk bersaing dalam temasya ini patut kita puji.

Dengan usia yang masih muda, aku kira Azizul punya peluang lagi untuk merebut pengat tersebut pada sukan Olympic yang akan datang. Insyaallah.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Kuih Raya Update!

Aku nak tayang kuih raya lagi ni.:-) Tambahan dua jenis kuih buatan mak dan kakak aku. Mak buat Tart Nenas (Fav aku) dan kakak aku buat Biskut Suji (fav dia lah..hehehe)





Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, August 7, 2012

Kuih Raya

Hari ni aku nak tayang kuih raya yang dah berjaya dibuat setakat ini oleh mak, kakak dan adik aku. Aku tak ambil kontrak buat kuih ni sebab aku dah ambil tender buat kek. hehehehheee...

(Gambar diambil oleh kakak aku menggunakan hp sahaja jadi kualiti gambar kurang memuaskan.:-)

Mazola dan Dahlia


German Cookies


Semperit



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, August 6, 2012

Padamu Kami Sandarkan Harapan

Esok kita akan menyaksikan jaguh lumba basikal kita, Azizulhasni Awang bertanding dalam acara kegemarannya, Keirin. Walaupun beliau memikul tanggungjawab yang sama seperti Lee Chong Wei iaitu untuk membawa pulang pingat emas namun perhatian yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap beliau tidak  sehebat perhatian yang diberikan kepada Lee Chong Wei.

Mungkin ada baiknya. Mungkin dengan perhatian yang kurang, tekanan yang beliau hadapi juga kurang. Jadi itu satu kelebihan buat beliau. Dengan kelebihan itu aku kira beliau akan dapat berlumba dengan lebih 'selesa' lagi. 

Beliau pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi acara yang sama dalam UCI Track World Cup pada tahun 2010. Jadi aku kira bukan mustahil untuk beliau mengulangi kajayaan yang sama.

Aku doakan agar "The Pocketrocket Man" akan berjaya membawa pulang pingat emas Olympic pertama negara. Insyaallah.

(Source: www.cyclingnews.com)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Harapan Kecundang

Harapan Malaysia untuk meraih pingat emas melalui acara badminton (perseorangan) dalam Sukan Olympic 2012 ini nampaknya hanya tinggal harapan apabila pemain badminton perseorangan kebanggaan Malaysia, Lee Chong Wei (LCW) tewas ditangan musuh tradisinya, Juara Dunia Lin Dan (LD).


(Source: FB Wootmedia)

LCW terpaksa akur dengan keputusan perlawanan yang lebih memihak kepada LD. LCW menang bergaya pada set pertama dengan 21-15, tetapi gagal mengekang kemaraan LD pada set kedua sehingga tewas dengan 21-10.  Pada set ketiga ternyata nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas tipis dengan 21-19.

Dengan keputusan tersebut, LD berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Olympic Beijing pada tahun 2008 lalu dan membuktikan bahawa beliau sememangnya pemain terbaik dunia pada masa kini. Tahniah Lin Dan.

(Source: Reuters/Photo By BAZUKI MUHAMMAD)

Kepada Lee Chong Wei, tahniah juga kerana telah memberi tentangan yang hebat kepada Lin Dan. Sesungguhnya bukan rezeki anda untuk mencatat nama dalam sejarah sukan tanah air sebagai atlit pertama memenangi pingat emas dalam sukan Olympic.

Malaysia masih punya sedikit harapan untuk memenangi pingat emas dalam sukan Olympic 2012 ini. Harapan tersebut tidak lain dan tidak bukan harus disandarkan kepada pelumba negara, Azizulhasni Awang. marilah kita sama-sama berdoa agar juara dunia itu berjaya membawa pulang pingat emas skan Olympic 2012 ini untuk negara kita.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau badminton menyaksikan pemain nombor satu dunia memenangi pingat emas, sukan tenis pula menyaksikan keputusan yang berbeza apabila pemain nombor satu dunia, Roger Federer tewas ditangan pemain keempat dunia, Andy Murray. Ternyata bermain digelanggang sendiri memberi suntikan semangat yang bukan sedikit kepada Murray. Beliau telah menewaskan pemain nombor dua dunia, Novak Djokovic pada pusingan separuh akhir sebelum menewaskan Roger Federer pada pusingan akhir.

Kemenangan ini cukup bermakna kepada pemain yang belum pernah memenangani sebarang gelaran Grand Slam sebelum ini itu. Kemenangan ini juga telah meranapkan impian pemain nombor satu dunia yang belum pernah memanangi pingat emas dalam sukan Olympic sebelum ini.

Aku sedikit sedih kerana sebagai peminat Roger, aku rasa ini adalah peluang terakhir untuk Roger memenangi pingat emas. Ini kerana empat tahun akan datang beliau rasanya 'terlalu tua' untuk bersaing merebut pingat tersebut nanti.

Apa-apapun inilah takdirnya. Walaupun aku mengharapkan dua pemain pujaan aku memenangi pingat emas namun ketentuan Allah ternyata berbeza. Rafa tidak bertanding kerana kecederaan dan Roger tewas di pusingan akhir. Sangat menyedihkan. Tetapi aku redha kerana sesungguhnya ketentuan Allah itu adalah yang terbaik.

(Source: FB Tennis Now)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, August 5, 2012

Rumah Baru

Aku dah buat sedikit "renovation rumah' aku ni. :-) Tidaklah secantik blog orang lain tapi bagi aku dah cukuplah ni buat masa ni. Simple je. Doodle header yang comel macam aku ni aku tempah daripada tuan punya blog MerahituJambu. Sesiapa yang berminat bolehlah jenguk blog dia. Aku dapat ni pun dari blog MamaGee yang aku rajin terjah . Terima kasih mama. Terima kasih juga kepada Merahitujambu.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, August 3, 2012

Aku Sedih!


"Nadal says he needs more time to recover before hitting the courts again".
(Source: FB Tennis Now)


Inilah berita sedih untuk aku pagi ini.  Terasa macam lambat je lagi nak dapat tengok Rafa beraksi, sekali gus merampas kembali takhta pemain tenis nombor 1 dunia. Arghhhhh. Aku sedih....Huhuhuhuuuu...

Apa-apa pun aku doakan dia cepat sihat dan kembali cergas seperti biasa.

Wish you a speedy recovery Rafa! 
Take care of that knee and let it heal properly.
Stay healthy Rafa!




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Fadhilat Solat Terawih Malam ke-15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, August 2, 2012

Fadhilat Solat Terawih Malam ke-14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, August 1, 2012

Iftar with BFF

Hari ni aku berbuka di luar lagi. BFF nak belanja. Kalau ikut hati macam malas sebab nanti tak dapat solat terawih dekat masjid tapi takut orang kecil hati pula. Jadi aku pergilah juga. Terawih di rumah je lah kan.
Tempatnya agak jauh juga dari rumah aku. Nak meredah ke sana petang-petang memang bercinta sikit. Jalan memang jem lah. Jadi kitaorang decide pergi lepas Maghrib je. Berbuka dengan air kosong dulu. Lepas tu terus pergi surau untuk solat Maghrib. Lepas solat Maghrib baru pergi sana.
Restauran biasa je. Tapi sebab BFF aku suka food kat sana jadi dia ajaklah aku ke sana. Nama restaurannya, Waroeng Oma. Terletak di 42-1, Jalan PJS 8/2, Bandar Sunway. If you love Indonesian food, this is something you might like to try. Very anthentic Indonesian.
(Source: Webstagram)
 Kami makan nasi putih dengan Set Spesel Ayam Bakar. Set ayam bakar ni terdiri daripada Ayam Bakar (quater), Urap (macam kerabu), Telur Dadar Jagung dan Gulai Hati dan Pedal Ayam. Set ni tanpa nasi jadi kami tambah nasi, ayam bakar lagi satu dan Bergedel.

Gambar ni pinjam dari Webstagram. :-)
Set ayam tu dihidang dalam basket macam dalam gambar kat atas ni. Ayam tambahan baru diletak dalam pinggan biasa.Aku makan semua kecuali gulai. Kalau mengikut tekak aku dan kawan aku memang sedaplah semua makanan yang kami order ni. Memang puas hati lah. 

Tapi yang aku paling tak boleh lupa adalah Murtabak Cokelat. Bukan murtabak macam kita biasa makan ya kawan-kawan. Tapi macam Apam Balik. Memang sangat sedap, lebih-lebih lagi dimakan panas-panas. mula-mula nak order Cokelat + Cheese tapi mengenangkan nak makan nasi lepas tu, terus tak jadi tambah cheese. Tapi memang puas hati betullah. Sedappppppp dan aku suka sangat.

(Source: Webstagram)
Ni lah rupa murtabak tu. macam apam balik kan?
Lepas makan tu aku sembang dengan tukang buat murtabak tu. Aku puji lah kata sedap. Lepas tu dia tanya aku pernah makan yang ada cheese tak? Aku katalah belum pernah. Dia kata aku kena try. Ni  yang aku berkobar-kobar nak try ni. Jadi lepas ni aku pasti akan ke sana lagi. :-)

Terima kasih BFF sebab belanja makan. Lain kali kita pergi lagi ya.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!