Esok kita akan menyaksikan jaguh lumba basikal kita, Azizulhasni Awang bertanding dalam acara kegemarannya, Keirin. Walaupun beliau memikul tanggungjawab yang sama seperti Lee Chong Wei iaitu untuk membawa pulang pingat emas namun perhatian yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap beliau tidak sehebat perhatian yang diberikan kepada Lee Chong Wei.
Mungkin ada baiknya. Mungkin dengan perhatian yang kurang, tekanan yang beliau hadapi juga kurang. Jadi itu satu kelebihan buat beliau. Dengan kelebihan itu aku kira beliau akan dapat berlumba dengan lebih 'selesa' lagi.
Beliau pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi acara yang sama dalam UCI Track World Cup pada tahun 2010. Jadi aku kira bukan mustahil untuk beliau mengulangi kajayaan yang sama.
Aku doakan agar "The Pocketrocket Man" akan berjaya membawa pulang pingat emas Olympic pertama negara. Insyaallah.
(Source: www.cyclingnews.com) |
2 comments:
hrp2nyer diberikan kekuatan yg berganda utk dia menang kan...
doa kita belum dimakbulkan nampaknya. tapi takpe yang penting dia dapat juga menempatkan diri dalam 6 terbaik dunia. dan dia merupakan anak melayu terbaik dunia.:-)
Post a Comment