Monday, August 6, 2012

Harapan Kecundang

Harapan Malaysia untuk meraih pingat emas melalui acara badminton (perseorangan) dalam Sukan Olympic 2012 ini nampaknya hanya tinggal harapan apabila pemain badminton perseorangan kebanggaan Malaysia, Lee Chong Wei (LCW) tewas ditangan musuh tradisinya, Juara Dunia Lin Dan (LD).


(Source: FB Wootmedia)

LCW terpaksa akur dengan keputusan perlawanan yang lebih memihak kepada LD. LCW menang bergaya pada set pertama dengan 21-15, tetapi gagal mengekang kemaraan LD pada set kedua sehingga tewas dengan 21-10.  Pada set ketiga ternyata nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas tipis dengan 21-19.

Dengan keputusan tersebut, LD berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Olympic Beijing pada tahun 2008 lalu dan membuktikan bahawa beliau sememangnya pemain terbaik dunia pada masa kini. Tahniah Lin Dan.

(Source: Reuters/Photo By BAZUKI MUHAMMAD)

Kepada Lee Chong Wei, tahniah juga kerana telah memberi tentangan yang hebat kepada Lin Dan. Sesungguhnya bukan rezeki anda untuk mencatat nama dalam sejarah sukan tanah air sebagai atlit pertama memenangi pingat emas dalam sukan Olympic.

Malaysia masih punya sedikit harapan untuk memenangi pingat emas dalam sukan Olympic 2012 ini. Harapan tersebut tidak lain dan tidak bukan harus disandarkan kepada pelumba negara, Azizulhasni Awang. marilah kita sama-sama berdoa agar juara dunia itu berjaya membawa pulang pingat emas skan Olympic 2012 ini untuk negara kita.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau badminton menyaksikan pemain nombor satu dunia memenangi pingat emas, sukan tenis pula menyaksikan keputusan yang berbeza apabila pemain nombor satu dunia, Roger Federer tewas ditangan pemain keempat dunia, Andy Murray. Ternyata bermain digelanggang sendiri memberi suntikan semangat yang bukan sedikit kepada Murray. Beliau telah menewaskan pemain nombor dua dunia, Novak Djokovic pada pusingan separuh akhir sebelum menewaskan Roger Federer pada pusingan akhir.

Kemenangan ini cukup bermakna kepada pemain yang belum pernah memenangani sebarang gelaran Grand Slam sebelum ini itu. Kemenangan ini juga telah meranapkan impian pemain nombor satu dunia yang belum pernah memanangi pingat emas dalam sukan Olympic sebelum ini.

Aku sedikit sedih kerana sebagai peminat Roger, aku rasa ini adalah peluang terakhir untuk Roger memenangi pingat emas. Ini kerana empat tahun akan datang beliau rasanya 'terlalu tua' untuk bersaing merebut pingat tersebut nanti.

Apa-apapun inilah takdirnya. Walaupun aku mengharapkan dua pemain pujaan aku memenangi pingat emas namun ketentuan Allah ternyata berbeza. Rafa tidak bertanding kerana kecederaan dan Roger tewas di pusingan akhir. Sangat menyedihkan. Tetapi aku redha kerana sesungguhnya ketentuan Allah itu adalah yang terbaik.

(Source: FB Tennis Now)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

1 comment:

Mama Gee said...

Takpelah....kita tahu datuk LCW dah cuba sedaya upaya dia... :)