Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang dalam masa dua hari lagi. Jadi dikesempatan
ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam walau di
mana juga anda berada, terutama sekali kepada saudara mara dan sahabat handai
yang sudah lama tidak bersua muka. Biar langkah tak bertemu, tangan tak
berjabat, mata tak bertatap namun untuk dilupakan jauh sekali.
Kepada sahabat handai yang sering berlaga bahu, berlaga pipi, bergayut berjam-jam dan sebagainya, Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat kalian yang sangat dan sentiasa aku sayangi.
Begitu juga kepada keluargaku, mak, abah, abg & kak ita, akak, aphyd, a'a & anie, ain & lan, amie, adik, wan, jijie & ayoi, Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat kalian. Apalah makna hari raya bagiku tanpa kalian semua. Aku sayang kalian semua. Sangat sangat sangat.
Kepada
semua keluargaku, saudara maraku dan sahabat-sahabatku,
Jika
kesilapan
semalam terjadi maaafkanlah, jika kesilapan hari ini menyakitkan lupakanlah, jika kesilapan esok mendatang janganlah
dibawa ke akhirat. Sesungguhnya aku adalah manusia lemah yang kerap melakukan salah dan silap sama ada sengaja atau tidak, sedar atau tidak. Jadi maafkanlah aku.
Semoga lebaran ini meberi seribu kebahagiaan kepada
kita semua dan semoga kita sentiasa mendapat rahmat daripada Ilahi.
Kepada yang hendak pulang ke kampung,
berhati-hatilah di jalan raya (atau jalan udara atau jalan laut atau mana-mana
yang berkenaan). Semoga selamat pergi dan selamat kembali.
Dalam kita bergembira, jangan lupada kepada mereka
yang serba kekurangan. Berilah sumbangan sedaya kita kerana dengan sedikit
sumbangan ikhlas kita itu pastinya dapat memberi sinar kepada mereka.
(Source: 123greeting.com) |
No comments:
Post a Comment