Tuesday, August 14, 2012

My Baby Boo

Orang lain sibuk bershopping tapi aku sibuk nak servis kereta. Mak kata "macam nak jalan jauh je. bukan nak balik kampung ke apa ke.Kalut je". Adik pulak kata "biarlah orang nak balik kampung servis kereta dulu. Saje nak menyemak kat workshop". Hahahahahaa....

Untuk mereka yang tak tahu aku ni memang beraya di KL. Abah aku memang orang KL. Mak aku pulak asal memang Johor tapi arwah atok aku polis, jadi sepanjang perkhidmatan memang berpindah-pindah lah kejenya. Last sekali sebelum pencen dekat KL. Atok aku beli umah dan terus menetap di KL sampailah akhir hayat. Jadi kami ni ni anak KL lah. :-)

Ala bukan sengaja mak menyemak. Dah mmg sampai time Baby Boo nak hantar servis nak buat macam mana. Jadi kalau saya ni menambah kesesakan dekat workshop minta maaflah ya. Hehhehhhheee.....

Tempat yang aku tuju bersama-sama dengan Baby Boo aku pada Ahad lepas adalah:
THE CHIN ENGINE AUTO SERVICE                               
Castrol Auto Service Workshop
No 108/G, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves, Selangor

Aku puji workshop ni. Sebabnya selain daripada layanan yang baik, workshop ni ada satu benda yang aku tak pernah jumpa dekat workshop yang pernah aku eprgi sebelum ni. Nak tau apa? KEBERSIHAN yang sangat tiptop. Workshop ni memang sangat-sangat bersih. Dari kawasan persekitaran sehinggalah budak pomen dia. Memang bersih. Lantai dia boleh buat baring tau. Budak pomen dia pulak taklah selekah dengan baju berminyak muka berminyak semua. Memang kemas. Memang aku kagum sangat. Memang lepas ni aku datang sini je lah kot. Walaupun tempat sedikit jauh daripada rumah aku tapi memang aku sangat puas hati.
Kalau ada siapa-siapa nak try bolehlah pergi. Kalau hantar kereta korang cakaplah kawan korang ada hantar kereta kat sana. Pastu boleh sms aku bagi tau nak pergi. Nanti aku bagi tau tokeh (Mr. Chin) dia yg smart bergaya macam orang keje opis tu. Kot-kot dapat harga baik punya. :-). Yang penting jangan lupa bagi tau aku. Kalau korang nak booking dulu boleh call Mr Chin -  03-61888323 / 019-3806119. Tapi lagi sekali aku ingatkan jangan lupa inform aku dulu. Jadi aku boleh beritahu Mr. Chin kawan aku nak pergi sana.

(Gambar tak transfer lagi. Nanti dah transfer aku upload :-))


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

5 comments:

Ibu Lala said...

ai duduk batu caves. Raya nanti boleh la bertandang ek.

Aida Salleh said...

boleh saje. sudi-sudikan lah ya. :-)

kasihredha said...

workshop biasanya kotor penuh dgn minyak hitam...kalau jumpa yg bersih sure le bestkan.
Aida akak nak ucapkan selamat hari raya...maaf zahir batin *hug*

habibah mualip said...

akak dah servis kete tu..ap lg boley la dtg umah raya ni kan...hahahah

Aida Salleh said...

kasihreda - tu lah kak. mmg reruja tengok workshop bersih ya amat. :-) . Kak, aida punya nak ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin utk akak sekeluarga. Muahhhhh **

habibah - hahahaha...dekatlah sangat umah awak. kalau kat cheras mmglah boleh dik.. ni kat tuttttttttttt...