Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432


Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga kita akan beroleh kekuatan untuk melakukan penghijrahan kearah kebaikan dunia dan akhirat. Amin.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, December 6, 2010

Im sooo happy

Pagi-pagi ni check account photoblog ada message. Yessssss....aku dapat message abang angkat aku yang dah berapa tahun menghilangkan diri. Happy sangat-sangat sebab aku memang tersangat-sangat teringat kat dia. Rindu beb. Dia banyak tolong aku masa aku belajar kat UM dulu especially bila bab IT lah. Siap tolong bagi talk kat umah anak yatim (secara percuma...diulang...secara percuma) lagi dulu. Baik sangat-sangat. Kalau aku ada problem dulu pun selalu bercerita kat dia.

Dah berapa bulan ni aku dok cari dia. Google here n there. Last2 aku jumpa acc photoblog dia. Aku msg kat dia last week dan arini pagi2 check ada messagedia. Aku sangat gembira......:)
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, December 4, 2010

Weekends

Petang tadi aku, mak, kakak dengan wan (anak buah aku yg sulung) pergi Giant, Shah Alam. Sampai Shah Alam cari Giant? hehehehe...takl;ah sampai macam tu. Belakang rumah aku pun ada Giant. Cumanya petang tadi aku hantar kawan aku balik kat Shah Alam. Dah terlanjur keluar tu mak dengan akak aku nak ikut sama sebab nak beli barang. Jadi lepas hantar kawan aku kat Bukit Jelutong kitaorang pergi Giant Shah Alam.

Lepas beli barang semua kitaorang singgah SR nak basahkan tekak dan mengisi perut sekali lah. Layanlah gambar kat bawah ni.

Muka bangga dapat makanan dulu. hehehehe....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, December 3, 2010

Cupcake Istimewa

Harini pagi-pagi lagi aku menerima sebiji cupcake daripada kawan aku yang menyambut hari lahir semalam. Kek ni bagi aku sungguh istimewa tetapi bukanlah kerana dia kawan istimewa aku tetapi kerana kek ni dibuat oleh seorang isteri sempena hari ulang tahun suaminya. baguskan isteri dia? Semoga aku pun bleh jadi sebagus dia juga andai Allah mengizinkan aku untuk menjadi isteri pada masa depan. Aminnn...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, December 1, 2010

PadaMu ku Bersujud

Aku suka lagu ni. Jom hayati lirik lagu yang penuh makna ini.

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, November 30, 2010

Rindu...Mimpi...

Benarkah kata orang bila kita mimpikan seseorang maknanya kita sedang mengingati atau lebih tepat seang merindui orang itu? Mungkin ada benarnya. Pengalaman aku sendiri agak berbeza-beza. Kadang-kadang ingatan aku pada seseorang memang membawa sehingga ke tidur. Siang teringat dan malam berjumpa dalam mimpi. Rasa seronok sangat bila berjumpa tetapi bila terjaga dari tidur dan baru tersedar yang semua itu hanya mimpi hati jadi sedikit kecewa.Huhuhuhuhu...

Pengalaman terbaru aku beberapa hari lepas aku mimpi Encik W aku datang jumpa aku setelah hampir dua minggu tak bersua muka. Gembira tak terkata. Tapi tiba-tiba aku terjaga dari tidur dan tersear yang itu semua hanya mimpi. kecewa. Bilalah aku dapat jumpa Encik W aku ni....huhuhuhuuu....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, November 29, 2010

MC ke?????

Hari ini aku dengan jayanya telah menyiapkan 3 adunan kek yang ditempah oleh budak-budak bawah umur tanpa pengetahuan dan izin ibubapa mereka. Arahan dikeluarkan tanpa pengetahuan ibubapa. Ibubapa cuma dimaklumkan sahaja. Hebat anak-anak zaman sekarang.Itulah anak-anak buah aku.:)

Aku mc hari ini sebenarnya. Tapi tak sampai hati pulak sebab dah janji dengan Wan (abang) beberapa hari sebelum tu untuk dibawa ke party hari akhir sekolah dia. (Q-dees Kindergarden). Jadi aku gagahkan diri membuat Steamed Corn Cake yang dia minta walaupun dalam MC. 25 biji untuk kawan-kawan dia dan 3 biji untuk Teacher Linda dia. Resepi kek ni sebenarnya aku ambil dari blog wife kawan aku (http://www.dianaajaq.blogspot.com) .Thanks Ajaq & Diana. Ni lah rupanya. Masa aku tengah buat bancuhan kedua kek tu, anak buah aku yg no 2 - Jijie cakap dia tak nak kek jagung. Dia nak kek warna-warni tapi nak kecil-kecil punya macam abang dia punya jugak. Ishhh budak ni nasib baik bahan-bahan ada kat rumah. Jadi terbuatlah aku Steamed Butter Cake dalam cup2 kecil untuk dia pulak. Inilah dia. Design ikut suka aku tapi atas arahan dialah. Inilah rupanya.

Maka MC aku hari ni sudah menjadi MC untuk membuat kek. Heheheheee....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, November 28, 2010

Federer Defeats Rival Nadal To Win Fifth Title At Season Finale

World No. 2 Roger Federer won his fifth title at the Barclays ATP World Tour Finals on Sunday when he defeated Rafael Nadal 6-3, 3-6, 6-1 in a gripping finale at The O2 in London.

The Swiss also won the coveted year-end championships in 2003 (d. Agassi) and 2004 (d. Hewitt) in Houston and again in 2006 (d. Blake) and 2007 (d. Ferrer) in Shanghai. He was also the runner-up in 2005 and has compiled a staggering 34-7 event record. He is the third player in the tournament’s 41-year history to win the title five times, joining Ivan Lendl and Pete Sampras.

As the undefeated champion of the world’s biggest indoor tennis tournament, Federer received 1,500 South African Airways 2010 ATP Ranking points and the maximum amount of $1,630,000 in prize money. It is the fourth time that he has been crowned the undefeated champion at the season finale, having dropped only one set this week.

(http://www.barclaysatpworldtourfinals.com)
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Manchester United Kenduri Gol

Seronok betul tengok Manchester vs Blackburn malam tadi. Man U kenduri gol. 7 berbalas 1. Memang penat menjerit jer lah malam ni. Syukur kehadrat Allah atas kemenangan ni. Semoga Man U lebih cemerlang lepas ni.Aminnn....

Sedikit maklumat tentang perlawanan tadi. 5 daripada 7 gol Man U dijaringkan oleh Dimitar Berbatov (2, 27, 47, 62, 70), satu gol oleh Park Ji Sung pada minit ke-23 dan satu lagi oleh Nani pada minit ke-48. Manakala gol tunggal Blackburn dijaringkan oleh Samba pada minit ke-83.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, November 25, 2010

Happy 21st. Birthday Achik Amie

Happy Birthday to my beloved brotha:
Mohd. Azmie Mohd Salleh @ Amie@ Achik

Wish you a very happy birthday!
May life lead you 2 great happiness, success and hope that all your wishes comes true!
May Allah bless u always!


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, November 23, 2010

Souvineer From Beijing & Korea

Thank u so much to my best frenz for the souvineer from Korea & China.
Really appreciated it. Luv u guys...


Fridge Magnet from Tanty

Bag & Fridge Magnet from Syuk & Tanty

Fridge Magnet from Kak Feedah


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Ohhh...Rindunya..

Aku rindu kamu..rindu sangat-sangat....Cepatlah balik sayangku....Huhuhuhuuu....
Aku rindu padamu WAJA ku...huhuhuhuu...


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, November 22, 2010

Boy ke Girl???

Boy ke girl? Cubalah teka...heheheheee...Budak kepanasan dalam bas sampai terpaksa buka baju semua sekali..dah buka baju baru senyum...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, November 21, 2010

Barclays World Tour ATP Tournament Finals


Inilah jejaka-jejaka kacak yang akan bertarung dalam Barclays World Tour ATP Tournament Finals dari 21-28 November 2010 di London, England. Pertarungan hebat dan sengit pasti berlaku, Rafael Nadal, Novak Djokovic, Tomas Berdych, Andy Roddick (Kumpulan A), Roger Federer, Andy Murray, Robin Soderling, David Ferrer (Kumpulan B).

Pilihan aku sudah semestinya Federer dan Rafa...Sama-samalah kita saksikan.....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, November 18, 2010

Tazkirah

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan ialah perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki
ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilangcahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat ialah tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iatu sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.Perkara yang menyebabkan ertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit
makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak sertamengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Sekian, Wassallam.

Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat
(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al A'raaf:179)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aidil Adha

Blog entri dulu....ceritanya hujung minggu nanti...:)
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, November 16, 2010

Happy Eid Ul-Adha!

Peace be upon u!

To all my muslim friend out there,
I wish you all a Very Happy and Peaceful Eid-Ul-Adha!

May Allah accept your good deeds,
forgive your transgressions
and ease the suffering of all peoples around the world.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Steamed Butter Cake

Peace be upon u!
Dalam masa 2 hari (Ahad dengan Isnin) aku berjaya menyiapkan 5 biji Steamed Butter Cake atas permintaan kawan aku. Aku sangat terkejut sebenarnya masa dapat sms dia-minta aku tolong buatkan 5 biji kek tu. Dalam hati aku tertanya-tanya. Main2 ke minah ni. Tapi rupanya betul. Dia nak buat raya dan yang 4 lagi tu dia kata member opis dia nak jugak. Aku sangat terkejut sebab aku tak pernah pun jual kek sebelum ni. macam mana diorg boleh nak order pulak. Rupa-rupanya masa dia mintak aku buat kek utk dia sebelum ni, kek tu dia jamu member2 kat opis dia sekali sempena kemenangan Kelantan dalam Liga Perdana (ehh yeke ke Liga Perdana? ke Piala Malaysia? aku tak sure...sorryyy). Lepas makan tu lah diorg order. Tak pasal-pasal aku jadi penjual kek pulak...hehehhee...kelakar pun ada gak...
Ni lah antara rupa kek yang menjadikan aku peniaga kek segera sempena hari raya haji ni....hehehhehe...


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, November 15, 2010

My Weekend

Salam semua,

Minggu ni aku menghabiskan cuti hujung mingggu aku di Johor Bahru. Aku, mak, kakak dengan adik laki aku gi Majlis Perkahwinan anak buah mak aku (sepupu lah kan?hehehehe...sbb tak rapat so rasa pelik je bila sebut sepupu....teruk tul aku). Majlis perkahwinan pada hari Ahad. Tapi memandangkan JB jauh, kami gerak ke JB ari Sabtu. bertolak pagi dan sampai ke JB lebih kurang kul 1.30. Berjaya dengan mudah mengesan lokasi Grand Bluewave Hotel dengan bantuan google map. Alhamdulillah.

Lepas check in we all melepak je. Memula ingat nak turun carik makanan untuk lunch sudahnya macam malas, so room service je lah. Dah lewat petang baru keluar. Kitaorg terus pi Danga Bay. Ada satu kedai yg macam best gak kat situ. Last time we all makan kat situ best so kali ni nak ulang lagi. Aku teringat ayam penyet dia, mak plak teringat kerang bakar ngan otak-otak. So terus pi sana. Sampai2 nampak cam kedai belum bukak sbb kira awal gak masa tu dalam kul 6 ptg. So pi tanya dulu. Alhamdulillah dah bukak. terus duduk. Nak order sekali dia kata otak-otak dengan kacang rebus dah takde. Mak dah frust dah. Tapi sbb lapar kitaorg dok lah makan gak kat situ. Kitaorg order nasi with ayam penyet, ikan pari bakar, kailan ikan masin dengan kerang bakar. Layan gambar ni. (Malam kang upload..:)

Masa mintak bil kitaorang terkejut gak sbb harga kailan ikan masin utk 2 org makan RM10.00 dan kerang bakar pun RM10.00. Ikan pari bakar 700grm RM48.00. Price tu reasonable lah kalau tempat makan tu macam kat Cozy House ke Cheng Ho... Ni tempat macam warung hamid dekat DBP yg tepi jalan tu je. harga dengan tempat langsung taksesuai. Langsung tak masuk akal bagi aku. Pastu dari segi rasa pun alamak dah tak sedap lah plak. Ayam penyet pun ayam dah sejuk. sambal tak syok.Sangat tak puas hati. Memang kitaorg rasa mmg tak datang lagilah lepas ni. Harga tu tak lah kisah sangat kalau tempat selesa n makanan sedap. tapi bila makanan dah tak sedap harga murah pun kita tak puas hati kan? Dah tu masa makan ada Apin datang kacau plak. (Apin tu kucing. Anak buah aku yg 3 tahun tu panggil kucing jiran aku Apin-nama dia reka sendiri, upin, ipin, so kalau kucing Apinlah.Kreatifkan? So kitaorang pun asal nampak kucing kitaorang panggillah Apin...hehehe)

Dangau Bay tu pun nampak suram, kelam tak happening macam dulu. kenapa ek? mmg gitu ke atau sebab masa aku datang tu hujan? Takkan dah jadi gajah putih kot? Nantilah aku siasat.

Cerita sambungan selepas ini. :)
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, November 12, 2010

Kelebihan 10 Hari dalam Bulan Zulhijah

Sesuatu untuk dikongsi bersama. Terima kasih kepada yang menghantar e-mel.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini (yakni permulaan Zulhijah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah S.A.W: Walaupun jihad fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati).

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula.

1 ZULHIJAH
Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJAH
Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun, dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJAH
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.

4 ZULHIJAH
Nabi Isa a.s. dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan, dan pada Hari Kiamat kelak ia akan tergolong bersama-sama dengan orang-orang terhormat.

5 ZULHIJAH
Nabi Musa a.s. dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJAH
Allah membukakan pintu kebajikan kepada nabi-nabi-Nya. Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang, serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJAH
Pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJAH
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya, Ismail. Seharian baginda berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan hari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJAH
Turun ayat terakhir kepada Rasulullah S.A.W yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih puteranya itu sememangnya adalah perintah dari-Nya, bukan dari syaitan. Justeru, hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barang siapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 ZULHIJAH
Adalah Hari Raya Aidil Adha (Qurban); dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada Hari Kemudian dalam keadaan aman dan sentosa, serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Ganjaran Bagi Mereka yang Memuliakan Zulhijah

Kata sebahagian ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

1. Berkat pada umurnya.
2. Bertambah hartanya.
3. Kehidupan rumah tangganya akan terjamin.
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu.
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda.
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya.
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh.
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar.
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia.
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, November 11, 2010

Happy Birthday Acu Adik

A day full of happiness

is wished just for you
and hope it continues
all the year through…

These are the wishes
all heading your way
and warm thoughts go with them
on your 18th Birthday
Happy Birthday My Dear Brotha
Mohd Azree Mohd Salleh
@ Adik @ Acu


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, November 10, 2010

Tragedi 101110

Salam....

Disebalik tarikh cantik 101110 ada peristiwa yang pasti tak dapat aku lupakan. Aku terlibat dengan kemalangan di Jalan Tun Razak herhampiran Stesen LRT Titiwangsa. Peristiwa berlaku pada awal pagi masa aku nak pergi kerja. Masa tengah berhenti sbb ada kawalan trafik, tiba-tiba aku dengar bunyi hentaman yang sangat kuat dan lepas tu aku sedar kereta aku dilanggar dari belakang dan aku tergerak ke depan melanggar Nissan Vanette yang ada kat depan aku....Dalam hati aku dah membebel, saper plak yg mabuk pagi2 buta ni langgar orang.

Aku relax kejab pastu terus keluar.Bila aku keluar aku nampak ada 3 biji kereta kat belakang aku dah melekat sesama sendiri.

Belakang sekali Serena-remuk teruk depan dia, Proton Persona - remuk depan dan belakang, Honda Civic - remuk jugak depan belakang, Proton Waja aku - bumper dah terperesok kedalam, Nissan Vanette depan aku kemek skit.
Serena yang jadi punca kejadian tu mmg habislah, silap2 total lost, Persona dengan Civic tu tak boleh jalan, aku dengan Vanette yang alhamdulillah bleh jalan.

Masa aku keluar kereta dan tengah jengok2 kereta semua tu ada sorang uncle datang kat aku. Dia tanya, siapa yang brek emergency? Aku jawablah takde siapa pun. Aku mmg tengah berenti, Vanette depan aku pun tengah berenti. Aku cakap kat dia, kereta belakang tu yg tiba2 rempuh kitaorag. Aku tak perasan saper uncle tu. lepas dah bersembang dengan orang kete belakang aku dengan org lalu lalang yg ada kat situ, baru aku tau uncle yg tanya aku tu sebenarnya org yg langgar persona tu. Dialah org mabuk tu. nasib baik aku tak maki dia. Tapi dia mmg cool giler lah. Dah menyebabkan Accident macam tu pun dia boleh cool gila. Budak2 pomen yang bersepan kat situ secara tiba2 tu cakap uncle tu org besar kat universiti. Mmg ada gaya pun. Segak bergaya dengan kot semua panas2 tu.huhuhuhu...

Nasib baiklah depan je tempat kitaorang accident tu mmg ada polis trafik tengah dok jaga. So cepatlah sikit. Bawak kete ketepi then bila adik aku, abah aku dah datang, tanya kat polis tu dia kata boleh pergi report kalau kereta boleh jalan, so aku pun teruslah pergi buat report kat Jalan Bandar. letih ooo nak kene beratur ambik no. pastu nak pi jumpa SM lagi. Ambik report. Ambik gambar. Huhhhhh setengah hari jugak menyelesaikan benda2 tu...Nasib baik aku tak kena saman. Alhamdulillah....

Okaylah tak nak panjang citer, korang layanlah gambar kat bawah ni...Ni gambar yang sempat aku ambik....

Ni lah kereta yang terbang tiba-tiba tu...Serena

Ni Persona yang dihentam oleh Serena
Persona hentam Civic pulak
Civic hentam aku plak
Dan aku hentam Vanette

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, November 7, 2010

Tuah Cabutan Bertuah

Salam All...

Aku ni bukanlah orang yang sangat bertuah untuk menerima cabutan bertuah. Selalu kalau ada banyak hadiah untuk cabutan bertuah aku ni antara mereka yang langsung tak bertuah.
Tapi semalam masa aku dalam perjalanan balik dari seremban, aku terima msg yang berbunyi:

Salam tuan/puan,
TAHNIAH! Anda telah memenangi hadiah cabutan bertuah yang dianjurkan oleh ESSO DATOK KERAMAT. Sila datang ke ESSO DATOK KERAMAT jam 8.00 malam pada 7 November 2010.

Terkejut aku. Antara nak percaya atau tidak sebab sekarang kan macam-macam msg orang hantar. Tapi nak percaya pun ada juga sebab aku pernah isi kertas yg diorg suruh isi untuk Lucky Draw diorg kata masa aku isi petrol kat Esso Datok Keramat. Jadi aku call lah diorg.

Alhamdulillah. Memang betul. Aku dapat hadiah no 7. Toshiba DVD Player. Berbunga-bunga hati aku masa tu. Tak sabar-sabar nak pergi ambik.

So tadi lepas maghrib aku pun pergilah ambik. Ni lah hadiah cabutan beruah yang aku dapat.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, October 31, 2010

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum Semua.

Malam ni masa aku on the way balik rumah aku dapat dua berita kematian. Seorang kawan dan seorang lagi ayah kepada kawan aku.

SMS pertama aku dapat adalah tentang berita kematian seorang kawan yang pernah kerja di DBP sebelum ni, Encik Borhan @ Bob. Berita yang sangat mengejutkan. Beliau meninggal di Tanah Suci Mekah ketika sedang melakukan tawaf. Subhanallah. Beruntung sungguh beliau. Meninggal di Tanah Suci dan semasa mengerjakan haji. Memang bagus kan? Tapi aku sedikit terkilan kerana aku tak dapat jumpa beliau sebelum beliau ke Tanah Suci. Tak berkesempatan bermaaf-maafan.

SMS kedua aku terima tentang berita kematian ayah kawan aku dari zaman sekolah dulu, Sharinizah Bahari @ Cikja . Ini pun agak mengejutkan aku kerana tengahari tadi aku sepatutnya jumpa dia tapi tak jadi. Dia pergi Carrefour pulak. Kalau aku jadi jumpa dia kat umah dia sure aku dapat jumpa ayah dia tadi. Terkilan lagi aku.

Tapi sesungguhnya ajal dan maiut di tangan Allah. Bila sampai masanya, kita tak dapat nak tangguhkan walau sesaatpun. maka redha sahajalah.

Aku doakan agar roh kedua-dua mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan beriman. Aminnn...

Kepada keluarga kedua-dua sahabat ini, aku doakan kalian tabah menerima semua ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka. Hari ini mereka dijemput Allah, suatu hari nanti masa kita pasti akan tiba. Semoga kita juga dijemput Allah dalam keadaan yang baik seperti mereka. Insyaallah...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, October 22, 2010

Kindy Graduation!

My Eldest Nephew Graduation Day

Date : 22 October, 2010
Time : 2000hrs
Venue : update later ....lupa...uhuksss...






Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, October 2, 2010

Happy Engagement Azhar & Afniza

Azhar's family

Anie with hantaran from Azhar

A'a & Anie

With d sista's

Engagement Day

Date:
2 October 2010
Venue:
Serdang, Selangor.


Congratulation Brotha!

May ur engagement be the beginning of a lifetime filled with special love & happiness....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, September 30, 2010

Manchester United beats Valencia 1-0

Manchester United's Sir Alex Ferguson from Scotland gesture to their players during the Champions League soccer match against Valencia at Mestalla stadium in Valencia, Spain, Wednesday Sept. 29, 2010.
Photo: Alberto Saiz / AP

ALHAMDULILLAH.....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Happy Engagement Zira & Zarrar

(Pic: Zira's Collection)


Engagement Day
Date:
September 11, 2010 (Syawal 2, 1431)
Venue:
Jitra, Kedah
Zira & Zarrar
Congratulations on your engagement,
and best wishes for happiness in all your future years together.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan Hari Raya Bahagian

Sudah menjadi tradisi di pejabat kami setiap kali hari raya pasti ada jamuan makan diadakan. Pada tahun ini jamuan kami agak awal juga diadakan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Jamuan kami diadakan pada 20 Syawal 1431 (hari apa dalam kalendar omputeh korang check sendiri...hehehehe)....Memandangkan staf di bahagian aku tak ramai makanya jamuan kami pun ala kadar sahajalah. Kami hanya mengundang jirang setingkat sahaja. Maaf ya kawan-kawan lain yang tak diundang. Bahagian kami kecil je so collection pun terhad.:)

Antara menu ala kadar kami adalah:
i) Nasi Himpit wif kuah kacang
ii) Rendang Ayam
iii) Rendang Daging
iv) Kuah Lontong
v) Laksa Johor
vi) Kuih Koci
vii) Puding Cocktail
viii) Kek Batik
ix) Bahulu Kek
x) Buah-buahan
xi) Biskut Raya
xii) Air Sirap Orange

Walaupun majlis kami tak besar tapi meriahlah jugak. Sesungguhnya acara sebegini dapat merapatkan silaturrahim sesama kami. Kalau setiap hari berjumpa bercakap soal kerja sahaja, bila ada majlis sebegini barulah dapat bersembang tentang perkara-perkara lain.....

Oklah dipendekkan cerita. Layanlah pic yang diambil menggunakan kamera kawan aku ni....Credit to Kak Hasana...

Kak Zaililah (Mantan CC kami yg turut diraikan)

Birthday Gal, Norafaidah.....

Emcee of d day...Kak Mel...:)
Jiran sebelah yang sudi memeriahkan majlis

Sesi bersantap

Sebelum majlis. Sesi memotong oleh anak dara...hehehhe

The women power...hehehhe

Inilah keluarga kecil kami di Bahagian Harta Intelek


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!