Tuesday, November 30, 2010

Rindu...Mimpi...

Benarkah kata orang bila kita mimpikan seseorang maknanya kita sedang mengingati atau lebih tepat seang merindui orang itu? Mungkin ada benarnya. Pengalaman aku sendiri agak berbeza-beza. Kadang-kadang ingatan aku pada seseorang memang membawa sehingga ke tidur. Siang teringat dan malam berjumpa dalam mimpi. Rasa seronok sangat bila berjumpa tetapi bila terjaga dari tidur dan baru tersedar yang semua itu hanya mimpi hati jadi sedikit kecewa.Huhuhuhuhu...

Pengalaman terbaru aku beberapa hari lepas aku mimpi Encik W aku datang jumpa aku setelah hampir dua minggu tak bersua muka. Gembira tak terkata. Tapi tiba-tiba aku terjaga dari tidur dan tersear yang itu semua hanya mimpi. kecewa. Bilalah aku dapat jumpa Encik W aku ni....huhuhuhuuu....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: