Hari ini aku dengan jayanya telah menyiapkan 3 adunan kek yang ditempah oleh budak-budak bawah umur tanpa pengetahuan dan izin ibubapa mereka. Arahan dikeluarkan tanpa pengetahuan ibubapa. Ibubapa cuma dimaklumkan sahaja. Hebat anak-anak zaman sekarang.Itulah anak-anak buah aku.:)
Aku
mc hari ini sebenarnya. Tapi tak sampai hati pulak sebab dah janji dengan Wan (abang) beberapa hari sebelum tu untuk dibawa ke
party hari akhir sekolah dia. (
Q-dees Kindergarden). Jadi aku gagahkan diri membuat
Steamed Corn Cake yang dia minta walaupun dalam MC. 25 biji untuk kawan-kawan dia dan 3 biji untuk
Teacher Linda dia. Resepi kek ni sebenarnya aku ambil dari blog wife kawan aku
(http://www.dianaajaq.blogspot.com) .Thanks Ajaq & Diana. Ni lah rupanya. 
Masa aku tengah buat bancuhan kedua kek tu, anak buah aku yg no 2 - Jijie cakap dia tak nak kek jagung. Dia nak kek warna-warni tapi nak kecil-kecil punya macam abang dia punya jugak. Ishhh budak ni nasib baik bahan-bahan ada kat rumah. Jadi terbuatlah aku
Steamed Butter Cake dalam cup2 kecil untuk dia pulak. Inilah dia. Design ikut suka aku tapi atas arahan dialah. Inilah rupanya.

Maka MC aku hari ni sudah menjadi MC untuk membuat kek. Heheheheee....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!
No comments:
Post a Comment