Minggu ni aku menghabiskan cuti hujung mingggu aku di Johor Bahru. Aku, mak, kakak dengan adik laki aku gi Majlis Perkahwinan anak buah mak aku (sepupu lah kan?hehehehe...sbb tak rapat so rasa pelik je bila sebut sepupu....teruk tul aku). Majlis perkahwinan pada hari Ahad. Tapi memandangkan JB jauh, kami gerak ke JB ari Sabtu. bertolak pagi dan sampai ke JB lebih kurang kul 1.30. Berjaya dengan mudah mengesan lokasi Grand Bluewave Hotel dengan bantuan google map. Alhamdulillah.
Lepas check in we all melepak je. Memula ingat nak turun carik makanan untuk lunch sudahnya macam malas, so room service je lah. Dah lewat petang baru keluar. Kitaorg terus pi Danga Bay. Ada satu kedai yg macam best gak kat situ. Last time we all makan kat situ best so kali ni nak ulang lagi. Aku teringat ayam penyet dia, mak plak teringat kerang bakar ngan otak-otak. So terus pi sana. Sampai2 nampak cam kedai belum bukak sbb kira awal gak masa tu dalam kul 6 ptg. So pi tanya dulu. Alhamdulillah dah bukak. terus duduk. Nak order sekali dia kata otak-otak dengan kacang rebus dah takde. Mak dah frust dah. Tapi sbb lapar kitaorg dok lah makan gak kat situ. Kitaorg order nasi with ayam penyet, ikan pari bakar, kailan ikan masin dengan kerang bakar. Layan gambar ni. (Malam kang upload..:)
Masa mintak bil kitaorang terkejut gak sbb harga kailan ikan masin utk 2 org makan RM10.00 dan kerang bakar pun RM10.00. Ikan pari bakar 700grm RM48.00. Price tu reasonable lah kalau tempat makan tu macam kat Cozy House ke Cheng Ho... Ni tempat macam warung hamid dekat DBP yg tepi jalan tu je. harga dengan tempat langsung taksesuai. Langsung tak masuk akal bagi aku. Pastu dari segi rasa pun alamak dah tak sedap lah plak. Ayam penyet pun ayam dah sejuk. sambal tak syok.Sangat tak puas hati. Memang kitaorg rasa mmg tak datang lagilah lepas ni. Harga tu tak lah kisah sangat kalau tempat selesa n makanan sedap. tapi bila makanan dah tak sedap harga murah pun kita tak puas hati kan? Dah tu masa makan ada Apin datang kacau plak. (Apin tu kucing. Anak buah aku yg 3 tahun tu panggil kucing jiran aku Apin-nama dia reka sendiri, upin, ipin, so kalau kucing Apinlah.Kreatifkan? So kitaorang pun asal nampak kucing kitaorang panggillah Apin...hehehe)
Dangau Bay tu pun nampak suram, kelam tak happening macam dulu. kenapa ek? mmg gitu ke atau sebab masa aku datang tu hujan? Takkan dah jadi gajah putih kot? Nantilah aku siasat.
Cerita sambungan selepas ini. :)
No comments:
Post a Comment