Friday, November 12, 2010

Kelebihan 10 Hari dalam Bulan Zulhijah

Sesuatu untuk dikongsi bersama. Terima kasih kepada yang menghantar e-mel.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini (yakni permulaan Zulhijah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah S.A.W: Walaupun jihad fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati).

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula.

1 ZULHIJAH
Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJAH
Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun, dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJAH
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.

4 ZULHIJAH
Nabi Isa a.s. dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan, dan pada Hari Kiamat kelak ia akan tergolong bersama-sama dengan orang-orang terhormat.

5 ZULHIJAH
Nabi Musa a.s. dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJAH
Allah membukakan pintu kebajikan kepada nabi-nabi-Nya. Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang, serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJAH
Pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJAH
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya, Ismail. Seharian baginda berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan hari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJAH
Turun ayat terakhir kepada Rasulullah S.A.W yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih puteranya itu sememangnya adalah perintah dari-Nya, bukan dari syaitan. Justeru, hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barang siapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 ZULHIJAH
Adalah Hari Raya Aidil Adha (Qurban); dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada Hari Kemudian dalam keadaan aman dan sentosa, serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Ganjaran Bagi Mereka yang Memuliakan Zulhijah

Kata sebahagian ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

1. Berkat pada umurnya.
2. Bertambah hartanya.
3. Kehidupan rumah tangganya akan terjamin.
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu.
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda.
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya.
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh.
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar.
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia.
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: