Sunday, November 7, 2010

Tuah Cabutan Bertuah

Salam All...

Aku ni bukanlah orang yang sangat bertuah untuk menerima cabutan bertuah. Selalu kalau ada banyak hadiah untuk cabutan bertuah aku ni antara mereka yang langsung tak bertuah.
Tapi semalam masa aku dalam perjalanan balik dari seremban, aku terima msg yang berbunyi:

Salam tuan/puan,
TAHNIAH! Anda telah memenangi hadiah cabutan bertuah yang dianjurkan oleh ESSO DATOK KERAMAT. Sila datang ke ESSO DATOK KERAMAT jam 8.00 malam pada 7 November 2010.

Terkejut aku. Antara nak percaya atau tidak sebab sekarang kan macam-macam msg orang hantar. Tapi nak percaya pun ada juga sebab aku pernah isi kertas yg diorg suruh isi untuk Lucky Draw diorg kata masa aku isi petrol kat Esso Datok Keramat. Jadi aku call lah diorg.

Alhamdulillah. Memang betul. Aku dapat hadiah no 7. Toshiba DVD Player. Berbunga-bunga hati aku masa tu. Tak sabar-sabar nak pergi ambik.

So tadi lepas maghrib aku pun pergilah ambik. Ni lah hadiah cabutan beruah yang aku dapat.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: