Tuesday, October 27, 2009

MotoGP, Sepang, Malaysia

Exhausted.....huhuhuhuuuuuu.....

Gambo dulu ya citer later...Gambar mmg tak clear pun sbb pakai hp je tapi nak tunjuk gak kat korang sebagai bukti mmg aku gi sana...hehehhee....


keadaan kat tempat parking @10.30hrs. dah penuh motor


ni lah dua org 'bodyguard' aku


yg merah ni lah yg team AirAsia Malaysia pakai



posing skit...apsal banyak gambar aku ek? mestilah sbb blog ni blog aku...maka sukati aku lah...hehhehee
safety car yg superb

DYMM Yang Dipertuan Agong



dah ready nak merempit


Rossi...


gerak keluar dah time ni....
budak kecik ni pun sibuk nak try helmet...hehhehehe
abis daaaaaa...hehehhehehe....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, October 23, 2009

Congrats Sis!

Semalam hari bersejarah adik perempuan bongsu aku. Hari yang mana secara rasminya dia mendapat segulung (gulung ke?aku tengok tak gulung pun...heheheh) ijazah yang diimpikan setelah beberapa tahun berhempas pulas (???? ye ker??) untuk mendapatkannya. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari UiTM akhirnya berada dalam genggaman dia. Alhamdulillah. Tahniah buat adikku yang tersayang....

sebaik sahaja keluar daripada dewan istiadat konvokesyen berlangsung

adik aku bersama-sama mak n abah tersayang

adik aku bersama-sama kakak tercinta (akulah ni...hehehhe)

adik aku bersama-sama dengan adik aku...hehhheehhee..






bersama-sama rakan seperjuangan

Tapi dalam kegembiraan ni sebenarnya ada kedukaan kerana adik lelaki aku yg sama-sama datang untuk meraikan hari bersejarah adik aku ni pulang dengan kesedihan. Sebabnya, hp kesayangan yang berharga RM1k++ dicopet orang. Hp adik aku tertinggal dalam shuttle bus yang bawak kitaorg g dewan konvo tu. Bila dia sedar dia terus kejar bas tu (dengan bantuan seorang student yg sudi memboncengkan adik aku untuk kejar bas tu). Sampai kat parking, dia cakap ngan driver bus. Driver bus pun buatlah announcement. Tapi faham2 lah.Hp kalau hilang mmg kimsalam nak dapat balik. Bila kitaorg call dah tak dapat. Sah2 pencopet tu dah buang simcard adik aku dan terus pakai hp adik aku. Sian adik aku. Bila patah balik kat tempat tunggu bas adik aku reportlah kat diorg. Diorg kata arituh je dah lebih 30 bijik hp ilang. kesiannnnn.....kat tempat org baik2 macam tu pun ada gak orang ambik kesempatan kan? Tak patut tul diorg ni...Suka suki je...


korang tengoklah betapa tensionnya muka adik aku....

adik aku bising masa aku soh ambik gambar ni...org lain konvo org lain sebok nak bergambar dia kata...aku tak kiralah...heheheheh...


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, October 15, 2009

Za8FC - Buka Puasa Gath


Gambar ni diambil masa Buka Puasa Gath kat Studio Cafe pada 13 September 2009 yg lalu. Mesti korang nak tau mana datang ular tu kan? Ular ni ada org bawak sebenarnya (bukan budak Za8FC lah) dan ular tu bukan bermastautin kat STudio Cafe. So janganlah takut nak gi Studio Cafe plak. Ular tu datang bertandang kejab je bersama tuannya.Kalau tak silap aku papa kenal tuan ular tu. AKu tak kenal n tak nak kenal pun sbb aku bukan berani sangat ngan ular2 ni.uhukssss....

Ok back to cerita pasal gath. Tak ramai yg turn up pun sebenarnya tapi sbb dah plan proceed jugaklah. Mana yang ada. Terima kasih pada semua yang sudi datang. Kak Ina n family (datang khas dari Manjung), Kak Radz n family, Kak Halle n family, CT, Isma, Yanz, Bella, Lanz, Liza n frenz, Epul. Trimas jugak kat Mama n Papa yang sudi luangkan masa. Mama papa mmg best sbb jarang sekali menghampakan kami bila diundang.

Gath ni simple je sbbnya takde aktiviti apa pun sekadar buka puasa. Saje nak gather2 sbb dah lama tak jumpa. Datang pun sumer asing2. Ada yg sampai lepas maghribpun. Tak kesahlah tu yg penting sampai. Lepas buka puasa, sembang2, aktiviti ambik gambar kat luar Studio Cafe with Zahid pulak.

Lepas ambik gambar, Zahid memenuhi permintaan fanz tersayang (sayang ke? hehhehe) dengan membuat persembahan paling santai tapi best bangat. Memula plan nak nyanyi dua tiga lagi tapi akhirnya sampai tak terkira lagunya. Best seh. Rugi sape tak datang. Persembahan duet dengan Qistina (Anak Kak Radz yg sangat comel) pun sangat best. Dah lah come sore pun sedaappppp seh. Tak padan dengan umo dia tau. Ehh lupa plak, masa nyanyi solo Zahid ada back up danser (danser ke?ahakss), anak Kak Ina yg sangat aktif. Kejab jadi superman kejab melkat kat belakang zahid kejab kat depan kejab kat tepi n macam2 aksi lagilah....sampai kene suruh balik...hehhehehe...
Sebelum abis Zahid duet dengan Nita plak. Nak duet ni pun payah sebenarnya sbb Zahid nyanyi lagu Nita tak tau memula tu...aper daaa....Tapi apa2pun persembahan Zahid mmg sempoi tapi besttt...

Gambar tak dapat nak upload...tungguuuu...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, October 14, 2009

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Sumting to share with all my muslim friends.........

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Pahala Membacanya Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Wallahu a’lam
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

I'm back....

I dont know where to start or what to write. Its been quite sumtime this blog have been abandoned by me. Im too bz (or too lazy actually...heheheheee).

Whatevalah...Yg penting aku akan start membloging semula dengan sesuatu yg lebih menarik. So tungguuuuuu....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!