Showing posts with label Movie/TV. Show all posts
Showing posts with label Movie/TV. Show all posts

Wednesday, August 22, 2012

Jom Tengok Movie!

Orang lain cerita pasal tapi aku nak cerita pasal movie dulu. Cerita raya lambat sikit sebab gambar raya belum transfer dari kamera. :-)
 
Hari ni family aku takde rancangan beraya ke mana-mana. Sebabnya kebanyakan rumah saudara mara kami dah pergi masa raya kedua dengan ketiga. Yang balancenya nak pergi hujung minggu nanti. Nak pergi rumah kawan-kawan memang tak dapatlah sebab ramai yang belum balik dari kampung. Jadi kami adik beradik plan nak berjimba. Hehehhehee...Kepada kakak kami yang tersayang minta maaf ya kak. Bukan tak nak ajak akak tapi akak dah kerja kan. Jadi izinkan lah adik-adikmu ini berjimba.:-)
 
Lepas bincang ala kadar kami buat keputusan nak tengok The Expendables 2. Tarikan utama filem ni bagi kami adalah barisan pelakon hebatnya. Aku nak tengok Sylvester Stallone dengan Bruce Willis, Aphyd nak tengok Jason Statham dengan Arnold Schwarzenegger, Anie pulak nak tengok Jet Li, A'a, Amie, Adik dengan Lan nak tengok semua, Ain pulak nak tengok movie (hehehehhee). Kitaorang pergi lapan orang. Aku dengan semua adik-adik dan adik-adik ipar aku. Lokasinya berdekatan dengan rumah je, Wangsa Walk.Waktu tayangan pilihan pukul 2.45 petang.
 
Kitaorang keluar ngam-ngam waktu zohor. rancang nak solat kat sana terus bila sampai nanti. Jadi bila sampai je Wangsa Walk, sebahagian pergi solat beberapa orang yang tak bersolat (bukan tak nak ya tapi uzur) terus pergi beli tiket. Sampai je atas tengok mak aiiii ramai jugak orang. Entah sempat tak nak tengok pukul 2.45 petang ni. Tapi alhamdulillah sempat. Barisan panjang sebab kaunter yang buka cuma dua je.
 
Sementara nak tengok 2.45 petang tu kitaorang lepak minum dekat Chatime dulu. Sambil layan donut yang sebelah tu. Entah apa nama tak tak ingat. Lepas minum terus beli pop corn, air dan hot dog. Pastu terus masuk. Masuk-masuk panggung, filem dah start beberapa minit. Sebabnya kami masuk ngam-ngam pukul 2.45 petang. Rugi rugi rugi...Huhuhuuuu...Jadi kepada yang bercadang nak menonton filem ni dinasihatkan masuk sebelum waktu tayangan. Jangan masuk ngam-ngam. Dia takde iklan-iklan bagai bagai macam filem lain.
 
Bagi aku, filem ni sangat menarik dan menghiburkan. Walaupun banyak bad review pasal filem ni tapi I just loved it! I was throughly entertained and delighted. Walaupun majoriti hero-heronya dah boleh masuk muzium tapi filem ni sangat hidup dengan aksi dan juga humor. Dan yang paling aku suka cerita ni sangat bersih. Tiada langsung adegan sx. Lagi selamat bagi budak-budak tengok cerita ni daripada tengok sebahagian daripada filem Melayu yang sarat dengan adegan atas katil dan adegan sx yang meloyakan. Bukan menghina filem Melayu kerana aku juga penggemar filem Melayu. Tapi kadang-kadang aku rasa mual dengan adegan sx yang aku kira tidak sesuai untuk tontonan umum. 
 
Berbalik kepada filem The Expendables 2, aku rasa berbaloi aku membayar RM14.00 untuk menonton filem ini. Jadi kepada penggemar filem di luar sana, aku cadangkan korang pergilah ke panggung berdekat untuk menyaksikan filem ini. Berbaloi-baloi. Tengok satu fulem boleh tengok banyak hero - Sylvester Stallone, Bruce WillisJason Statham, Jean-Claude van Damme, Chuck Norris, Arnold Schwarzenegger, Jet Li.



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, July 19, 2012

The Amazing Spider-Man

Bercakap tentang filem The Amazing Spider-Man ini sebenarnya aku sedikit kecewa kerana hasrat untuk menonton filem ini di the World's Biggest Imax Theatre, Darling Harbour, Sydney (semasa percutian keluarga) tempoh hari gagal aku penuhi. Aku ralat sangat sebab jarak antara hotel kami dengan theatre tu memang tak jauh pun.Walking distance je tau. Tapi nak buat macam mana, jadual aktiviti yang agak padat, ditambah pula dengan takde siapa pun adik beradik aku yang nak tengok movie dengan aku masa tu buat impian aku tu tinggal impian je. Bak kata diorng macam kat Malaysia takde pawagam. memanglah ada tapi ni nak tengok kat the World's Biggest Imax Theatre ok?! Tapi mmg aku sorang je yang teruja nak buat macam mana. Impian tinggal impian je lah. Huhuhuuuuuu....

Jadi aku pun tengok je lah filem ni di Malaysia. Mula-mula hasrat hati nak tengok hujung minggu tapi rupanya hujung minggu ni dah puasa. Makanya aku terpaksalah tengok weekday. Bila dah tengok weekday malaslah nak pergi jauh-jauh.tengok dekat Wangsa Walk je lah sebab dekat dengan rumah. tengok kat Wangsa Walk takdelah 3D. Tapi nak buat macam mana. Aku tak kuasa nak gi jauh-jauh hari-hari keje ni.  Yang penting dapat tengok. Tak 3D pun takpelah.

Aku tak nak komen pasal filem ni sebab aku rasa aku tak layak. Bukannya sebab aku takde ilmu pasal filem (memang aku takde pun.hehehehe) tapi sebab utama aku taknak komen adalah aku ni peminat Spider Man. Jadi asal Spider Man je aku mesti kata best. Hehehehheheee...

Jadi aku bagi BFF aku punya komen je lah. Dia kata dari segi cerita tak berapa sangat sebab tak banyak beza dengan cerita Spider Man yang lepas (ishhhhh ni yg aku marah...heheheee), tapi dari segi garapan, teknik yang digunakan memang baguslah. Boleh ditonton dan tidak mengecewakan.




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, June 16, 2012

Masterchef Selebriti Malaysia

Aku suka tengok program Masterchef Selebriti Malaysia tapi aku tak suka tengok peserta yang satu ni...huhuhuhuuuuu......Tolongggggglah....


(Photo credit to http://www.astro.com.my)




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, June 5, 2012

Tahniah Zizan!

Berita basi sebenarnya ni. Tapi nak tulis juga sebab aku suka berita ni. Berita apa lagi kalau bukan Zizan Juara Super Spontan. Hoorrayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy...Alhamdulillah. Aku suka. Tahniah Zizan. U deserve it!

(Photo Credit to http://www.astro.com.my/superspontan)



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, December 3, 2011

Ombak Rindu w Aaron Aziz & Aaronators!

Date    :    1 Disember 2011 (Khamis)
Time   :    8.00 - 11.30pm
Venue :    e@Curve

Me & Tisha
Pic: Credit to Aaronators


Pic: Credit to Aaronators


Short Speach by Aaron Aziz! Coolllll.....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak

Credit: maharajalawak2.co.cc

Berakhir sudah musim pertama Maharaja Lawak. Aku gembira dalam kecewa dengan keputusan akhir semalam. Aku gembira bila Sepah dinobatkan sebagai Juara Mahajara Lawak kerana bagi aku persembahan SEPAH malam tadi memang sangat bagus berbanding peserta lain. Tetapi aku kecewa kerana pujaan hatiku JOZAN gagal menjadi juara walaupun menduduki tempah teratas sejak daripada minggu pertama lagi. Huhuhuhuu...

Walaupun aku kecewa tapi aku rasa keputusan malam tadi adalah seperti yang diduga (kecuali bagi juara dan naib juara). Jambu tempat keempat dan Nabil tempat ketiga adalah seperti yang diduga. Persaingan sengit sememangnya antara Sepah dan Jozan. Tetapi nasib dan rezeki lebih menyebelahi Sepah.

Apa-apapun aku nak ucapkan terima kasih kepada Jozan dan Sepah serta semua peserta Mahajara Lawak kerana telah menceriakan hari Jumaat aku dan keluarga aku selama beberapa minggu ini. Sepilah hari Jumaat kami selepas ini tanpa Mahajara Lawak

 
Ni lah dia pujaan aku, Mail Lambung dan Ah Cai....:-)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, January 11, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Aku sebenarnya tak tengok lagi filem ni. Tapi kat sana sini aku dengar heboh orang bercerita pasal filem ni. kelakar gilerlah bestlah....Bukan setakat orang luar je tapi orang kat umah aku pun. Termasuklah anak buah aku Wan, Jijie ngan Ayoi yang dah tengok gak filem ni dengan abang aku. Ishhh macam mana budak umo 4-7 tahun dah pergi tengok tapi aku tak gi lagi?

Budak-budak tu buat aku teruja je nak tengok. Tapi sebenarnya aku risau skit nak gi sebab tajuk flem tu ada HANTU. Aku ni memang penakut skit. Kalau tengok cerita hantu berbulan2 teringat kang. Tu pasallah aku segan skit nak gi tengok. Tapi kalau anak buah aku yang kecik-kecik tu pun bleh tengok takkan aku tak leh kan? buat malu je.hehheheh...Nantilah aku fikirkan macam mana. Tak tengok takut rugi plak.Tapi entah sempat ke tak sebab aku nak memikir lagi ni. habis fikir filem pun dah habis tayang.hehehehhe...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, January 9, 2011

Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 25)

Malam ni akan berlangsung pertandingan akhir Juara Lagu 2010.  Lagu mana yang akan dinobatkan sebagai Juara dan siapa pula yang akan merangkul gelaran Pesembahan Terbaik?  Senarai yang bertanding malam ini seperti berikut:

1.Hanyut – Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir)
2.Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir (Edy Abdul Halim)
3.Noktah Cinta – Hafiz (Ajai/SHah Qalam)
4.Drama King – Black & Meet Uncle Hussain (Taja/Tun Teja)
5.Ku Ada Kamu – Adira (Edri Abdul Halim)
6.Cinta Sempurna – Yuna (Yuna)
7.Pelita – API (Loque)
8.Berlari – Tomok (Audi Mok/Ishak/Shazee/Tomok)
9.Sofea Jane – Black (Sham Kamikaze/Iswandi/Farrel)
10.Mencari Konklusi – Hujan (Noh Hujan)
11.Selamat Malam – Faizal Tahir (Audi Mok /Faizal Tahir)
12.Extravaganza – Bunkface (Sham Bunkface)
13.Jahat- Stacy (Edry Abdul Halim)
14.Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali (Ana Raffali)


Pilihan aku? hmmm....sudah semestinya Faizal Tahir. Aku memang tak sabar nak tengok dia peform sebab bagi aku performance dia mmg jarang mengecewakan. Dengan vokal yang mantap dan persembahan yang selalunya dirancang dengan teliti, kemunculan FT malam ni memang cukup aku nantikan.
 
Apa-apapun, all d best untuk semua yang bertanding malam ni.

(Pic was taken from http://photoselebriti.com)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!