Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak

Credit: maharajalawak2.co.cc

Berakhir sudah musim pertama Maharaja Lawak. Aku gembira dalam kecewa dengan keputusan akhir semalam. Aku gembira bila Sepah dinobatkan sebagai Juara Mahajara Lawak kerana bagi aku persembahan SEPAH malam tadi memang sangat bagus berbanding peserta lain. Tetapi aku kecewa kerana pujaan hatiku JOZAN gagal menjadi juara walaupun menduduki tempah teratas sejak daripada minggu pertama lagi. Huhuhuhuu...

Walaupun aku kecewa tapi aku rasa keputusan malam tadi adalah seperti yang diduga (kecuali bagi juara dan naib juara). Jambu tempat keempat dan Nabil tempat ketiga adalah seperti yang diduga. Persaingan sengit sememangnya antara Sepah dan Jozan. Tetapi nasib dan rezeki lebih menyebelahi Sepah.

Apa-apapun aku nak ucapkan terima kasih kepada Jozan dan Sepah serta semua peserta Mahajara Lawak kerana telah menceriakan hari Jumaat aku dan keluarga aku selama beberapa minggu ini. Sepilah hari Jumaat kami selepas ini tanpa Mahajara Lawak

 
Ni lah dia pujaan aku, Mail Lambung dan Ah Cai....:-)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: