Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

My Lunch Box

Lunch Box untuk hari ini - Teriyaki Chicken Breast with Mix Veggie & Salad Leaves. Tidak dilupakan buah-buahan - Epal dan Belimbing.

Jemput makan semua!

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, February 20, 2012

Lunch Box!

Mari kita intai apa yang ada dalam lunch box aku hari ini.....................................


Apa yang ada dalam aluminium foil tu? kalau nak tau itulah sumber protein utama aku untuk tengah hari ini. hehhehehee....Bukan tak nak tunjuk isi dalamnya tapi gambar yang menunjukkan isi dalam tu telah terdelete secara tidak sengaja. Huhuhuuu....

Sebenarnya kat dalam aluminium foil tu ada Grilled Salmon with Mixed Herbs yang dimakan dengan Sweet & Sour Souce. Menu lain untuk makan tengah hari aku hari ini adalah Salad dan buah belimbing. Air seperti biasalah air paling sedap dalam dunia, apa lagi kalau bukan air kosong (plain water).

Ehhh lupa pulak nak cerita. Korang perasan tak lunch box baru aku? hehehehe...Aku beli container tu sebab dia ada 3 bahagian. Jadi sangat sesuai untuk jadikan lunch box aku. Brand Tupperware. Ada beg dengan set sudu garfu sekali. Harga RM50++ (alamak aku tak ingatlah pulak. Sorry). Ni gambar beg dia.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, November 22, 2011

Telur Goreng Minyak


Apa yang korang nampak dalam gambar kat atas ni? Yes memang lah telur goreng. Tapi selain tu? Hmmm...cuba tengok kat dasar pinggan tu. MINYAK yang membanjiri telur tu. Fuhhh...macam telur goreng minyak pulak kan? Nak makan pun kalau setakat nak lap dengan sehelai tisu mmg tak boleh. Kena tekap dengan berhelai-helai tisu baru boleh kurangkan minyak yang berladung kat dalam pinggan telur tu.

Aku rasa inilah antara punca kenapa % obesiti kat Malaysia ni tinggi (aku pun termasuk dalam peratusan tu juga....huhuhuuu). Faktor pemakanan aku kira sangat mempengaruhi peningkatan %. Makanan berminyak, berlemak dan juga penggunaan gula yang tinggi dalam makanan. Memang susah nak elak perkara-perkara macam ni lebih-lebih lagi kalau kita makan di kedai. (kalau makan di rumah kurang masalah sebab kita boleh kawal apa yang kita nak guna bila masak). Tapi untuk yang bekerja macam mana pula nak makan di rumah kan? Alasan yang munasabah kan?

Jadi macam mana nak atasi masalah ni?! Marilah kita fikirkan sama-sama.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!