Tuesday, November 22, 2011

Telur Goreng Minyak


Apa yang korang nampak dalam gambar kat atas ni? Yes memang lah telur goreng. Tapi selain tu? Hmmm...cuba tengok kat dasar pinggan tu. MINYAK yang membanjiri telur tu. Fuhhh...macam telur goreng minyak pulak kan? Nak makan pun kalau setakat nak lap dengan sehelai tisu mmg tak boleh. Kena tekap dengan berhelai-helai tisu baru boleh kurangkan minyak yang berladung kat dalam pinggan telur tu.

Aku rasa inilah antara punca kenapa % obesiti kat Malaysia ni tinggi (aku pun termasuk dalam peratusan tu juga....huhuhuuu). Faktor pemakanan aku kira sangat mempengaruhi peningkatan %. Makanan berminyak, berlemak dan juga penggunaan gula yang tinggi dalam makanan. Memang susah nak elak perkara-perkara macam ni lebih-lebih lagi kalau kita makan di kedai. (kalau makan di rumah kurang masalah sebab kita boleh kawal apa yang kita nak guna bila masak). Tapi untuk yang bekerja macam mana pula nak makan di rumah kan? Alasan yang munasabah kan?

Jadi macam mana nak atasi masalah ni?! Marilah kita fikirkan sama-sama.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: