Friday, November 11, 2011

Steamed Choc Cake & Apam Polkadot Lagi!

Lewat petang semalam aku dapat sms daripada kawan - Da, Call back. Urgent. Aku pun call lah. Risau aku bila dengar urgent tu. Rupa-rupanya kawan aku nak order Steamed Choc Cake dengan Apam Polkadot. Dua-dua tu dia nak hari ni. Perghhh.....memang last minute ni. Tapi sebab kawan baik kan, aku sangguplah juga nak buatkan.

Tapi sebenarnya jadual aku untuk malam tadi penuh. Lepas office aku nak pergi gym, lepas tu nak fetch adik aku yang keluar office pukul 11. Aku dok berkira-kira nak cancell gym, balik buat kek dengan apam atau pun balik fetch adik aku pukul 11 baru buat. Fikir punya fikir punya fikir, akhirnya aku buat keputusan buat kek dengan apam tu lepas balik fetch adik aku. Maknanya aku mula buat semua dalam pukul 12 lah juga. Fuhhh...takpelah. Aku korbankan sedikit masa tidur aku untuk memenuhi hasrat seorang kawan. Hari ni kita gembirakan dia, esok lusa orang lain pula gembirakan kita. Betul tak?

So lepas office aku terus pergi gym, lepas tu terus ke Jaya Jusco Kepong untuk beli barang dan fetch adik aku. Lepas tu terus balik. sampai rumah lebih kurang pukul 11.40. nasib baik aku dah mandi lepas workout tadi jadi aku tak payahlah mandi lagi kan. Aku teruslah buat kek dulu. Lepas kek baru aku start buat apam pulak. Aku selesai semua kerja tu lebih kurang pukul 4 pagi. Fuhhhh....gigihnya aku. :-) terima kasih banyak-banyak kat adik aku Aphyd yang sudi teman aku walaupun tak sampai selesai. Puas dia dok main game kat Galaxy Tab dia yang baru tu. Lepas main game dengar lagu tapi aku tak siap-siap lagi. Akhirnya dia surrender sebab mata dah mengantuk. Kesian dia.Thank you ya Aphyd.

Ni lah rupa Steamed Choc Cake with Choc Topping dengan Apam Polkadot Filling Choc yang dah ready untuk deliver pada kawan aku. Nor @ Lynn - Thanks for d repeat order ya. Tapi lain kali order awal skit tau. Sian aku kene berjaga sampai pagi...:-)





Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: