Tengah hari ni Boss murah hari belanja satu department makan tengah hari. Tempat yang kami tuju (cadangan mr. cc) adalah Restoran Anis, Pantai Dalam. Aku biasa dengar nama restoran ni tapi tak pernah pergi. Ramai rakan sepejabat yang dah ke sana. Restoran ni terkenal dengan masakan pantai timur. Menu pilihan kami hari ini:
Ayam Percik - Pilihan aku..:-) |
Gulai Kawah - menu wajib pilihan Boss |
Ulam-Ulaman - Pilihan kak Ton |
Ayam Kampung Goreng - Pilihan aku jugak |
Sambal Tumis Udang - Pilihan Kak Hawa |
Siput Sedut - Pilihan Kak Ton |
Ikan Masin - Pilihan Kak Hawa |
Begedil - Pilihan Kak Hawa |
Kak Suri n Kak Ana |
Bob & Z |
Kak Hawa & Kak Ton |
Aku dengan Boss (Abaikan tudung aku yang senget tu ya...hehehh) |
Desert - Lompat Tikam |
Buah Melaka |
Kuih Akok |
Ni lah boss aku yang murah hati tu. TQ Boss. Saaayang Boss...:-) |
Secara keseluruhan aku rasa lauk pauk kat restoran ni memang best. Pilihan yang banyak dan juga rasa yang sedap. Boleh lah datang lagi lepas ni. :-)
Nampak macam rosak diet plan aku je kan? tapi aku rasa alhamdulillah. aku berjaya kawal makan dengan baik. Aku cuma ambik satu senduk nasi (atau setengah senduk?), ayam percik, ayam kampung goreng (sepotong kecil), gulai kawah - kuah dan sedikit sahaja daging dan ulam2. Agak banyak berbanding biasa cumanya aku rasa masih terkawal. Aku berjaya menepis godaan sambal tumis udang, siput sedut. Alhamdulillah.
4 comments:
ooo, g restoran anis rupanya puok demo, patut la pintu tertutup..kihkhik. Diana anak- beranak memang suka mkn kat sini, tambah2 gulai kawah itik seratinya...;-))
Wah, makan besar nampak! Kalau dah direkomen, kena cuba ni! Bukan buah melakalah yang oi, onde-onde, restoran Kelantan tu!!
dieyana - hehehehhee..
kak shima - alamak kak...salah ke? heheheheh...nampak cam sama jer...hehehehe.......
kak, kita gi sana je lah nanti tak yah gi ikan bakar...hehehehheeheee
kalau nak tahu, di Kelantan takde buah Melaka, yg ada onde-onde saja. Saiznya comel-comel x macam buah Melaka yang besar-besar! Saja nak usik Aida! Insya-Allah boleh, Jumaat ni ya, tengah hari, ngan Zura sekali! Lama betul berhutang dgn awk berdua!
Post a Comment