Peace be upon u!
Dalam masa 2 hari (Ahad dengan Isnin) aku berjaya menyiapkan 5 biji Steamed Butter Cake atas permintaan kawan aku. Aku sangat terkejut sebenarnya masa dapat sms dia-minta aku tolong buatkan 5 biji kek tu. Dalam hati aku tertanya-tanya. Main2 ke minah ni. Tapi rupanya betul. Dia nak buat raya dan yang 4 lagi tu dia kata member opis dia nak jugak. Aku sangat terkejut sebab aku tak pernah pun jual kek sebelum ni. macam mana diorg boleh nak order pulak. Rupa-rupanya masa dia mintak aku buat kek utk dia sebelum ni, kek tu dia jamu member2 kat opis dia sekali sempena kemenangan Kelantan dalam Liga Perdana (ehh yeke ke Liga Perdana? ke Piala Malaysia? aku tak sure...sorryyy). Lepas makan tu lah diorg order. Tak pasal-pasal aku jadi penjual kek pulak...hehehhee...kelakar pun ada gak...
Ni lah antara rupa kek yang menjadikan aku peniaga kek segera sempena hari raya haji ni....hehehhehe...
No comments:
Post a Comment