Thursday, August 30, 2012

Rambling

Lama tak berblog. Bukan takde cerita tapi kesempitan waktu. Sempit ke waktu? Ke aku yg tak pandai mengurus waktu sendiri?Huhuhuhuuuu...
 
Malam ni memang jadual padat sangat. Keluar pejabat pukul 6.30, sampai rumah dah dekat maghrib. mandi solat makan segala macam dah dekat Isya' .Lepas Isya' bersedia untuk menyiapkan tempahan Apam Polkadot dan Blueberry Cheese Tart. masa tengah buat Apam Polkadot, kawan call nak bercerita hal keluarga. Perlu layan juga takut kecil hati pula nanti. jadi terganggu sikit waktu mengapam. Sudahnya Apam Polkadot cuma siap pada pukul 12.15 pagi.
 
Terus bersiap nak ambil Aphyd yang habis kerja pukul 1.00 pagi.  Dalam hati berdoa cepatlah sampai rumah sebab nak buat Blueberry Cheese Tart pulak. Dalam perjalanan balik dari tempat kerja Aphyd, abg pulak call bagi tau kereta dia tak boleh start. Jadi terus bergegas ke tempat dia. Lepas tu baru balik rumah. Sampai rumah dah pukul 2.00 pagi.
 
Teruskan projek Blueberry Cheese Tart. nasib baik shell memang dah disiapkan oleh kakak aku. jadi aku tinggal mengecheese dan melorek je lah. Siap semua dekat pukul 3.00 pagi. Barulah boleh masuk tidur ni. Jadi memang aku kesempitan waktu kan? :-)
 
 (Source: aawabed.blogspot.com)
 


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

3 comments:

Mama Gee said...

sedapnya cheesetat aida...lama mama tak makan.........huhu

- dieyana - said...

sibuknya kakak! nak 'mengecis', gitu gini segala bagai....tapi tak pe....masyuukkkk..;-) (alamak, tetiba terasa nk mkn cis tart...;-)

Aida Salleh said...

mama gee - apa lagi mama gi lah beli. :-)

dieyana - masyuklah sangat. hehehee...alhamdulillah rzeki kan.awak teras nak makan? gi beli cepat dik. kesian twin awak tu kang. :-)