Tengah hari tadi aku dikejutkan dengan berita kematian ayah kepada rakan se pejabat aku yang aku panggil dengan nama Kak Dee. Sebenarnya aku pernah kerja satu bahagian dengan abah Kak Dee yang aku panggil Pakcik Man. Pakcik Man ni sebenarnya kawan sepejabat ayah aku dan juga orang kampung mak aku. Panjang ceritanya kan? kalau ada yang tak faham biar kasi senang sikit. Sebenarnya aku, abah aku, Pakcik Man dan Kak Dee semuanya staff DBP. Abah aku pencen 12 tahun lepas dan Pakcik Man pulak kalau tak silap aku pencen lebih kurang gak time abah aku pencen. Pakcik Man ni rumah dia dekat dengan rumah arwah atok aku (sebelah mak). Itu pasallah abah dengan mak aku kenal sangat dengan Pakcik Man.
Aku dapat ebrita kematian Pakcik Man melalui siar raya di pejabat aku. Sebaik sahaja aku dengar berita tu aku terus call mak aku. Terkejut mak dengan abah aku. Mak dan abah terus bergegas ke rumah arwah. Aku tak dapat pergi sebab ada kerja yang sangat urgent yang perlu aku siapkan. Aku ralat juga tapi nak buat macam mana. Maafkan Eda pakcik sebab tak dapat ziarah pakcik buat kali terakhir. Eda doakan semoga pakcik sentiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang beriman. Buat Kak Dee dan keluarga semoga tabah hadapi semua ini. Takziah! Al-Fatihah....
----
Sebenarnya ada sedikit cerita yang agak melucukan terjadi kat rumah aku berkaitan dengan kematian Pakcik Man. Jangan salah anggap. Kematian ini memang mnyedihkan tapi gelagat anak buah aku yang agak melucukan. Mak dengan abah aku sebenarnya agak payah nak keluar siang hari pada hari bekerja kerana mereka menjaga anak buah aku yang 3 orang tu. Tapi kalau tengah hari seorang je ada sebab yang dua lagi sekolah. Yang kecil tu sekolah sampai thari je. Jadi kalau nak ke mana-mana mak dan abah perlu bawa si kecil Ayoi tu sekali. Masa di rumah arwah Pakcik Man, abah macam biasalah, buka penutup muka jenazah untuk melihat buat kali terakhir. Anak buah aku nampaklah apa yang abah aku buat. Dia diam je lah masa tu. Tapi bila balik rumah dia mula soal abah aku.
"Tadi atok bukak muka orang tu (Pakcik Man) kan? Muka dia macam mana tok?
hmmm masa ni abah aku dengan mak aku tak faham lagi soalan dia.
Abah aku kata "Macam orang dah matilah dik".
Sekali dia kata "Atok kan tengok tadi. Ceritalah tok muka dia jadi apa?"
Barulah abah aku perasan apa yang si kecik tu maksudkan. Korang perasan tak? Rupanya ni lah pengaruh TV. Akibat selalu tengok Tanah Kubur si kecil tu ingat orang bila meninggal je muka jadi teruk bagai. Huhuhuu..
Jadi jenuhlah abah aku nak explain. Orang baik bila meninggal muka tak jadi apa2. Atok ni baik jadi muka atok ni macam orang tidur je. Pastu bila kitaorang balik rumah dia pun cerita, tadi pergi tengok orang meninggal macam dalam Tanah Kubur. Tapi tadi takde Tok Adi yang ada Atok Salleh. Hehehehee....kelakar giler budak kecik tu.
3 comments:
al-Fatihah. Akak pun tak dapat pergi sebab ada keluarga husband datang dari Besut. Agak terkejut juga dengar berita. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman, amin!
kelakar anak buah Aida!!
amin..
kak, anak buah saya mmg kelakar.mcm perangai dia. kadang-kadang nak marah kadang nak gelak. kadang-kadang nak marah tak jadi sbb nak gelak...heheheh...
Post a Comment