Monday, June 25, 2012

Perjuangan Yang Berakhir dan Bermula

Perjuangan England di EUFA EURO berakhir awal pagi ini apabila kecundang ditangan pasukan Itali 2-4 melalui sepakan penalti. Nampaknya badi kekalahan dengan sepakan penalti berterusan buat England. Sungguh menyedihkan tapi apa boleh buat. Aku percaya segala usaha telah dilakukan tetapi nasib dan rezeki masih belum berpihak kepada mereka. Apa-apapun aku rasa aku masih boleeh berbangga kerana walaupun bukan pasukan pilihan, England berjaya juga sampai ke suku akhir.

(Photo Credit to http://www.uefa.com)
Kalau dah berakhir apa pulak yang bermula? Bermula ni bukan tentang bola lagi tapi tentang TENIS. :-) Perjuangan RAFA di Wimbledon akan bermula hari ini. 25 Jun - 8 Julai 2012. Seperti biasa aku harap dua pemain kesayangan aku (siapa lagi kalau bukan Rafael Nada & Roger Federer) berjaya ke akhir. Kalau melihat kepada jadual memang perkara tersebut boleh berlaku. Tetapi sebelum ke akhir Roger perlu terlebih dahulu menewaskan Novak Djokovic (kalau dia tidak ditewaskan lebih awal). Dan Rafa perlu berjaya mengenepikan semua halangan awal.


Aku meramalkan di peringkat suku akhir kita akan menyaksikan pertarungan i) Novak Djokovic & Tomas Berdych ii) Roger Federer & Janko Tipsarevic iii) David Ferrer & Andy Murray iv) Rafael Nadal & Jo Wilfried Tsonga.

Di peringkat separuh akhir pula i) Novak Djokovic & Roger Federer ii)  Rafael Nadal & Andy Murray.

Kalau dilihat kepada prestasi semasa semua pemain, aku rasa lebih realistik sebenarnya untuk meramalkan pertarungan akhir adalah antara Rafa dengan Novak berbanding dengan Rafa dan Roger. Tapi aku kan peminat setia Roger. jadi aku nak lah tengok Roger yang melangkah ke pusingan akhir dan bukannya Novak.

Walau apapun bola tu bulat. Macam-macam boleh terjadi. Mungkin Novak boleh terkandas lebih awal (walaupun nampak macam mustahil kan?). Aku tak nak sebut Roger dan Rafa terkandas sebab kalau cakap tu macam doa kan? Jadi biarlah aku sebut Novak je kan? Aci tak? heheheheee...

Tapi walau apapun yang pasti aku tak dapat tengok pertarungan separuh akhir dan juga akhir sebab pada tarikh tu aku dah pun selamat terbang ke Australia untuk bersuka ria bersama keluarga. hehehehhehe...Apa-apapun VAMOS RAFA!

(Photo taken from FB)



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

shukri hamzah said...

Kenapa dalam ramai-ramai tu nama Maria Sharapova takde?Ini tidak adil!!

Aida Salleh said...

Sebabnya aku bercerita pasal lelaki dan bukannya pompuan. Apalah ko ni syuk.Aku lempang laju2 baru tau. Sibuk dengan Sharapova ko.