Wednesday, June 27, 2012

Ceramah Inovasi

Pagi tadi aku menghadiri ceramah Inovasi yang dianjurkan oleh DBP. Semua pegawai diwajibkan hadir (kalau tak hadir berdosa sebab wajib...hehehehehehee). Sebenarnya masa nak pergi tu aku macam malas gila jugak. Faham-fahamlah. Ceramah tentang inovasi, kualiti dan yang seangkatan dengannya bukan sesuatu yang menyeronokkan.Tajuk yang berat dan membosankan. Uhuksss...Tapi disebabkan wajib maka aku pun pergilah.

Ceramah disampaikan oleh Encik Aziph Mustapha, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia. 1st impression aku kat pencemarah ni, hmmmm oklah. Penceramah muda jugak orangnya so mungkin tak boring sangat kot. (Tak adil kan penilaian dibuat berdasarakan usia begitu? Mintak maaf je lah ya. Dah aku memang gitu.huhuhuuu)

Bila ceramah dah mula aku rasa boleh tahan jugak. Kaedah ceramah yang lebih berbentuk bengkel sangat menarik. Ditambah pula dengan aktiviti yang melibatkan semua orang aku kira mampu membuka mata yang hampir tertutup. (bukan sebab bosan tapi memang tabiat gitu kalau dengar ceramah...hehehehee).Banyak ilmu baru yang aku pelajari tadi. Antaranya kaedah menjana idea, mengembangkan idea dan yang sewaktu dengannya lah. semua berkait dengan idea, kreativiti dan inovasi. 

Kesimpulannya aku suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuka ceramah tadi. :-)

Ini gambar kami dengan penceramah. Aku sebaris dengan penceramah tau. Jangan cemburu ya kawan-kawan. Hehehehheeee....

Photo credit to Yayasan Inovasi Malaysia (FB)




Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

Unknown said...

aieyda..thanx sbb buat entry ni..memang best penceramah ni ek? kebetulan k.nur tgh cari penceramah utk program yang sama di agensi akak bekerja.. kalau ada info email kpd nurhayati.mohd@gmail.com ye..thanx!

suria ruhaiza mansor said...

salam..hai aieyda..saya pun tgh mencari2 penceramah untuk inovasi kat tempat kerja. bole bagitau nama penceramah?kalau ada info lagi terbaik.Thanx in advance!