Friday, December 30, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Selalu sangat dengar orang bercerita tentang kek yang satu ini. Dalam blog-blog masakan pun rsanya macam tak lengkap kalau takde kek ni. So malam minngu yang lalu, masa tengah berehat sambil tengok tv, adik ipar aku tanya, "Keda takde ke rasa macam nak buat kek?" manja gila kan adik ipar aku? hehehehe....

Mula-mula aku rancang nak buat muffin je. Tapi bila teringat kek yang satu ni aku pun teruslah menggogle resepinya. Seperti biasa antara sumber rujukan aku blog kak kasih  (http://kasihredha.blogspot.com/) dan kak azlita (http://fromintankitchen.blogspot.com/) lah.

Ini lah hasilnya.....
with Chocolate Topping + Fresh Strawberry
for my beloved mummy

With Chocolate Topping + Chocolate Rice
for my Sista & Brotha

Setelah dibedah siasat...
moist sangat-sangat
Bagi aku kek ni sangat-sangat moist. Adik dengan adik ipar aku pun kata sedap dan boleh buat lagi. Cumanya mereka lebih suka kalau diletakkan topping chocolate dan choc rice. Terima kasih banyak-banyak pada mereka yang berkongsi resepi yang tidak kurang hebatnya ini.

Berikut aku kongsikan resepinya yang aku ambil dari blog Kak Kasih. (http://fromintankitchen.blogspot.com/):

Super Moist Eggless Chocolate Cake 
Sumber : My Kitchen (kak anymz)

Bahan-bahan :
(untuk loyang 6-7 inci - tapi aku masuk dalam muffin cup je)


·                     1 cawan tepung gandum
·                     1 sudu kecil baking powder
·                     1/2 sudu kecil soda bikarbonat
·                     1/2 cawan serbuk koko
·                     2 sudu besar susu tepung
·                     1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
·                     1 cawan gula perang
·                     1 sudu kecil esen vanilla
·                     1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
·                     secubit garam
·                     1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
·                     1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-caranya:

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

Sejukkan kek setelah masak.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

1 comment:

- dieyana - said...

saya pun suka kek ni kak, moist sangat2!