2011 telah pun selamat meninggalkan kita. banyak juga peristiwa menarik dalam hidup aku dan keluarga yang berlaku sepanjang tahun 2011. Antara yang paling menarik adalah:
i) Hasrat aku untuk menjejakkan kaki ke Australia sekali lagi telah berjaya aku penuhi. Walau pun destinasi awal yang dirancang adalah Gold Coast dan tempat yang kami tuju kemudiannya adalah Sydney, tetapi kegembiraan aku tidak berkurang sedikitpun. Yang lebih menggembirakan adalah hasrat emak untuk ke Australia berjaya kami penuhi (selepas gagal membawa emak ke Australia tahun 2010 kerana masalah kesihatan emak yang tidak mengizinkan pada waktu itu).
ii) Dua orang adik (Azhar dan Ain) aku telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Dengan itu keluarga aku bertambah dua lagi anggota. Welcome to the family - Nor Afniza & Syaiful Nazlan.
iii) Aku berjaya mengurangkan berat badan aku sebanyak 12kg dalam tempoh lebih kurang 4 bulan. Walaupun jumlah ini tidaklah terlalu besar bagi sesetengah orang, tapi bagi aku 12kg itu sangat banyak. Terima kasih aku ucapkan kepada my childhood fren, Anom yang bagi aku menjadi punca semua ini berlaku. :-) Kalau dia tak 'jual' nama aku pada Wen (Fitness First) mesti aku pun tak jadi member Fitness First. Dan kalau aku tak jadi member Fitness First memang semacam mustahil aku akan kehilangan berat sebanyak itu.Thank you so much Anom. Dan bila bercakap tentang pengurangan berat ini, aku semestinya tidok boleh melupakan orang yang banyak berjasa pada aku, siapa lagi kalau bukan PT aku, Muhammad Ammar Yassir Yasin. Tanpa dia sudah tentu aku pun tak tau macam mana aku nak buat dan apa harus aku buat. Thank you very much Ammar.
iv) Aku telah menjadi penjual kek dan apam secara tak sengaja. (Boleh pulak macam tu?! tapi mmg itu pun yang sebenarnya). Semula bermula apabila kawan-kawan ter'suka' kek dan apam yang aku buat. jadi aku pun terjuallah secara tak sengaja.
Apam Polka Dot |
Apam Polka Dot - 3 pcs/pack |
Steamed Butter Cake |
Marble Blueberry Cheese Cake |
Oreo Cheese Cake |
Steamed Chocolate Cake with Choc Topping & Choc Rise |
Banyak lagi peristiwa dan perkara menarik yang berlaku dalam hidup aku dan keluarga tetapi aku rasa inilah perkara yang paling menarik dan tak boleh aku lupakan. Mungkin banyak sesetengah orang biasa-biasa je, tapi bagi aku nilah kenangan terindah aku untuk sepanjang tahun 2011.
2 comments:
wauuuuu banyak kg turun tu aida...effective lah fitness tu kan...mcm nak ikut jer...
nanti buat le n3 pasal ni ye
insyallah kak kasih. nanti aida buat entri pasal ni ya (walaupun malu sebenarnya :-)) tapi kan kak, i've looooong way to go lagi kak...akak doa2kan lah aida ya.
Post a Comment