Saturday, January 21, 2012

Marble Butter Cake untuk Mak

Mak kata dah lama tak makan marble cake yang bakar (sebab kat rumah aku lebih suka yang kukus). Jadi aku dengan gigihnya buatlah marble cake (bakar) untuk mak. Sebenarnya masa buat kek ni mixer kat rumah buat hal. Jadi aku pukullah dengan cara tradisional-guna tangan okay. Gigih sungguh aku. Takpelah penat sikit demi memenuhi hasrat mak apa salahnya kan? dan hasilnya mmg lazatlah kek aku ni. hehehehe...memang betul tak tipu. Resepi tradisi so rasanya pun tak macam kek kilang. Memang rasa kek tradisi zaman tok nenek kita dulu.

Jadi inilah hasilnya....gambar tak cantik tapi kek ni memang sedap. Adik ipar aku yang mula-mula tak nak makan, lepas tu boleh pulak tanya aku "keda letak dadah ke dalam kek?" hahahahaaaa...tu lah lain kali rasa dulu baru tau sedap ke tak...hehehhehe...



Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments: