Best sangat hari ni sebab aku dengan gigihnya telah berjaya ke gym waktu matahari tegak atas kepala (tengah hari lah maknanya ni). Ehhh bukan aku tak kerja tapi aku keluar masa makan tengah hari tadi. bagus tak aku? orang keluar makan, tidur aku pergi gym (ayat puji diri sendiri. hahahahaha). Sebenarnnya aku ke gym tengah hari sebab hari ni aku kena balik awal. Ada urusan keluarga sikit. Tu yang terpaksa merajinkan diri ke gym tengah hari.
Best jugak pergi gym tengah hari sebab orang tak ramai. Memandangkan hari ni hari Jumaat jadi aku menjangkakan mestilah takde lelaki melayu (Islam). Tapi jangkaan aku meleset. Ada jugak lelaki melayu kat dalam gym tu. Selamba betul diorang ni. Orang lain pergi masjid solat jumaat diorang pergi gym. Ish ish ish...Aku memang nak bersangka baik, tapi kalau dah pukul 1.40pm pun masih dekat gym, bila masa pulak diorg pergi masjid kan? hmmm entahlah.
Berbalik kepada cerita gym aku. Masa agak singkat sebenarnya sebab aku perlu ke pejabat semula sebelum pukul 2. Jadi hari ni aku cuma dapat buat kardio 30 minit dan weight training lebih kurang 30 minit jugak. Antara Ni antara peralatan yang aku guna.
Selain daripada tu, aku buat jugak star jump (fav aku lah ni...heheheh) dengan aktiviti menggunakan BOSU Ball macam ni....
Okaylah. Ini saja laporan aktiviti gym aku hari ni. :-)
No comments:
Post a Comment