Tuesday, January 3, 2012

Cheat Day!

Cheat Day? Apakah itu? Cheat Day adalah hari di mana aku diberi kebebasan oleh Ammar (Personal Trainer aku) untuk menikmati makanan (tidak berkhasiat, tinggi kolestrol, tinggi kandungan gula dan yang sewaktu dengannya) sebagai hadiah atas pencapaian aku dalam usaha menurunkan berat badan aku.

Bersempena dengan tahun baru 2012 ini, aku diberi 2 hari - Cheat Day. Hadiah untuk aku kerana berjaya mengurangkan 12kg sepanjang tahun 2011. Ammar kata, makan apa yang aku dah lama tak makan dan sangat teringin nak makan dan enjoy makanan tersebut tanpa rasa bersalah.

Apakah yang ada dalam fikiran aku? Sebenarnya aku terfikir ayam goreng KFC yang sedap sehingga menjilat jari tu. Tapi memandangkan cuti tahun baru ni aku tak kemana-mana, jadi aku lupakan sahaja KFC tu. Bukan tak boleh beli dan makan kat rumah, cumanya bila hari cuti dan tak ke mana-mana aku rasa sedikit bersalah nak beli makanan lain sebab mak saku memasak di rumah.

Jadi tahun baru berlalu tanpa aku gunakan Cheat Day. Aku gunakan Cheat Day pada 2/1/2012 yang merupakan hari ulang tahun kakak aku. Antara makanan yang aku makan tanpa rasa bersalah adalah:


Soto Ayam
Pic Credit to http://www.flickr.com/

Sate Haji Samuri
(Pic Credit to beebsz-jaimemanger.blogspot...)


Homemade Blueberry Cheese Cake

Homemade Steamed Choc Cake with Choc Topping

Sedap dan sangat-sangat lazat tatkala makanan ini melalui tekak aku, Fuhhhhhhh...nikmattttt...

Perlukah aku rasa bersalah? Ammar kata jangan rasa bersalah tapi enjoy the food. So aku pun apa lagi. memang enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy...hehehheheee...

Tapi sempena tahun baru 2012 ni, aku berjanji pada diri aku bahawa sesungguhnya aku perlu menjauhi makan-makanan seperti ini. Set dalam minda bahawa rasa sedap tu hanya seketika cuma. Tapi sengsara tu yang lama. Oleh itu, demi merealisasikan impian dan harapan aku unuk mendapat berat ideal pada tahun 2012 ini, aku perlu lebih komited dengan diri sendiri. Impian dan tindakan harus selari. Insyaallah. Doakan aku ya kawan-kawan.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

Ummu Madihah said...

Wah, after all the effort and the achievement, you really do deserve the cheat day! Br tahu yg ada cheat day ya!

The Sometimes Speechless said...

dah lama dah cheat! 2 bulan dah tak pegi gym... now makan dgn bersungguh2 sesuka hati. Lalalaaaa... 2012 ni sambung balik daya usaha menurunkan berat badan... tapi dah 5 hari in 2012, tak pegi2 gym lagi... apo nak jadiiiii??? ngeeee...