Monday, February 14, 2011

Info Sihat: Tips Tingkatkan Metabolisme

1) Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1000 kalori setiap hari. Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.

2) Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukar makanan kepada tenaga.

3) Pastikan mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengekalkan berat badan.

4) Ambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.

5) Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan tosin daripada badan.

Sumber: Majalah Rapi
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: