Monday, February 28, 2011

Supir Yang Busy

Hari ni agak meletihkan. Balik kerja dan lewat. Masa otw balik abg call mintak tolong fetch my SIL dekat Ampang Puteri sebab abg ada meeting kat Shah Alam. My SIL warded ari Khamis lepas sebab semput. Aku balik rumah sekejab pergi toilet then terus pergi Ampang Puteri. Abang kata kalau nak dekat jangan parking kat bawah tapi pakai kat atas tempat OKU jer. HELLOOOO....aku bukan OKU ok. Then lagi satu kalau dengan kete Mercedez tu bolehlah parking merata, guard tak bising tapi kalau dengan kete Waja aku je, kim salam lah. Daripada aku kene sound baik aku berjalan sikit. So hati pun tak panas nanti.

Lepas parking aku terus menonong jalan. Bukannya tau sangat pun sebab dah malam kan so kene masuk ikut pintu emergency. Aku pun ikutlah. Punya laju aku menonong rupanya bukan aku masuk pintu emergency tapi aku masuk tempat outpatient. hehehhee...dengan muka tak bersalah aku keluar balik, slow down skit melangkah baru aku perasan pintu masuk sebenarnya.hehehhehehe....

Terus masuk lif tekan tingkat 5. Keluar lif terus cari bilik 514. menonong lagi lalu depan kaunter, semua misi tak tegur or tanya pun so aku menonong je lah. masuk bilik 514/513 tengok ada aunty India. uik...salah bilik ke? aku call SIL aku. Rupanya dia kat bawah nak pi settle bil. Aku pun keluar balik tunggulah kat luar. Punya tak best sebab kat luar bukan ada kerusi langsung. jenuh aku berdiri. Misi2 tu pun sorang pun tak tanya apa kat aku. Aku bukan nak soh diorg berborak ngan aku (tapi kalau nak pun bleh, hilang boring aku...hehehhe), but at least tanyalah aku nak jumpa siapa ke apa ke...Ni dah...dia biar jer. kalaulah aku ni penyamun dah lama aku berjaya merompak diorg. Kan kan kan???

Aku rasa ada dekat 20 min gak aku menunggu. SIL aku naik, terus pi ambik ubat. Lepas ambik ubat terus pi ambik barang n balik. Sampai rumah dalam pukul 10 mlm lah. Aku hantar SIL aku kat umah dia (yg jaraknya sebatang rokok je kot....ehhh korang tau ke jarak sebatang rokok camner? trylah hisap rokok...heheheh)...

Lepas hantar SIL aku kat umah dia , aku balik umah. Nak pi toilet sat. Pastuh aku keluar balik sbb nak fetch adik aku kat Jusca Kepong pulak. Sementara tunggu adik aku yang keluar kul 11 tu sempatlah aku melelapkan mata sekejab.

Sebelum balik tadi sempatlah menyinggah NZ Curry House kat Wangsa Maju sebab teringin nak makan roti planta. hehehehhe...Sampai umah dalam kul 12, terus makan. Boleh plak dalam nak diet melantak roti planta kul 12 malam. kira halal lah ya. sebab dah teringin sangat. Tapi agak kecewa sebab roti dia sangat2 berminyak.Tapi terlepas lah hajat nak makan tu.

So sekarang nak pi mandi, solat n titunnnnn.....Jumpa lagi besok ya.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: