Hotel Felda Residence ni terletak di Jalan Hiliran berdekatan dengan Kuala Terengganu Waterfront. Bagi aku hotel yang agak baru ni memuaskan lah. Dari segi lokasi, aku kira lokasinya sangat bagus. It's ideally located in strategic area. Room wise pulak ok jugak. Walaupun bilik agak kecil tapi kemudahan yang diperlukan ada dalam bilik- iron & iron board, hairdryer, toiletries, kettle. Sejadah dengan Quran pun ada dalam bilik. Untuk Executive Level yang aku duduk tu ada Wifi lagi. Tapi aku tak gunalah sebab lappy pun tak bawak kan. Dari segi kebersihan pun aku rasa ok jugak. Jadi secara keseluruhan aku rasa ok n boleh datang lagi.
Malam tu kami makan malam di hotel. Aku makan Cantonese Fried Yee Mee. Harga sangat murah tak sampai RM10. Bagi aku murah sangat sebab makan dekat hotel tak sampai RM10 so murahlah kan? Tapi dari segi rasa macam kuranglah sikit. Tapi still boleh makanlah bukan tak sedap langsung.
Esok paginya kami pergi sarapan seawal jam 7.30 pagi. Breakfasr buffet kira ok bagi hotel yang bertaraf 3 bintang macam ni. Banyak juga pilihan makanan. Malaysian dan International. Makanan pilihan aku macam biasa je.
Cornflake & Cococrunch n Orange Juice.
Omelette, sosej n wedges
Lepas breakfast kami dijemput oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk memulakan lawatan ke Sekolah Paya Bunga. Sekolah yang dipilih oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sekolah ni terletak di tengah-tengah bandar.
Sekolah Kebangsaan Paya Bunga
E-book
Smart board
E-book
Selepas sesi lawatan dan perbincangan kami dijamu dengan nasi dagang oleh pihak sekolah.
Nasi dagang with ikan tongkol
Selepas lawatan ke sekolah kami di bawa ke kilang yang mengedarkan e-book. Dalam perjalanan kami singgah di Majlis Penyerahan E-Book .
Lawatan dan perbincangan di kilanng mengambil masa lebih kurang 2 jam. Selepas selesai kami terus ke kedai makan untuk makan tengah hari.
Ikan singgang
Kerabu
Gulai Kawah
Ikan bakar
Air Asam
Lauk-pauk adalah lauk tradisi orang pantai timur. Rasanya boleh tahanlah. Sedap. Untuk penggemar masakan kampung seperti itu aku kira restauran sesuailah untuk dikunjungi. Cumanya untuk orang yang macam aku yang kurang menggemari masakan kampung (bukan sombong tapi aku tak biasa.Huhuhuhuu) mungkin restoran ini kurang sesuai.
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment