1. Tidak Makan Malam
Berat badan tidak dipengaruhi oleh jumlah kalori. Jika makan malam dihindari, kemudian menggantikannya dengan makanan dari kalori tinggi untuk menahan lapar, maka berat badan tidak akan turun.
2. Tidak Bersarapan Pagi
Tanpa sarapan, paras gula darah akan menurun. Ia akan menjejaskan konsentrasi. Anda juga akan mudah merasa lapar dan berkecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Metabolisme tubuh yang normal tidak akan dapat menerima pola pemakanan yang tidak teratur.
3. Minum Air Putih Menambah Bedat Badan
Air putih tidak mengandungi kalori. Ia tidak akan menggemukkan anda. Minumlah seberapa banyak air putih kerana ia tidak akan meningkatkan timbunan lemak.
4.Jus Oren Atau Lemon Dipercayai Dapat Mengurangkan Berat Badan
Kebiasaannya ketika meminum jus oren, seseorang itu akan menambah sedikit gula. Perbuatan itu lebih merugikan kerana berat mungkin bertambah disebabkan kandungan kecil gula tadi.
Sumber: Majalah Rapi
No comments:
Post a Comment