Aku rasa kunjungan ke Terengganu kali ni sangat best kerana aku telah berjaya dalam satu misi tak rasmi aku iaitu Jejak Kasih kawan-kawan yang dah lama tak jumpa iaitu:
- Mohamad Mahdi Abas & Siti Asmah Mustapha
- Noratul Azima Rashid
Mahdi ni kawan sepejabat aku beberapa tahun yang lepas. 8 tahun lepas aku rasa...tak ingat sangat dah berapa tahun...yg aku pasti masa dia pindah dulu anak dia yang sulung baru lahir lah. Sekarang anak dia, Adam Muhaimin @ Amin tu dah 6 tahun. So mesti lebih 6 tahunlah kan?
Sebenarnya Mahdi ni aku ada jumpa sekali tahun lepas tapi sekejab je lah. Dia singgah sat kat DBP masa dia datang KL atas urusan rasmi. Memang sat je lah sbb tak nak nak bersembang sangatpun. Tapi wife dia, Asmah aku tak jumpa sejak diorg pindahlah. Ehh sat...masa dia baru pindah dulu dia ada datang sekali. Masa dia datang tu Amin baru dapat kaki. So kiranya dah 5 tahun gaklah aku tak jumpa kan?lama kan? Sebab tu lah aku nak jumpa sesangat.
Jadi bila boss kata nak gi Terengganu atas urusan kerja tu aku sesangatlah gumbira. Dapatlah aku peluang nak jumpa diorg. Bila flight dah cnfm aku terus inform diorg. Memula tu aku rasa cam kecewa n sedih sbb dedua tak reply pun msg aku kat FB. So aku andaikan both sibuklah. Mungkin takde masa nak jumpa aku kot.Takpelah. Lain kalilah agaknya.
Tapi sampai2 je kat Terengganu ada dapat call dari Mahdi. Mmg masa tu fight baru je mendarat (aku tak sitch of hp masa tu...teruk tul aku kan? huhuhuuu). Aku pick up then aku kata nanti aku call balik. Segah seh nak bercakap nanti org nampak. Sah2 kat situ blum bleh pakai tepon lagi kan? Ngam keluar dari flight aku call back. Hahahahaaa.....kawan aku tu buat kelakar. AKu kata kat dalam flight dia ingat aku kat kl lagi. Rupa-rupanya dia plan nak jemput kat airport. Tapi since dia pun tak kuar lagi dari opis sebab dia ingat flight aku kul 4 (aku cakap flight balik kul 4 tapi yg dia ingat flight datang plak...heheh) so terpaksalah aku hampakan harapan diorg berdua (cettt ayat cam bagus...hehhehe). Sebenarnya JPN dah kata nak fetch kitaorg. Masa kitaorang sampai tu diorg dah sampai. So kesian plak kang kalau tak ikut diorg.
Makanya Mahdi ngan Asmah terpaksalah reschedule time nak jumpa aku. Tu lah saper soh tak bagi tau awal2 kan? hehehheee....Lepas berdiskusi kedua-dua suami isteri tu maka diputuskan diorg nak datang masa hari last day aku kat sana. Sebabnya last day tu aku takde apa2 pun. Flight balik aku petang. So ada lah masa nak jumpa pagi.
Aku ingat nak pi sembang-sembang n minum-minum jer on that day. Tapi pasangan suami isteri yang sangat baik hati ni siap bawak aku berjalan ke Masjid Kristal n Taman Tamadun Islam lagi. Cerita pasal tempat yang aku melawat tu aku buat dalam entri lepas ni ya. :)
Puaslah gak melawat dedua tempat tu ngan diorg n anak2 diaorang. Seronok dapat jalan2 sambil sembang2 ngan diorg sambil melayan kerenah anak2 diorang, Last aku jumpa Asmah masa anak dia baru sorang. Sekarang dah 3. Lepas ni entah bila nak jumpa kan? Bila anak dia dah 6 ker? hehehhehee..
Tu lah cerita jejak kasih aku yang pertama.
Me, Mahdi n d Kids - Amin, Yusof & Nureen
(Pic: Asmah & Mahdi Collection)
Me, Asmah & Baby Nureen
(Pic: Asmah & Mahdi Collection)
Cerita jejak kasih aku yang kedua pulak. Noratul Azima Rashi @ Nora ni kawan sekolah aku masa kat Sabah dulu. Masa aku form 4 kat Sabah College @ Maktab Sabah dulu. Dia bukan orang Sabah. Dia memang asal Terengganu tapi dah lama dok Sabah sebab abah dia mengajar kat Sabah. Tapi aku kenal n kawan dengan dia kat sabah tak lama pun. Tak sampai setahun pun. Tapi kitaorang memang baiklah. Sama-sama orang Semananjung lah konon. (aku masa baru2 sampai tu cam sombong skit. Nak carik kawan budak Semenanjung lah konon. Sebenarnya takut nak kawan ngan ornag Sabah sbb aku takut aku tak faham bahasa diorg je..nak ngaku tak faham malu...hehhe...tapi tu masa memula sampai je lah.)
Sebab lepas tu Nora pindah balik Terengganu. Tapi walaupun jauh kitaorang still in touch lah. Tulis suratlah apa lagi. (masa tu takde hp ya kengkawan). Masa dia belum kawin dulu agak gak few times jumpa dia. Dia pun study kat UM je dulu so kira dekatlah ngan aku. Tapi lepas dia kawin mmg kira cam takde jumpa dah. Last jumpa dia masa dia datang kl dulu. Tu pun masa anak dia yang sulung, Danial baby lagi. Aku ingat lagi masa tu dok berdukung lagi Danial tu. Aku tolong jaga masa dia carik barang kat Low Yatt. hehehehe...tu lah last jumpa. SKg danial pun dah sekolah ok. Ulang suara DAH SEKOLAH. bayangkan dah berapa tahun. Plan nak jumpa selalu gak tapi ending tak jadi. Tak sempatlah n bagai2lah.
Actually aritu pun cam tak jadi je. Sebabnya plan asal nak jumpa on Friday ari last aku kat sana. Tapi dia ada hal plak. So reschedule on thursday. Tapi urusan rasmi aku dengan JPN selesai dah lewat plak. Then nak jumpa malam tu. Aku tunggu2 gak tapi urusan dia kat umah plak selesai lewat.. Adik dia Jan yang kat Mesir tu balik malam tu. So tak jadi.
Last2 jumpa sebelum aku terbang balik. Diorg datang kat Airport. Memanglah tak lama n tak puas bersembang tapi dah dapat jumpa tu pun aku rasa best dah. Abah dia siap bagi tapai lagi sebab aku cakap aku nak cari tapai kecik2 yang dalam daun getah tu. Nak carik kat pasar tak dan. Terima kasih bebanyak kat pakcik rashid yg susah2 payah carikkan aku tapai tu.
Kalau Asmah aku last jumpa masa anak dia sorang n jumpa balik lepas anak dia 3 ni. Nora plak aku last jumpa masa anak dia sorang n skg anak dia dah 4. huhuhuhuuuu...
Me, Nora & Baby (lupa plak nama...huhuhuuu..sorry dear)
Apa-apapun aku sangat seronok dapat jumpa dedua sahabat baik aku ni. Terima kasih bebanyak kat korang sebab sudi luangkan masa jumpa aku yang best ni...hehehehhee....Kalau korang datang KL rogerlah aku tau. Bleh sambung sembang2 lagi....
LUV U GUYS.....
No comments:
Post a Comment