Sunday, February 27, 2011

Pergi Tak Kembali

Malam ni aku dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah seorang staf DBP Cawangan Sabah, Sdr. Sulaiman Antang. Terima kasih kepada Kak Lya Zam yang memaklumkan berita ini melalui laman sosial Faacebooknya.

Aku dan seisi keluarga sungguh terkejut dengan berita ini. Kami mengenali arwah Sdr. Sulaiman (atau kami adik beradik lebih mesra memanggil beliau abg leman) semasa kami tinggal di Sabah pada tahun 1992-1993. Arwah sangat mesra orangnya dan berbudi pekerti yang tinggi. Walaupun kami orang luar (bukan orang Sabah), beliau melayan kami dengan baik sekali. Walaupun sudah berbelas tahun kami kembali ke Kuala Lumpur, namun kebaikan beliau masih tidak luput daripada ingatan.

Sungguh tak sangka sekali beliau akan kembali menemui Ilahi dalam usia yang agak muda. Aku dimaklumkan bahawa beliau menghembuskan nafis terakhir tengah hari tadi semasa menghantar anak bongsunya ke klinik/hospital bagi mendapatkan rawatan kerana demam. Beliau mengadu pening kepala dan sejurus selepas itu beliau terus menghembuskan nafas trerakhir.
Doa kami sekeluarga agar roh beliau dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: