Monday, February 28, 2011

Supir Yang Busy

Hari ni agak meletihkan. Balik kerja dan lewat. Masa otw balik abg call mintak tolong fetch my SIL dekat Ampang Puteri sebab abg ada meeting kat Shah Alam. My SIL warded ari Khamis lepas sebab semput. Aku balik rumah sekejab pergi toilet then terus pergi Ampang Puteri. Abang kata kalau nak dekat jangan parking kat bawah tapi pakai kat atas tempat OKU jer. HELLOOOO....aku bukan OKU ok. Then lagi satu kalau dengan kete Mercedez tu bolehlah parking merata, guard tak bising tapi kalau dengan kete Waja aku je, kim salam lah. Daripada aku kene sound baik aku berjalan sikit. So hati pun tak panas nanti.

Lepas parking aku terus menonong jalan. Bukannya tau sangat pun sebab dah malam kan so kene masuk ikut pintu emergency. Aku pun ikutlah. Punya laju aku menonong rupanya bukan aku masuk pintu emergency tapi aku masuk tempat outpatient. hehehhee...dengan muka tak bersalah aku keluar balik, slow down skit melangkah baru aku perasan pintu masuk sebenarnya.hehehhehehe....

Terus masuk lif tekan tingkat 5. Keluar lif terus cari bilik 514. menonong lagi lalu depan kaunter, semua misi tak tegur or tanya pun so aku menonong je lah. masuk bilik 514/513 tengok ada aunty India. uik...salah bilik ke? aku call SIL aku. Rupanya dia kat bawah nak pi settle bil. Aku pun keluar balik tunggulah kat luar. Punya tak best sebab kat luar bukan ada kerusi langsung. jenuh aku berdiri. Misi2 tu pun sorang pun tak tanya apa kat aku. Aku bukan nak soh diorg berborak ngan aku (tapi kalau nak pun bleh, hilang boring aku...hehehhe), but at least tanyalah aku nak jumpa siapa ke apa ke...Ni dah...dia biar jer. kalaulah aku ni penyamun dah lama aku berjaya merompak diorg. Kan kan kan???

Aku rasa ada dekat 20 min gak aku menunggu. SIL aku naik, terus pi ambik ubat. Lepas ambik ubat terus pi ambik barang n balik. Sampai rumah dalam pukul 10 mlm lah. Aku hantar SIL aku kat umah dia (yg jaraknya sebatang rokok je kot....ehhh korang tau ke jarak sebatang rokok camner? trylah hisap rokok...heheheh)...

Lepas hantar SIL aku kat umah dia , aku balik umah. Nak pi toilet sat. Pastuh aku keluar balik sbb nak fetch adik aku kat Jusca Kepong pulak. Sementara tunggu adik aku yang keluar kul 11 tu sempatlah aku melelapkan mata sekejab.

Sebelum balik tadi sempatlah menyinggah NZ Curry House kat Wangsa Maju sebab teringin nak makan roti planta. hehehehhe...Sampai umah dalam kul 12, terus makan. Boleh plak dalam nak diet melantak roti planta kul 12 malam. kira halal lah ya. sebab dah teringin sangat. Tapi agak kecewa sebab roti dia sangat2 berminyak.Tapi terlepas lah hajat nak makan tu.

So sekarang nak pi mandi, solat n titunnnnn.....Jumpa lagi besok ya.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, February 27, 2011

Pergi Tak Kembali

Malam ni aku dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah seorang staf DBP Cawangan Sabah, Sdr. Sulaiman Antang. Terima kasih kepada Kak Lya Zam yang memaklumkan berita ini melalui laman sosial Faacebooknya.

Aku dan seisi keluarga sungguh terkejut dengan berita ini. Kami mengenali arwah Sdr. Sulaiman (atau kami adik beradik lebih mesra memanggil beliau abg leman) semasa kami tinggal di Sabah pada tahun 1992-1993. Arwah sangat mesra orangnya dan berbudi pekerti yang tinggi. Walaupun kami orang luar (bukan orang Sabah), beliau melayan kami dengan baik sekali. Walaupun sudah berbelas tahun kami kembali ke Kuala Lumpur, namun kebaikan beliau masih tidak luput daripada ingatan.

Sungguh tak sangka sekali beliau akan kembali menemui Ilahi dalam usia yang agak muda. Aku dimaklumkan bahawa beliau menghembuskan nafis terakhir tengah hari tadi semasa menghantar anak bongsunya ke klinik/hospital bagi mendapatkan rawatan kerana demam. Beliau mengadu pening kepala dan sejurus selepas itu beliau terus menghembuskan nafas trerakhir.
Doa kami sekeluarga agar roh beliau dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Saturday, February 26, 2011

Tak Cukup Korum

Hari ni main badminton tak cukup korum...tak bestnyaaaa.....huhuhuhuuuu....Ini je yang ada...Tapi daripada takde baiklah ada....bersyukur je lah...

Adik aku sakit kaki so setakat main pukul2 je lah....huhuhuu

 Ruziq kepenatan sebab main straight takde ganti....siannnn....

penat plus tak puas ati sebab main tak cukup korum arini...
main pukul2 je nak keluarkan peluh....

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Happy Birthday My Best Buddy!

Happy Birthday to my best frenz:
Mohammad Ruziq Ismail!

May you always have enough happiness to keep you sweet,
enough trials to keep you strong,
enough success to keep you trying,
enough faith to give you courage
and
enough determination to make each day a good day.....

May ALLAH blessed and shower you with the best of health for the many many years.....


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, February 22, 2011

Sudirman...In Loving Memories Part 2

Hari ini, 22 Februari 2011, genaplah 19 tahun Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita.

Aku merupakan salah seorang daripada ribuan atau jutaan peminat yang sangat mengkagumi bakat dan kehebatan penyanyi tersohor ini.

Bagi aku, penyanyi yang pernah diangkat sebagai Penghibur Terbaik Asia ini sangat berbeza dengan penyanyi yang ada sekarang ini. Sudirman berada dalam kelasnya yang tersendiri. Suaranya yang gemersik, nyanyiannya yang merdu dan sangat menusuk kalbu mampu menggetarkan jiwa dan perasaan siapa sahaja yang mendengarnya.

Yang paling aku kagumi, Sudirman bukan setakat boleh memikat hati orang Melayu, tetapi berupaya memenangi hati masyarakat Cina, India dan semua kaum yang ada di Malaysia dari pelbagai peringkat usia.

Aku percaya kehilangan Sudirman pada usia yang muda, sangat-sangat dirasai oleh peminat hiburan tanah air. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah.

(Pic: Google)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, February 21, 2011

Sudirman...In Loving Memories....

(Pic: Google)

Kemboja berguguran memutih,
Menemanimu ke jalan akhir,
Persada seni yang kau terangi kini sepi.

Suara jenaka dan gurauan,
Di sebaliknya kau kesepian,
Mimpi-mimpimu retak seribu,
Tak siapa yang tahu.

Dir...
Tuhan lebih menyayangi,
Dari kami temanmu yang tak pernah mengerti..

Dir...
Hanya setelah kau pergi,
Kehilangan amat dirasai,

Tak siapa yang tahu..

Suara jenaka dan gurauan,
Di sebaliknya kau kesepian,
Mimpi-mimpimu retak seribu,
Tak siapa yang tahu.

Kehilanganmu...
Kehilangan... kehilangan... mu...

 Rahim Maarof (Azmi Hashim / Habsah Hassan)


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Friday, February 18, 2011

Info Sihat: Mitos Diet

Jangan terlalu mempercayai mitos-mitos diet seperti:

1. Tidak Makan Malam

Berat badan tidak dipengaruhi oleh jumlah kalori. Jika makan malam dihindari, kemudian menggantikannya dengan makanan dari kalori tinggi untuk menahan lapar, maka berat badan tidak akan turun.

2. Tidak Bersarapan Pagi

Tanpa sarapan, paras gula darah akan menurun. Ia akan menjejaskan konsentrasi. Anda juga akan mudah merasa lapar dan berkecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Metabolisme tubuh yang normal tidak akan dapat menerima pola pemakanan yang tidak teratur.

3. Minum Air Putih Menambah Bedat Badan

Air putih tidak mengandungi  kalori. Ia tidak akan menggemukkan anda. Minumlah seberapa banyak air putih kerana ia tidak akan meningkatkan timbunan lemak.

4.Jus Oren Atau Lemon Dipercayai Dapat Mengurangkan Berat Badan

Kebiasaannya ketika meminum jus oren, seseorang itu akan menambah sedikit gula. Perbuatan itu lebih merugikan kerana berat mungkin bertambah disebabkan kandungan kecil gula tadi.

Sumber: Majalah Rapi
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Thursday, February 17, 2011

Info Sihat: Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Bersenam

1. Tidak makan sebelum latihan.

Untuk mendapatkan tenaga dan kemampuan tubuh,, anda wajib makan makanan yang mengandungi 200-300 kalori (dari sumber karbohidrat) satu jam sebelum mula latihan.

2. Malas melakukan regangan.

Regangan mesti dilakukan sebelum memulakan latihan. Regangan berguna untuk meningkatkan keupayaan gerakan dan kelenturan tubuh serta dapat mengurangkan risiko cedera semasa bersenam.

3. Tidak memakai kasut yang sesuai.

Tidak semua kasut boleh dipakai untuk bersenam. Pilih kasut yang sesuai untuk setiap aktiviti.

4. Tidak mempunyai sasaran.

Fokuskan bahagian tubuh yang sedang dilatih.Rasakan beban yang diteima pada otot bahagian tersebut dan tumpukan perhatian ketika melakukannya.

5. Mengharapkan hasil dengan segera.

Anda memerlukan hasil sekurang-kurangnya sebulan bagi setiap senaman.

6. Tidak Cukup Minum Air.

Minum air kosong yang cukup dapat meningkatkan tenaga, mencegah sakit kepala, dan degupan jantung yang tidak teratur ketika . Minum sekurang-kurangnya segelas air setiap 15 minit untuk mengelak dihidrasi.

Sumber: Majalah Rapi
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Wednesday, February 16, 2011

Info Sihat: 7 Tip Untuk Senaman Yang Selamat

1. Buat pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

2. Dapatkan nasihat pakar kesihatan untuk meningkatkan kemahiran bersenam. Dapatkan juga nasihat bagaimana menggunakan peralatan sukan dengan betul dan selamat.

3. Biarkan peningkatan berlaku hari demi hari kerana ia tidak mungkin dicapai dalam satu hari sahaja.

4. Lakukan pemanasan badan 5-10 minit sebelum memulakan latihan. Cool down selepas latihan selama 1-15 minit dengan regangan.

5. Pakai pakaian yang sesuai untuk beraktiviti. Elakkan pakaian yang terlalu ketat.

6. Jika berbasikal, pakailah topi keledar yang dikhaskan.

7. Minum air secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam.

Sumber: Majalah Rapi
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam!

Hijjaz-Rasulullah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Monday, February 14, 2011

Info Sihat: Tips Tingkatkan Metabolisme

1) Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1000 kalori setiap hari. Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.

2) Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukar makanan kepada tenaga.

3) Pastikan mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengekalkan berat badan.

4) Ambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.

5) Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan tosin daripada badan.

Sumber: Majalah Rapi
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Jom Makan-Makan

Semalam adalah hari merayap untuk all d girls kat umah aku trmasuklah mak aku. Pagi-pagi hantar adik pompuan bongsu aku, Ain pergi KL Sentral sebab dia nak gi Sabah urusan kerja. lepas tu aku, mak, akak dengan Aphyd terus gi Jusco Bukit Tinggi. Jauh sehhhh...tapi gagahkan jugaklah pergi sebab nak memenuhi impian kakak aku yg gatal nak gi sana.heheheh....Sampai2 we all gi lunch dulu. Lunch kat The Manhattan Fish Market. Layanlah gambar food ni ya.


 chowder...rasa ikan lah...i dun like tapi mak like it lah...

 mushroom yang sangat-sangat sedap....sos dia lagi sangat sangat sangat sedap....wajib makan kalau gi sana...

 set platter- squid, prawn, mushroom dengan coleslaw...ok lah...

 spaghetti - seafood kalau tak silap...ada mussel...kakak aku suka sangat2 mussel...

Fish & Chip - Dory fish...

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Sunday, February 13, 2011

Trip to Kuala Terengganu (Part 2: Unofficial)

Sekarang aku nak cerita pasal unofficial xtvt plak. Best2 :-)

Sebenarnya tak banyak aktiviti pun sebab bukannya banyak masa free pun sepanjang 3 hari kat sana. Hari pertama sampai dah petang tapi sempat jugaklah pergi Pasar Kedai Payang.Aku bukan nak beli apa pun. Saja je. Tak sah kalau pergi Terengganu kalau tak pergi Pasar Payang kan? So lepas check in hotel, kitaorang masuk bilik, solat n turun balik.

Masa tu dah pukul 5 lebih pun. Kedai ada yang dah nak tutup pun. Tapi sempatlah pusing keliling seadanya. Tengok kain-kain je lah. Cantik gak design2 baru ni. Harga memang jauh lebih murah lah. Tapi aku tak beli pun. Jamu mata jer :-)





Hari kedua pun sempat singgah Pasar Payang sekejab lagi. Pusing keliling lagi. Aku jamu mata lagi. Best sebab tak kena bayar pun...Hahahahaaa....

Hari akhir sebelum nak balik aku berkesempatan melawat Masjid Kristal dengan Taman Tamadun Islam. Mahdi dengan Asmah yang susah2 bawak aku gi sana. Terima kasih banyak-banyak kat diorang. Masa ke Masjid Kristal, Asmah tak ikut masuk sebab Baby Nureen tido.

 Masjid Kristal

 Pandangan sisi

 Pandangan sisi lagi

 Pandangan sisi jugak

 Amin dok berposing

 Amin dah pandai posing

 Mahdi dengan dua anak bujang dia....


Lepas pergi Masjid Kristal kitaorang pergi Taman Tamadun Islam plak. Sebenarnya aku tak pernah dengar pun Taman Tamadun Islam tu. Buat malu je kan? hehehhee...

Oklah aku nak cerita sikit pasal Taman Tamadun Islam. Taman Tamadun Islam ni adalah Taman Tema yang memaparkan keunikan koleksi monumen-monumen hasil senibina Islam yang tersohor dari seluruh pelusuk dunia. Monumen yang terdapat kat sana adalah seperti yang berikut:






















Kawasan Taman Tamadun Islam ni agak luas jugak. Jadi untuk melawat semua monumen tu ada beberapa kenderaan disediakan - tram, buggy & basikal.Tapi semua ni kena sewa lah ya. Kalau yang muda belia n datang tak bawak budak-budak bolehlah sewa basikal. Tapi kalau tak berapa nak larat bolehlah naik tram atau buggy. Tram tu akan berhenti di perhentian yang disediakan. Kalau kita terlepas tram tu kita boleh tunggu tram yang lain pulak. Macam kat Zoo Negara tu lah.

Saiz monumen berbeza-beza. Ada yang besar ada yang kecil. Bagi yang besar disediakan macam studio teater untuk tayangan video khas tentang monumen tersebut dan juga ruang pameran khas.

Lepas habis melawat kitaorang singgah kedai cenderamata yang ada kat situ. Barang-barang yang dijual kat situ harga boleh tahan mahal jugak. Aku kata mahal sbb harga rubber fridge magnet pun sampai RM10.00. Kalau kat luar RM10.00 tu boleh beli 3 fridge magnet. So aku taklah nak beli apa sangat sbb rasa cam tak berbaloi plak.

Lepas pergi kedai cenderamata tu kitaorang terus pergi makan dekat cafe. Harga food ok sangat tapi rasa cam kureng skit lah. Tapi kira bolehlah. Lepas makan Mahdi dengan Asmah hantar aku balik hotel. Mahdi pun nak pi solat Jumaat dah sebab masa tu dah kul 12 lebih.

Walaupun jalan tak lah lama sangat tapi aku seronok sebab dapat jumpa Mahdi & Asmah & Anak2 diorg. Rindu lama tak jumpa diorg. Kesian jugak kat Asmah sebab masa jalan-jalan kat situ baby Nureen tengah tido. So kene dukung je lah. Yusuf pun ada kalanya nak didukung. Kesian diorg. Aku kalau setakat pimpim bolehlah nak dukung takut diorang taknak pulak. So tak dapatlah nak bantu diorang. Terima banyak-banyak kat dioarng yang susah-susah payah.
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

Trip to Kuala Terengganu (Part 1: Official)

Aku telah diarahkan ke Kuala Terengganu pada 9-11 Februari 2011 untuk satu tugasan bersama-sama dengan Ketua Bahagian dan juga Pengarah aku. Sebaik sahaja mendapat arahan bagi tugasan tersebut aku mula buat survey hotel. Kebiasaannya kalau ke Kuala Terengganu aku akan menginap di Primula Beach Resort Kuala Terengganu. Tapi kali ni aku rasa aku nak try hotel lain sebab Primula tu susah sikit nak cari kedai makan. So aku pun call lah kawan aku yang kat Terengganu - Nora. Dia ni memang orang Terengganu. So dia yang bagi tau ada hotel baru dekat town. Hotel ni tepi jalan dan nak carik tempat makan senang. So aku pun google lah. Nak tengok jugak bilik dia rupa macam mana. So lepas tengok gambar aku rasa macam ok. Mintak kelulusan, boss kata ok. So aku pun bookinglah.

Hotel Felda Residence ni terletak di Jalan Hiliran berdekatan dengan Kuala Terengganu Waterfront. Bagi aku hotel yang agak baru ni memuaskan lah. Dari segi lokasi, aku kira lokasinya sangat bagus. It's ideally located in strategic area. Room wise pulak ok jugak. Walaupun bilik agak kecil tapi kemudahan yang diperlukan ada dalam bilik- iron & iron board, hairdryer, toiletries, kettle. Sejadah dengan Quran pun ada dalam bilik. Untuk Executive Level yang aku duduk tu ada Wifi lagi. Tapi aku tak gunalah sebab lappy pun tak bawak kan. Dari segi kebersihan pun aku rasa ok jugak. Jadi secara keseluruhan aku rasa ok n boleh datang lagi.

Malam tu kami makan malam di hotel. Aku makan Cantonese Fried Yee Mee. Harga sangat murah tak sampai RM10. Bagi aku murah sangat sebab makan dekat hotel tak sampai RM10 so murahlah kan? Tapi dari segi rasa macam kuranglah sikit. Tapi still boleh makanlah bukan tak sedap langsung.


 Esok paginya kami pergi sarapan seawal jam 7.30 pagi. Breakfasr buffet kira ok bagi hotel yang bertaraf 3 bintang macam ni. Banyak juga pilihan makanan. Malaysian dan International. Makanan pilihan aku macam biasa je.

 Cornflake & Cococrunch n Orange Juice.

Omelette, sosej n wedges

Lepas breakfast kami dijemput oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk memulakan lawatan ke Sekolah Paya Bunga. Sekolah yang dipilih oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sekolah ni terletak di tengah-tengah bandar.

Sekolah Kebangsaan Paya Bunga

 E-book

 Smart board

E-book

Selepas sesi lawatan dan perbincangan kami dijamu dengan nasi dagang oleh pihak sekolah.

Nasi dagang with ikan tongkol

Selepas lawatan ke sekolah kami di bawa ke kilang yang mengedarkan e-book. Dalam perjalanan kami singgah di Majlis Penyerahan E-Book .

Lawatan dan perbincangan di kilanng mengambil masa lebih kurang 2 jam. Selepas selesai kami terus ke kedai makan untuk makan tengah hari.



 Ikan singgang

 Kerabu

  Gulai Kawah

 Ikan bakar


Air Asam

Lauk-pauk adalah lauk tradisi orang pantai timur. Rasanya boleh tahanlah. Sedap. Untuk penggemar masakan kampung seperti itu aku kira restauran sesuailah untuk dikunjungi. Cumanya untuk orang yang macam aku yang kurang menggemari masakan kampung (bukan sombong tapi aku tak biasa.Huhuhuhuu) mungkin restoran ini kurang sesuai.

(Bersambung)

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!