Wednesday, January 19, 2011

Jom Masak-Masak

 RESEPI: HOME MADE CHICKEN LASAGNA

Atas permintaan kawan-kawan, aku letak kat sini cara-cara nak buat chicken lasagna (style family aku lah). Korang boleh adjust mengikut kesukaan masing-masing ya.


Bahan-Bahan: 
  • Pasta Lasagna
  • Chicken Bolognese Sos
  • Carbonara Sos
  • Shredded Cheddar/Mozarela
  • Oregano 

Cara Membuat :
 
A) Pasta Lasagna:
  • Masukkan pasta lasagna ke dalam air mendidih dan biarkan sehingga 20-30 minit.
  • Tambahkan minyak zaitun (olive oil) - to reduce the stickiness of the pasta.
  • Biarkan sejuk for 5 -10 minutes or until safe to touch.
 B) Sos (Chicken Bolognese)
  • Macam biasa korang  masak sos bolognese untuk spaghetti tu je. (rasanya semua orang tau kan? tapi kalau ada yang request nak tau macam mana nak masak nanti aku bagi tau kemudian ya)
C) Setting Up The Lasagna
  • Siapkan lasagna dish @ bekas tahan panas. Sapukan sedikit margerin/butter.
  • Letakkan satu layer pasta lasagna ke dalam lasagna dish (mengikut saiz lasagna dish korang).
  • Kemudian masukkan beberapa senduk sos bolognese di atas pasta lasagna tersebut. Ratakan.
  • Sapukan satu layer nipis  sos carbonara (nipis je tau jangan tebal macam sos bolognese tu pulak) di atas sos bolognese tersebut.
  • Letakkan satu layer lagi pasta  lasagna.
  • Masukkan beberapa senduk sos bolognese di atas pasta lasagna tersebut. Ratakan.
  • Sapukan satu layer lagi (nipis) sos carbonara di atas sos bolognese tersebut.
  • Taburkan shredded mozzarella/cheddar (to cover the lasagna) dan oregano.
  • Bakar dalam oven selama 20-30 minit dengan suhu 175 degree (or until chhese is melted and turning gold).
  • Lepas masak bolehlan sejukkan untuk beberapa minit sebelum makan.
Selamat Mencuba!

Kalau korang suka cheese, korang boleh add kraft swiss cheese (slices) kat tengah-tengah dan boleh jugak taburkan sheredded mozarella/cheddar kat tengah-tengah jugak.


Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

SyahNas80 @ Nana said...

ye ye,.. nanti nak test buat ar.. hehe thanks kak aida...

Aida Salleh said...

most welcome dik...:)