Monday, January 3, 2011

Perubahan Masa

Begitu pantas masa berlalu. Kalau lihat pada diri sendiri memang aku tak terasa pantasnya masa berlalu sebab tak banyak perubahan pada diri sendiri. Aku masih solo seperti dulu. Masih tinggal di rumah yang sama seperti 30 tahun yang lalu. Masih bekerja di tempat yang sama seperti 13 tahun yang lalu.

Tapi aku terasa perubahan masa apabila melihat anak-anak buah aku. Macam baru je tengok diorang dilahirkan di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Tapi rupa-rupanya dah besar dah budak-budak tu.

Anak buah aku yang sulung, Muhammad Azwan Azman @ Wan dah masuk Standard 1 dah tahun ni. Kakak ipar aku teman dia kat sekolah tadi. Dia dah pandai beli nasi lemak dekat kantin walaupun belum kenal duit sangat. Balik rumah heboh bercerita tentang tu. Sibuk tanya kalau papa bagi RM3.00, dia beli nasi lemak RM1.50, berapa balance? Puas adik aku terangkankan kat dia. Tak taulah dia paham ke tak?hehehhe...(mahal gak nasi lemak kat kantin skg...RM1.50.Masa aku sekolah dulu 30 sen je...Sama je nasi lemak sambal dengan telur...agak2nya lagi sepuluh tahun entah berapa hengget tah nasi lemak kosong cam gitu kan?). Ni gambar suatu ketika dululah.


Anak buah aku yang kedua plak, Muhammad Azizi Azman @ Jijie dah nak 6 tahun tahun ni. So kene masuk kindie gak. Dia lewat skit masuk kindie tak macam abg dia umur 3 tahun dah start masuk kindie. Sebabnya dia ni macam budak kecik skit. So atuk dia asyik kata biar dulu dia kecik lagi je. Tapi tahun ni kene gak masuk sebab dah nak masuk 6 tahun. Tadi dia gi kindie papa dia hantar. Balik kindie seronok bercerita teacher bagi biskut dengan air milo sedap...heheheh...Biskut dengan milo pun sedap kalau kat umah tak plak dia kata sedap...hehehehehe...Tapi yang best gi sekolah besok dia tak nak hantar. Dia nak naik school van. Biar dia pergi sendiri. Jangan tunggu kat sekolah.Tak sangka gak aku. Dia ni lagi rapat dengan adik daripada abang dia so dia sedikit macam budak kecik. So bila dia boleh berdikari macam tu aku rasa bangga gak. Harap-harap dia cepat dapat sesuaikan diri dekat sekolah dan dapat kawan cepat-cepat selain daripada dapat segala ilmu dengan pantas. Ni gambar masa dia 1 tahun lebih dulu....

Anak buah aku yang bongsu (buat masa ni lah...hehehehe) yang paling becok n notty, Muhammad Azrul Azman @ Ayoi dah nak masuk 4 tahun minggu depan. Dia pun sibuk nak sekolah. So mama dia bagi try dulu kindie dekat ngan umah aku. Ustaz tu kata bleh try seminggu dulu tengok macam mana. Kalau masuk terus takut sejarah lama berulang kembali. Sebab acu dengan abang dia dulu pernah masuk kindie tu dulu tapi lari. Tak tahan seminggu pun. Asik lari balik jer. Agaknya sebab dekat ngan umah kot? hehehehe...So kite tengoklah macam mana minggu depan. Tadi dia sangap sebab kawan baik dia Jijie dah pergi kindie so dia takde kawan. Asyik suruh nenek teman jer. Harap-harap esok dia oklah sikit. Ni gambar masa umur dia 2 tahun lah lebih kurang.

Nilah anak-anak buah aku yang jadi penghibur kitaorang dekat rumah. Diorg ni tak duduk sekali dengan kitaorang tapi siang memang mak dengan abah yang jaga. Tapi pasal rumah diorang dekat ngan rumah kitaorang jadi dioarang ni memang selalulah ada dekat rumah. kalau ada memang riuh tapi kalau takde sunyi pulak. Biasalahkan budak-budak....Apa-apaun aku sayang dioarang sangat-sangat...
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: