Wednesday, January 5, 2011

Apa kes?

Ni cerita pasal anak buah aku, Wan yang baru masuk standard 1. Tadi mak aku cerita Wan kena paw dengan kawan sekolah dia masa rehat. Melayang RM1.

Cerita dia macam ni. pagi tadi abang aku belikan Wan nasi lemak untuk makan masa rehat. Tapi masa rehat dia makan nasi lemak sikit je. Dia tergoda dengan sosej & ball (tak taulah chic ke fish ke crab ke prawn ke) yang ada jual dekat kantin tu. Jadi diapun belilah. (Sosej 1 cucuk RM1 dan ball pun sama gak...mahal okay untuk budak sekolah camtu. Macam harga kat pasar malam plak).

So lepas beli tu adalah balance RM1 duit dia sebab papa dia bagi RM3. Tak sempat masuk poket balance duit tu kawan dia mintak. Dia kata kawan dia tanya dia ada duit tak? Dia pun katalah ada. Terus budak tu minta. Dan dia dengan penuh innocent terus bagi. Apa kes ni budak-budak kecik dah pandai mintak duit orang ni?

Aku takut bila dah sekali dia mintak dapat esok lusa dia mintak lagi. kalau setakat mintak jer oklah kot tapi kalau tak dapat dia pukul plak macam mana? ishhh naik risau plak aku....
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

2 comments:

chomelista homestay said...

Ganas2 la bdk skang pon duk paw2 org.
Btl2.. jgn smpai pukul org sdh la.. ngeri la!

By the way.. kat mana nak follow blog kak aida nih?
Xde function FOLLOW pon? huhu.

Aida Salleh said...

hehehehe...lupalah...mmg takde fucntion FOLLOW pun before...but now akak dah letak...akak tulis sesuka so bukan ada follower pun...heheheh