Thursday, January 6, 2011

Telatah Si Kecil

Aku nak berkongsi cerita tentang telatah anak buah aku yang bongsu ni, budak becok Ayoi yang nak masuk 4 tahun tu lah siapa lagi. Perangai dia memang kadang-kadang buat kita bikin panas tapi kadang-kadang buat kita pecah perut.

Tadi adik aku cerita pasal gelagat dia arini. Ada ke patut dia boleh cakap dengan atuk dia gini:

Ayoi : Atok nak kene lesing?
Ayoi: Atok ni marah macam badutlah. Nanti Ayoi bagi duitlah bleh dapat belon. (ni kes selalu tengok badut bagi belon kat budak2 lah ni).

Pastuh dengan nenek dia plak dia kata gini:

Ayoi: Nenek boleh tolong Ayoi tak?
Nenek: Tolong apa?
Ayoi: Tolong diam...(ni plak kes sbb orang selalu soh dia diam.Becok sangat kan...)

Pastuh nenek nak kenekan dia balik:

Nenek: Ayoi bleh tolong nenek tak?
Ayoi: Tak boleh (dia tau yang nenek nak kenekan dia balik)

Lagi satu masa Jijie terjatuhkan baju atok dari tempat yang atok dia sangkut baju, dia terus jerit:

Ayoi: Jijie tak salah. Bukan salah Jijie. Atok yang letak baju merata-rata. (ada ke patut dia kata atok dia letak baju merata-rata...ishhhh)
So amacam? nak marah ke nak gelak tengok perangai budak sorang ni?
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: