Monday, January 10, 2011

Ana Rafali Juara AJL 25

Seperti biasa keputusan AJL tidak seperti yang dijangka. Tapi aku malas nak cakap banyak sebab aku rasa juri yang dilantik tahu apa yang diorang buat. Tahniah buat Ana Rafali yang lagunya telah dinobatkan sebagai Juara AJL 25!

Aku tetap gembira dengan keputusan semalam sebab Faizal Tahir berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik. Walaupun ada sok sek sok sek kat luar yang tak puas hati tapi aku tak kisah. Biasalah. Mana ada keputusan yang boleh memuaskan hati semua orang.

Tahniah jugak buat Hafiz yang comel tu kerana merangkul gelaran Vokal Terbaik.  
Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: