Sunday, January 16, 2011

Jom Masak-Masak!

This weekend aku dapat tempahan Mini Cuppies daripada anak -anak buah aku. Tapi request kali ni lain macam skit sbb diorg nak warna warni pastuh nak boh moon star atas dia plak. Sebab moon star takde stock so aku boh heart je lah....yang penting ada kaler2 sebab itu yang diorang suka. Tapi belum habis adunan tu moon star plak habis so aku teruingat dalam peti ais ada choc rise, aku aku bohlah choc rise...Aku risau gak dioorg tak suka rupanya dioarang suka sangat. Adik2 aku pun suka. So lain kali bolehlah buat letak choc rise lagi....

Walaupun lama gak aku dok kat dapur nak tunggu semu cuppies tu masak tapi aku puas hati bila tengok diorng makan beria2. Angkat 2 tray hilang. Angkat 2 tray hilang. Dah 4 kali masak baru aku boleh boh dalam bekas. Yang lain semua hilang dalam perut. hehehhe...Mini cuppies ni makan masa panas memang best. Kalau sejuk pun sedap, panas apatah lagi kan?

Untuk buat mini cuppies ni aku guna resepi butter cake aku yang biasa tu je. Senang dan sedap (puji diri...heheheh.....tapi memang betul apa resepi butter cake mak aku sedap...hehehe)

Penat gaklah aku menunggu semua masak sebab sekali boh dalam oven bleh masuk 2 tray je. Tapi bila aku dengar anak buah aku kata "Terima kasih Ayang sebab tolong buatkan kek", sejuk ati aku. Hilang penat...:)

Aku boh dalam plastik ni biar tak sememeh masa nak boh dalam cup kecik tu..

Dah siap untuk masuk oven...

 Masa baru masuk oven

 Bila dah separuh masak aku boh 'heart' atas dia...

 Dah nak masak ni

 masak daaaaaa....
  
 yang ni plak aku letak choc rise..

 dah siap untuk dimakan...

ni siap masuk bekas untuk si kecik bawak balik....

Atas permintaan (yoyo je macam ramai sangat yang mintak plak. Tapi memang betul atas permintaan ni tau...hehehe), aku bagi  resepi sekali kat sini. Tapi mintak maaf banyak-banyak sebab aku guna sukatan cawan bukan gram ya. Resepi tradisi mak aku. So takde gram2 ni....Aku guna cawan yang transparen tu jer.

Bahan-bahannya:

1 1/2 buku butter (aku guna farmcow)
2 cawan gula
3 cawan tepung
6 biji telur
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar esen vanila
Pewarna makanan hijau epal
Pewarna makanan biru
Pewarna makanan merah  
(Ikut pilihan hati lah nak warna apa. Sukatan kena agak-agak. Tapi jangan cair sangat sebab nanti kaler tak naik. Aku main tuang je..Sori ya)
Choc Rise (atau yang seangkatan dengannya)

Cara membuatnya:

1.  Pukul butter dengan gula sampai kembang.

2.  Apabila sudah kembang, masukkan tepung (yang telah diayak dan dicampur dengan baking powder) dan telur secara berselang seli ke dalam bancuhan tadi. Pukul sehingga sebati.

3.  Apabila sudah sebati, masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.

4.  Asingkan bancuhan ke dalam 4 mangkuk yang berlainan. (Atau mengikut jumlah warna yang diinginkan).

5.  Tuangkan pewarna hijau epal ke dalam satu mangkuk, merah ke dalam satu mangkuk dan biru ke dalam satu mangkuk. Kacau sehingga warna sebati. Biarkan satu mangkuk dengan adunan asal. Adunan asal ini akan menghasilkan warna kekuningan).

6.  Tuangkan ke dalam cup (separuh cup sudah memadai. kalau banyak sangat nanti akan melimpah bila dah masak) yang telah diletakkan dalam tray khas. 

7.  Panaskan oven pada suhu 175C selama lebih kurang 10 minit.

8.  Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak, yang ni bergantung pada oven masing ye.
9.  Choc rise (atau yang seangkatan dengannya) jangan tabur masa mula nak bakar tu. Tapi taburkan bila kek dah lebih kurang separuh masa. Kalau tabur awal nanti dia akan mendap ke bawah.

Terima kasih kerana membaca. Have a good day!

No comments: